Resipi Aiskrim Homemade,
Lebih sihat with less sugar.
Assalamualaikum..
Syu sukaa sangat makan aiskrim tambah-tambah aiskrim Nestle La Cremeria. Delicious sangat! Tapi erm..ermm..sebekas yang kecil tu harganya boleh tahan tuh. RM 16 gitu lebih kurang.. Syu pulak makan banyakkk!!
Sebekas memang tak cukup Syu makan. So, otak I yang kompleks ini mula lah mencipta satu ciptaan aiskrim yang boleh dimakan banyak dan setanding sedap macam aiskrim kat kedai!
Masa penyediaan : 30 minit
Bahan-bahan :
- 2 cawan susu segar (coklat/strawberi/asli)
- 2 cawan serbuk Coffe'mate
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 cubit garam
- 1 sudu kecil ovalette
Cara- cara :
- Blender semua bahan hingga berbuih gebu
- Masukkan isi blender ke dalam bekas
- Simpan dalam peti sejuk beku selama 3 jam
- Selepas 3 jam, keluarkan aiskrim, dan blender sehingga gebu
- Letak semula ke dalam peti untuk 2 jam
- Ulang blender semula aiskrim untuk hasil yg lebih gebu persis macam
aiskrim La Cremeria kat pasaraya tu..ahaks ^_^
- Kalau suka boleh taburkan Hersheys kisses atau cip coklat di atas ais krim
atau gaulkan je sekali biar dia scattered dalam askrim
Annur Syuhadah : Sedapp! Sangat-sangat recommended! Nak lagi gebu, ulang blender banyak kali. Tapi SYu blender 2x pon dah sedap dah hihi~
4 Ulasan
sedapnye. nanti boleh cuba
BalasPadamCuba jangan tak cuba..sedap sangat dan berbaloi penat sebab anak-anak pun makan puas & hepi ^_^ Priceless!
Padammenarik tp susu pekat tukar kepada freshn milk boleh tak?
BalasPadamPun boleh Puan ^_^
PadamTapi mungkin kena tambah seikit lagi gula, kalau tak nanti bimbang ia tertalu tawar, kurang berperisa gitew ^_^
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y