Mengeluh, membebel, wanita. Sangat sinonim kan?

March 26, 2016

ibu-kuat-membebel-mengeluh-buat-kerja-rumah
mudah wanita dapat pahala
Terbaca status yang terpapar di news feed facebook "Letihnya aku, memasak aku, menyimpan rumah aku, keje cari duit aku, jaga anak aku..jemu jemu tau dak??"

Spontan mata aku berkerdip beberapa kali, dan kemudian terbeliak bulat memandang skrin. Apekehey nye benda-benda gini pun nak lepaskan kan facebook? Apa faedah yang kau dapat? Malah pahala kau buat semua kerja rumah tu pon hilang gitu je.

Ibu-ibu sekalian (termasuk aku jugak, sebab aku pun golomgan ibu-ibu jugak) (^_^). Janganlah merungut dengan kerja yang banyak dirumah, di tempat kerja, dan mengasuh anak. Semua tu pahala bagi kita. Di zaman nabi dulu ada seorang wanita menyuarakan bahawa, tak aci lah lelaki boleh buat banyak ibadah, pergi masjid, buat amalan sunat. Sedangkan wanita duk sibuk basuh berak anak je, mengemas rumah dsb. Bila malam dah letih, tak terjaga malam untuk solat malam.

Lelaki, lain cara nya nak peroleh pahala. Lelaki kene berjihad di jalan Allah untuk dapat mati syahid. Kita orang perempuan, beranak je, terhapus dosa, kalo mati bersalin, mati syahid. Mudah tak? Haa..kerja rumah pun satu ibadah tau. Jadi sama-sama kita ikhlaskan diri buat keje rumah dan berikan yang terbaik dalam melayan suami. Takkan taknak pahala kot (^_^)

Gua senaang je. kalau letih sangat dengan keadaan rumah yang bersepah, gua "lepaskan" dan abaikan je dulu. Gua akan hilangkan stress dulu dengan join sekali anak-anak bergumpal dalam salimut bantal semua, sama-sama tambah sepahkan lagi..hahaha.. Kita selalu stress sebab kita asyik tetapkan target "tahap-kekemasan-rumah-harus-begini-dan-begini-dan-dicapai-pada-masa-begini".

Sesekali, simpan dan letak tepi kejap sifat "mak-mak perfect" kita tu, dan enjoy dengan anak-anak. Cuba mummy try dengan anak-anak mummy pulak.. Apa macam?

Annur: Gua pon selalu jugak terbabas mulut ni, membebel itu ini. Ketaranya masa PMS lah hihi..

3 comments:

  1. singgah sebentar :)

    http://blogparihh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saya amalkan ala-ala bebel juga,tapi kalau dengan anak-anak,saya lebih suka leteran berupa ceramah motivasi gitu.Saya suka bercerita kenapa dan kenapa sampai diorang faham kenapa saya marah.Kalau dengan suami ni lain pula pendekatannya.Tapi kalau nak post kat facebook tu,tak sesuailah...
    melainkan ada iktibar yang boleh diberi kepada orang lain,apa salahnya kongsi.Jangan buka pekung di dada sudah...

    ReplyDelete
  3. Normal la letih mengasuh anak2 dan mengemas rumah je kejenya. Kena banyak perbaiki diri dan dalaman dulu ni.. Tapi elok la luahkan kepada suami sendiri dengan cara yang baik untuk redakan stress :)

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.