Teruk! Baby Fael naik ruam lepas inject MMR

June 24, 2016

Maaf cakaplah..tapi kali ni AS rasa apa yang mommies vaccination pro-choice cakap tu memang betul. Tengok apa jadi kat adek Fael lepas kena cucuk MMR bulan lepas. (T_T)

aefi suntikan MMRruam selepas suntik MMR
Lepas cucuk terus bengkak kat tempat cucuk tu pastu naik demam tinggi sampai 40 darjah celcius. Pastu AS tak tidur-tidur malam sebab tak henti-henti monitor suhu baby, jerlum dengan air daun bunga raya putih, sarungkan dengan stokin yang direndam air asam jawa pekat, sebab syrup paracetamol nampaknya tidak membantu,.langsung. Esoknya, naik pulak bintik-bintik merah penuh satu badan dari muka sampai ke kaki.

AS apa lagi..terus bawa pergi klinik semula, AS meluru direct ke meja staff nurse yang bertugas!

"Kenapa dengan anak saya? Tengok ni!" AS bentak.

Terkebil-kebil staff nurse tu tak terkata apa. Mana mungkin dia lupa dengan baby Fael yang dia cucuk minggu lepas.

"Doktor mana doktor? Bagi saya cakap dengan doktor"

Sambil AS menonong masuk ke bilik doktor dan menunjukkan kesan-kesan ruam merah yang ada pada badan adik Fael. Tak cukup dengan tu, dalam mulut dan lelangit adik jugak ada naik bintik.
Adik refuse minum susu for 2 days, taknak makan nasik. Memang hancur dan luluh hati seorang ibu!

AS syak yang bintik merah ni adalah measles. Doktor pun check. Tetiba doktor nak inject lagi macam-macam. Sorry! Memang tak la!! AS tak sanggup lagi tengok adek Fael diperlakukan macam bahan eksperimen terhadap vaksin yang jelas-jelas didalangi puak yahudi zionis laknatullah!.

Dengan perasaan marah, AS keluar dari bilik doktor dan menghentam pintu deras-deras. Padan muka. AS terus bawa adik Fael balik rumah bagi makan jus kurma homemade, pastu sapu minyak zaitun kat rashes tu. Keesokan harinya demam terus reda, bintik merah pun dah beransur pudar. Tengahari tu jugak AS bawak semula ke klinik ank tunjuk balik kat doktor..Hambek kau, doktor pun terkejut tengok!



*************************************************************************************************








JADI..?
Begitulah sampel karangan untuk mengarang fake testimonial atau misleading statement yang meyakinkan. Dan insyaAllah lebih 60% pembaca akan tertipu.








**************************************************************************************************







AS: JAngan marahh arr..hihi. So, pengajaran hari ni adalah "Testimonies are not reliable"  Jadi dalam hal yang berkaitan saintifik, vaksin terutamanya, kita harus bergantung pada statistik, dan studies (kajian) yang mendalam? 

1 comment:

  1. eeyyy kentut laa.baru ingat hakak AS betul2 dah jadi antivaxx..peh u got me.

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.