Trend mengelak makan ubat moden. Patut ke?

September 05, 2016


          Senah :  "Kau dah kenapa, pucat je muka?"
Karem : "Sakit perut lah. Dah 3x ulang toilet"
     
         Senah : "Gi la jumpa doktor.."
Karem : "Doktor? Malas la aku, salah makan sikit je ni, Makan ubat sepital lagi menambahkan racun dalam badan aku jer."
       
         Senah : "Ish kau ni, pepandai je teka2. Mana tau kot keracunan ke? Kadang gastrik pon bolah jadi jugak, Macam-macam kot penyakit lain yg buat kau terberak-berak ni wey"

Karem : "Dahh..dah! Aku dah minum air kulit kayu bongor ngan pucuk jambu dah kat rumah tadi. Lagi berkesan, lagi selamat. 100% asli, bebas kimia!"

Ohh..asal sumber semulajadi je kira confirm selamat lah yer. Memang masyarakat sekarang ni dah terlampau sebati dengan fahaman bahawa bahan sumber asli tu selamat dan bebas kesan sampingan. Siapa kata hoii.

Sebenarnya korang taktahu yang banyak je ubat-ubat hospital yang korang takut sangat nak makan tu berasal dari sumber semulajadi.

Cuma yang beza nya ubat moden, bahan aktif spesifik nye dah diekstrak keluar untuk merawat masalah tertentu dengan dos dan kepekatan tertentu. Jadi korang tak perlu telan berbakul-bakul daun herba untuk mendapatkan kesan terapeutik nye (kesan berubat), Kan lagi senang nak telan tablet atau kapsul daripada nak telan mentah-mentah "benda asli" tu. Pastu mudah jugak nak handle sebab bersaiz kecil dan portable.

Dan satu lagi, kalau dalam bentuk asal yang semulajadi tu tak semestinya selamat. Sebab apa aku cakap gitu. Okay. Contoh akar ginseng. Memang nampak jelas depan mata, setokol akar segar baru digali,tanpa keraguan. Tapi, korang pasti ke yang kandungan ginseng tu ada sejenis je bahan aktif?

Malangnya ia mustahil. Dalam ginseng sendiri pun ada bermacam-macam jenis bahan kimia aktif yang sesetengahnya boleh berinteraksi antara satu sama lain dan menghasilkan kesan sampingan. Jadi lepasni, jangan ingat semua kopi ginseng tongkat ali tu selamat.. Apedehal? Kopi je pun! Haa..nak cerita pun malas la.

Cuma nak pesan satu je, kalo ada ayah-ayah korang yang ada darah tinggi, jantung, dan kencing manis, kalo boleh pantau-pantau lah apa supplement yang yang diorang amik. Sebab sekarang ni banyak sangat supplement yang pakai label "100% natural" , "organic" , dan yang sewaktu dengannya padahal, macam-macam bahan kimia hado! Bahan kimia terlarang pulak tu!

Bila nak membeli sebarang jenis produk minuman cafe' dengan harga yang tak munasabah dan menyenaraikan 1001 khasiat yang sounds too good to be true seperti boleh kurus dalam seminggu, meningkatkan nafsu seks, atau nak bagi tahan lama pun ado, unsur bagi hilang lenguh-lenguh ado, hilang sakit-sakit urat, bagi berasa "ringan" badan ado, kasi laju buat kerja pon ado! Sila rasa was-was.

"Sibodoh makanan si cerdik"

Rajin sikit membaca kawan-kawan. Jangan mudah-mudah jadi mangsa. Lebih lanjut korang boleh baca kat page RoM ni.



Farmakognosi, cabang perubatan moden yang jarang-jarang diperdengarkan.
"Jangan makan ubat hospital, banyak kesan sampingan. Baiklah berarah ke arah perubatan semulajadi".
Itulah kata-kata yang sering kedengaran daripada individu-individu yang membantah perubatan konvensional. Barangkali ramai yang mungkin belum tahu bahawa dalam proses pencarian kompaun aktif, penghasilan dan pembentukan ubat (drug design) banyak ubat-ubat hospital dalam senarai pharmacopoeia berasal daripada sumber semulajadi kerana sesetengah struktur molekul kompaun-kompaun aktif ini amat sukar untuk dimimik dan disintesis secara artificial dalam makmal (Segala puji bagi Sang Pencipta). Ini termasuk daripada sumber; tumbuhan, lautan, mikroorganisme, dan haiwan.Antara kelas ubatan dan sumbernya yang admin ingin senaraikan disini ialah kompaun antikanser seperti paclitaxel (taxol), camptothecin, dan kompaun-kompaun vinca alkaloids yang berasal dari sumber tumbuh-tumbuhan (1).
Manakala daripada sumber mikroorganisme, kebanyakan ubat kelas antibiotik diperolehi daripada sumber ini. Sesetengah ubat kelas statins (untuk mengawal kadar kolestrol) seperti lovastatin pula diekstrak daripada sumber kulat. Tidak ketinggalan juga sejenis ubat antikanser yang dihasilkan daripada enzim asparaginase (asal bakteria) yang digunakan meluas dalam regimen kemoterapi bagi merawat leukemia.
Umum mengetahui bahawa dalam senarai pharmacopoiea, ubat-ubatan dari sumber semulajadi sekalipun tidak terkecuali daripada kesan sampingan sekiranya diambil dalam kadar dos tidak bersesuaian ataupun terdapat sebarang kontraindikasi. Cumanya dalam konteks perubatan konvensional, daripada sumber-sumber asli tersebut, ubat diformulasikan supaya proses preskripsi dapat dipermudahkan.
Jadi sekiranya selepas ini anda dimomokkan dengan kisah negatif ubat-ubatan hospital, anda boleh fikirkan alternatif dengan mencari tumbuhan-tumbuhan yang belum diproses dan menimbang serta menganggar sendiri peratusan kadar kompaun yang terkandung dalam tumbuhan untuk tujuan perubatan sendiri. Adakah ia sesuatu yang memudahkan? Terpulang
Rujukan
1. http://pubs.sciepub.com/ajps/1/6/1/2. Foye's Principles of Medicinal Chemistry

Last but not least, AS nak suggest beberapa page berilmiah baekkk punya untuk korang follow bagi menambah pengetahuan. Jangan terlampau asyik melayan drama melayu drama korea, baca gosip-gosip mstar uglynara jer tak berkembang otak hoi. Nah, page M3 dan satu lagi page PW.

So amenda M3 dan PW nih?  Hai..kaklong kau ni memang pantang dengan orang yang mintak di spoon-feed kan. Sekarang zaman KBAT hokey. Kaklong dah kasi link, sila klik, dan explore sendiri.

Kbai.

1 comment:

  1. betul. sekarang banyak sangat supplement yang entah apa apa. kata ginseng, tongkat ali. berapa % je kot ada tongkat ali tu. banyaknya gula

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.