Kesan kerap menjalani scan kehamilan. Bahaya tak?

scan-kehamillan-bahayakah


Imbasan ultrasound/ scan merupakan sejenis alatan diagnostik yang digunakan untuk memantau pergerakan bayi melalui imej yang digambarkan di skrin monitor. Gelombang frekuensi tinggi lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan melalui probe yang diletakkan di perut wanita hamil dan digerakkan untuk melihat kandungan rahim( ia kelihatan seperti menyuluh seolah-olah torchlight.)



Ultrasound adalah merupakan pemeriksaan menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej sebahagian organ dalam badan kita. Gelombang bunyi yang digunakan adalah berfrekuensi tinggi dan tidak boleh didengar oleh deria pendengaran manusia kemudian gelombang pantulan ini diproses oleh komputer untuk menghasilkan imej organ yang sedang diperiksa. Imej yang dihasilkan itulah yang dipaparkan pada skrin yang terdapat pada mesin ultrasound yang digunakan.



Imbasan ultrasound merupakan kaedah yang selamat serta hampir tepat. Selain itu, imbasan ultrasound juga dapat mengenalpasti masalah awal semasa kehamilan juga masalah terhadap bayi yang dikandung. Ia digunakan untuk ;



✔ Menilai peringkat awal kehamilan.



✔ Melihat jumlah karung pada rahim selain melihat degup jantung fetus seawal 7minggu kehamilan.

✔ Mengetahui usia kandungan dengan menilai saiz fetus.

✔ Bagi kes tidak pasti ' last menstrual period' pula, scan dapat membantu dalam mengenalpasti tarikh melahirkan / due date yang sebenar.

✔ Scan mampu melihat kedudukan uri dalam rahim, dengan ini dapat memberikan perawatan awal terutsma bagi kes placenta previa.

✔ Scan dapat menentukan jumlah kandungan seperti singleton/ kembar.

✔ Scan juga dapat menilai jumlah air ketuban yang cukup atau tidak.

✔ Scan dapat menilai sebarang keabnormalan pada janin dan juga sebarang keabnormalan pada pelvis.

✔ Scan seperti 3D pula mampu melihat keadaan abnormal terutama pada fetus contohnya alat kelamin, kecacatan tulang belakang, atau lain-lain keabnormalan fizikal juga dapat dilihat.

✔ Dengan scan kehamilan, ibu bapa mampu bersedia dari segi mental dan fizikal jika terdapat keabnormalan pada kandungan.

** Namun demikian, bagi tujuan diagnosis fetus abnormaliti, 2D scan merupakan pilihan yang terbaik. 2D scan umpama Xray dimana kita boleh melihat organ di dalam fetus.

** 3D scan pula secara umumnya hanya boleh melihat fizikal luaran fetus sebagai contoh bentuk muka fetus.

Seperti contoh yang diberi oleh seorang Pakar Kebidanan, Dr Anna Liza Roslani;

'Ada seorang patient referred for IUGR at 36 weeks. The patient had a 4D scan at 28 weeks by a private obstetrician. Gambar 4d muka dia memang cute/cantik.
But when i scanned the fetus with 2d, i saw the baby's brain was malformed. It had hydranencephaly (entire cortex of brain had not developed).
So 4d scan said the baby had a cute face, but could not detect that the fetus did not have 80% of its brain.
3d 4d 5d selalu dihebah-hebahkan. Sebenarnya, untuk diagnosis tak banyak benefit."

Imbasan ultrasound adalah SELAMAT digunakan. Ia berbeza dengan xray bila mana sinar X yang dihasilkan semasa xray mampu merencat pertumbuhan tissue. Ia sudah digunakan lebih dari 30tahun walaubagaimanapun, imbasan haruslah dilakukan berdasarkan keperluan serta kepentingan.

------
Apakah yang tidak boleh dilakukan semasa booking kehamilan?

1) Jangan Tipu LMP (Last Mentrual Period). Ramai yang diomokkan dengan mitos bahawa seeloknya jangan lurus sangat dengan LMP, tambah 1 minggu lagi kerana tidak logik persenyawaan berlaku seminggu selepas period.

2) Jangan ngelat buat MGTT. Kerana minum air gula dapat mengesan jika ibu-ibu mengidap kencing manis. Kebiasaannya bayi dengan ibu kencing manis apabila lahir akan tidur sahaja kerana hypo.

3) Seboleh-bolehnya, jangan missed TCA. TCA atau temujanji klinik amat penting bagi mengesan sebarang keabnormalan pada ibu ibu serta kehamilannya. Ibu yang hamil biasanya tidak dapat dijangka. Dari white sticker boleh berubah kepada green atau yellow terus malahan ada yang 'upgrade' red sticker tiba-tiba sahaja lalu develope pre eklamsia atau sawan semasa hamil terutama dihujung-hujung kehamilan.

4) Jangan tipu jumlah kehamilan sebenar. Kerana jangkaan melahirkan bagi primid serta multigravida adalah berbeza. Ada yang mengaku itu kandungan sulung tetapi rupanya pernah 'merahsiakan' kehamilan sebelum ini pada suami dan keluarga. Selain itu, pastikan jumlah kandungan adalah betul termasuk keguguran.

6) Pastikan alamat dan no telefon adalah yang terkini bagi memudahkan pihak klinik/hospital melakukan follow up jika anda terlupa temujanji anda.

----

Mitos berkaitan kehamilan yang biasa didengar;

1) Jangan duduk dimuka pintu, nanti susah nak beranak sebab baby akan duduk di pintu rahim sahaja. Ini adalah tidak benar. Pintu rahim dan pintu rumah adalah berbeza.

2) Jangan membelit tuala di leher; bimbang nanti tali pusat akan terbelit. Tali pusat terbelit terjadi kerana keaktifan bayi di dalam rahim ataupun ibu yang terlalu aktif dan trigger bayi untuk turut aktif bergerak.

3) Jangan keluar rumah semasa gerhana matahari, bimbang anak akan ada tanda lahir. Sebenarnya, ia belum dikenalpasti apakah sebab terjadinya tanda lahir, tetapi dari segi medical, kemungkinan tanda lahir terhasil kerana pengumpulan pembuluh darah ataupun kejadiannya yang tidak normal ataupun mungkin juga kerana berlebihan pigmen pada kulit.

4) Jangan lalu belakang orang yang hamil, nanti anak lahir ikut muka orang yang lalu belakangnya itu. Lalu belakang atau lalu depan, jika baka orang yang lalu lalang itu ada dalam sala-silah keturunan, haruslah ada sedikit sebanyak irasnya.

5) Jangan menyiang ikan yang masih hidup, dikhuatiri akan menyebabkan baby lahir sumbing. Sumbing merupakan masalah congenital sejak sebelum lahir. Tidak ada kena mengena dengan ikan mahupun ular.

----

Adatlah jika kita terlalu menjaga kehamilan. Tetapi seelok-eloknya haruslah berpada-pada dan mengikut logik akal.
.
kesan-menjalani-scan-perut-ketika-hamil
Credit: Facebook M3

Catat Ulasan

0 Ulasan