penawar sakit belakang-biobax

Apakah dia Rooting Reflex (refleks rooting)

1:30 PM
Rooting reflex atau refleks rooting pada bayi bermaksud gerak balas semulajadi bayi 0 hingga 4 bulan di mana kepala bayi akan berpaling ke arah stimulus / rangsangan untuk mencari puting susu dengan mulut ternganga luas.

Refleks Rooting boleh menjadi petunjuk kepada ibu bila waktu bayi perlu menyusu. Jika pipinya disentuh. Bayi akan menggerakkan kepala kearah sumber sentuhan, lalu membuka mulut seluas-luasnya.

Namun pada bayi pramatang refleks rooting biasanya lambat. Jadi ibu perlu menyusui bayi ikut jadual iaitu 8 - 12 kali sehari.

Refleks-refleks lain yang korang perlu tahu:

Refleks Menelan.Muncul ketika benda menyentuh lelangit mulutnya.Ia berlaku seawal saat dilahirkan dan berterusan hingga besar..

Refleks Mengisap.Muncul jika ada benda masuk ke mulutnya. Ia berlaku sebaik selepas lahir dan hilang di usia 2-3 bulan. Sebelum mencapai 3 bulan, gerakbalas menghisap bayi adalah di bawah pengaruh sedar.
Namun bayi premature biasanya belum memiliki refleks ini, dan sebab itulah kebanyakan bayi pramatang gagal mendapatkan penyusuan terus dari payudara, sebaliknya bayi ini memerlukan picagari, sudu atau cawan untuk minum susu.

So, korang kalau dah tengok bayi korang gelisah, tidur pun tak lena..ha dia lapar la tu. Jangan tunggu sampai jari dah dalam mulut atau sampai dia nangis! Kalo dah sampai isap jari dan nangis tu tandanya dia dah lapar sangat dan marah! 

Kalo korang bagi susu masa tu, memang dia akan menolak! Jadi korang kena pujuk dulu sampai dia bertenang semula..lepas tu baru la bole offer breastfeed.
rooting sign baby reflex


The last but not least, jangan lupa..konsep "demand and supply". Tak payah nak tengok jam sangat lah! ^_^ Bila baby mintak, bagi!

Klik SINI tengok video baby lapar. Comel sangat ^_^  Tapi kesian tau!

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Nikmatnya dapat menyusukan baby. Anak akak dah setahun 8 bulan masih menyusu badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu kak.. bagus utk anak dan mama nye pun boleh maintain slim ^_^

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.