REZEKI DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK

May 07, 2017

.

tips-mudah pinjaman-MARA

Eh slip ni...?

Hujung-hujung minggu ni memang kaklong akan operasi rumah. Dalam duk sorting-sorting fail kat rak buku tetiba terjumpa se bundle slip bayar balik pinjaman pelajaran MARA.
.
Huii...Teringat kaklong dulu-dulu. Tiap awal bulan mesti merempit dengan moto bawak slip ni ke kaunter pejabat pos, jelaskan pinjaman. Takuit oii..berhutang ni. Jiwa sentiasa je gementar. Bayangkan total loan kaklong semua sekali sampai grad, berjumlah RM 45K. Boleh beli Proton Persona cash! 😱😱
.
Papepon. Alhamdulillah sekarang semuanya dah #setel. Bayaran balik pun tak la sampai 10% pun sebenarnya. Ha, dapat less, itu pon di kira #rezekijugak kan?
.
Dalam banyak-banyak rezeki, rezeki dapa t#melunaskan hutang lah antara yg paling kaklong syukuri. Sebab hari ini berapa ramai orang hilang nikmat #ketenangan jiwa dek kerana belenggu hutang.
.
So, dlm keadaan ekonomi yg menekan ni pun, suka kaklong nak ingatkan, sebenarnya banyak rezeki-rezeki lain selain wang ringgit yg Allah hantar untuk kita, yg kita tak perasan sebab terlalu sibuk memikirkan..minyak naik, harga barang naik, gaji tak naik-naik, takut tak cukup duit nak makan.
.
Dan untuk awak, (harap awak baca) yang pening kepala memikirkan lewat mai uzur tu. Jangan duk stress sangat, takut sangat duit tak cukup nak bagi makan anak tu nanti. Takut apa wey, kalo Dia nak bagi! Ada la rezeki yang nak mari sekali tu nanti.
.
«Rezeki datang dari Allah, bukan dari Pi.Yem» 😏😏

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.