penawar sakit belakang-biobax

HFMD is inevitable. Naufal caught it too for 1st time.

NOTA RINGKAS HFMD
hand foot and mouth disease HFMD

>>GEJALA PENYAKIT<<
• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39°C
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

>>KOMPLIKASI<<
Pakar Runding Pediatrik, Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.

Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

>>DIAGNOSIS<<
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.

>>PROGNOSIS<<

Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Hubungi doktor SEGERA sekiranya:
• Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
• Demam lebih tiga hari
• Sakit mulut semakin teruk
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau nampak tanda-tanda diserang sawan.

Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera.


Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.


Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, dan sikap sambil lewa segelintir masyarakat terhadap penyakit HFMD.


Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan akan menimbulkan komplikasi yang mungkin boleh menyebabkan kematian.
#UtusanMalaysia_Mac



No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.