penawar sakit belakang-biobax

Jom Kenal : Painkiller, ubat tahan sakit dan analgesik

4:15 PM
Analgesik. Apakah analgesik?

Sekumpulan ubat-ubatan untuk melegakan sakit seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi, sakit otot, sakit ari-ari ketika datang haid, sakit selepas pembedahan, kecederaan tanpa menyebabkan pesakit tak sedarkan diri. (contra : Anestetik)

Apa dia sakit?
Sakit merupakan isyarat badan yang bertindak memberitahu bahawa sistem badan samaada terganggu atau cedera. sakit bukan sejenis penyakit, namun ia cuma dikategorikan sebagai gejala. 

Punca sakit
Sakit boleh berpunca dari kecederaan fizikal seperti patah tulang, terbakar atau terseliuh. Ada juga sensori sakit di cetuskan oleh jangkitan. Contohnya sperti sinus atau meningitis. Namun ada juga sakit yang berpunca dari kejadian semulajadi seperti sakit "contraction" semasa dalam proses melahirkan anak.

Bagaimana sakit bermula?
Bila berlaku sesuatu yang luar dari kebiasaan sel, maka akan berlakulah tindakbalas yang dikenali sebagai radang. Sel akan membebasakan sejenis bahan kimia yang dipanggil reseptor sakit. Reseptor sakit ini menghantar isyarat ke otak yang akan menterjemah isyarat ini sebagai rasa sakit.

Bagaimana ia bertindak?
Analgesik mengganggu perjalanan isyarat sakit yang sedang dipindahkan dari saraf ke otak dan seterusnya akan mengurangkan jumlah rasa sakit. Walaupun analgesik tidak mengubati punca rasa sakit, ianya akan melegakan buat seketika dan membolehkan pesakit meneruskan aktiviti hariannya.


jom-kenal-pankiller-ubat-tahan-sakit-analgesik

Jenis-jenis analgesik

a. Narkotik analgesik
Contohnya seperti kodein dan morfin. Ianya digunakan untuk melegakan sakit akibat dari pembedahan, kecederaan yang serius dan penyakit. Ianya bertindak di otak dengan cara menghalang pengesanan isyarat sakit oleh sel otak. Analgesik jenis ini boleh menyebabkan ketagihan dan penggunaannya amat dikawal.

b. Non-narkotik analgesik
Contohnya seperti aspirin, paracetamol, and non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDS). Ianya bertindak di saraf sakit pada tapak kecederaan dan seterusnya menghalang penghantaran isyarat sakit. Analgesik jenis ini juga mempunyai ciri antipiretik (demam) dan anti peradangan.

NSAIDS 
Contoh : ibuprofen, mefenamic acid, indomethacin

Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan seperti terseliuh atau artritis dan boleh digunakan untuk melegakan sakit ketika datang haid atau demam.

Amaran berjaga-jaga:
· Tidak sesuai untuk wanita mengandung atau yang menyusukan bayi.
· Boleh merengsa perut dan perlu diambil selepas makan atau minum susu.


Paracetamol
· Paracetamol adalah sejenis analgesik yang paling popular dan sering digunakan.
· Ianya melegakan sakit yang minor dan mengurankan demam.
· Baik untuk individu yang tidak boleh mengambil aspirin.
· Antara analgesik yang paling selamat jika diambil dalam dos yang dicadangkan walaupun oleh wanita yang mengandung dan menyusukan bayi.
· Ianya tidak merengsakan perut dan jarang menyebabkan reaksi alergi. Ia boleh diambil dengan perut kosong.
· Dos yang berlebihan akan membahayakan hati dan buah pinggang.


Aspirin
· Digunakan untuk melegakan sakit yang tidak teruk seperti sakit otot atau sendi, sakit kepala, sakit akibat luka kecil atau sendi yang cedera. Ia juga boleh mengurangkan demam dan radangan 
· Biasanya digunakan dalam dos yang rendah, ianya membantu mencegah pembekuan darah. Jadi ianya tidak sesuai untuk individu yang mengalami masalah pembekuan darah.
· Tidak sesuai untuk wanita mengandung atau pesakit gout.
· Boleh menerukkan asma.
· Boleh merengsa perut dan perlu diambil selepas makan atau minum susu.
· Tidak sesuai untuk kanak-kan dibawah 16 tahun.


LANGKAH PENJAGAAN


1. Jangan ambil analgesik secara berterusan lebih dari 3 hari tanpa nasihat dari doktor atau ahli farmasi.

2. Jauhkan ubat dari kanak-kanak.

3. Ambil analgesik bersama makanan untuk elakkan kerengsaan perut.

4. Selalulah periksa isi kandungan bila membeli ubat-ubat am untuk mengelakkan keadaan berlebihan dos akibat pengambilan analgesik yang sama.

5. Jangan ambil aspirin dan parasetamol bersama-sama.

6. Pastikan anda mengambil analgesik pada masa dan dos yang betul untuk mengelakkan keracunan dan kesan toksik dari analgesik.

7. Untuk sakit yang berterusan seperti sakit kepala yang berulang atau sakit artritis, kaedah semulajadi seperti teknik relaksasi, urutan, diet yang betul dan tabiat tidur yang baik perlu sentiasa diamalkan.

Annur: Jadi apa bezanya antara ketiga-tiga painkiller, ubat tahan sakit dan analgesik ni? Jawapannya semua nya sama! ^_^ hihi cuma panggilan je berbeza. So korang lepas ni kalau dah makan painkiller, jangan pulak pegi telan pulak analgesic atau ubat tahan sakit yang popular tu (ponstan). Nanti mudarat pada ginjal okey?!

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.