Supplement saraf dan masalah kebas-kebas, LiveWell Mecomin


petua-atasi-kebas-kaki-jari-tangan, aturan-makan-mecomin

Mecomin adalah sejenis makanan tambahan yang digunakan untuk merawat penyakit urat saraf peripheral neuropathies. Kajian saintifik menunjukkan bahawa mecobalamin adalah sangat berkesan dalam rawatan simptom kebas, kesemutan, dan lumpuh yang berasal daripada penyakit sistem urat saraf. Punca kepada penyakit sistem urat saraf adalah penyakit kencing manis dan penyakit saraf sendi yang disebut polyneuritis.

Sejak Mama Syu di diagnos dan disahkan menghidap diebetes type II lima tahun lalu, kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah. Tiada lagi susu pekat manis dalam minuman, dan kami meminimumkan minuman manis cuma sekali sehari iaitu ketika bersarapan.

Syu masih ingat masa Syu grad dari universiti dulu, kali pertama Mama menunjukkan kesan kebas-kebas di hujung jari nya bila award plate yang Syu minta Mama tolong pegangkan sebentar, terlepas dan jatuh terhempas ke lantai. Plate tu sumbing dan berserpih sedikit di hujungnya. Ya Allah perasaan masa tu, hanya Allah je yang tahu. Sedih! Kecewa! Tapi I pendam dan tahan demi taknak mengeruhkan keadaan.

Masa dalam perjalan balik, Mama yang duk di kerusi sebelah, Syu nampak sedang memicit dan meramas jari jemarinya. Disebabkan I masih tak puas hati dengan insiden yang berlaku di depan foyer PICC tadi, Syu membatukan hati, takmau bertanya pape. 

Allah!
Betapa angkuhnya aku! 
Zalimnya aku! 

Sedangkan aku tahu, tak mungkin Ma sengaja nak jatuhkan plate anugerah yang baru aku terima tu. Ampunkan aku Allahh. Maafkan kakcik, Mama....

Begitulah bagaimana mudahnya syaitan memperdaya kita. Perkara sekecil tu pun dia boleh hembuskan api kemarahan ke dalam hati kita supaya kita berdosa terhadap ibu kita. Allah.Allah.Allah.

Masa singgah di R&R Tapah, kami semua rehat dan solat Maghrib. Selesai solat Syu salam dan peluk Ma sekuat hati sambil menangis. Syu mintak maaf dan Syu zahirkan isi hati Syu bahawa Syu protes marahkan Ma sebab menjatuhkan plate cenderahati  Konvokesyen tu. 

Seperti yang diduga, Ma sebenarnya memang dah tahu apa yang nak I cakapkan. Maka berlangsunglah sesi bicara dari hati ke hati kami dua beranak sampailah semua orang yang tadinya ramai, habis beransur keluar dari surau tu.

Masa tu baru Ma mengadu, tangannya dah lama asyik kebas-kebas. Pada awalnya, cuma sekadar kebas-kebas, lama kelamaan, kebas tu bertambah teruk hingga jari-jari Ma jadi tak berasa pape. Ma kata, jarinya rasa "tebal" dan hilang daya cengkaman.
Ohh..Mama! Maafkan kakcik.. Kakcik tak tahu seteruk itu sakitnya Ma.

Sesampai je di rumah, keesokan harinya Syu terus beli supplement vitamin B complex, bekalan cukup untuk sebulan bagi kat Ma. Lepas 4 minggu pengambilan, masalah Ma masih tak selesai. Malah, sakit kebas Ma berlaku kat kaki pula. Masa tu Syu rasa ilmu farmasi yang Syu belajar selama ni tak berguna sikit pun bila I, as a daughter gagal cari penyelesaian pada masalah mak sendiri. Frust!

Kemudian I buat sedikit pembacaan, rujukan MIMS, tanya senior-senior, diorang suggest Syu try Live Well Mecomin 500Mcg.
  
Live Well Mecomin ni mengandungi mecobalamin, iaitu sejenis vitamin B12-coenzyme yang sedia ada di dalam sistem darah dan saluran cerebrospinal kita; ianya akan diserap secara aktif oleh tisu-tisu saraf kita jika berbanding dengan vitamin B12 yang biasa.

Dari segi sudut biokimia, Mecomin mempercepatkan metabolik asid nukleik, protein, dan lemak badan melalui tindakbalas khasnya; dengan tindakbalas ini, ianya akan memperbaiki tisu-tisu saraf yang terjejas atau cedera.

Aturan makan mecomin

Dos ubat yang dicadangkan ialah 3 tablet sehari iaitu dengan cara mengambil 1 biji sekali makan, waktu pagi, petang dan malam. So total 3 kali sehari lah. Dos mecomin boleh dikurangkan sekiranya simptomnya telah reda. Tempoh rawatan selalunya 2 hingga 3 bulan. Sekiranya tidak hilang simptom selepas tempoh ini, Syu nasihatkan korang terus rujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut. Mungkin anda mempunyai masalah kesihatan yang lain.



Syu : Mama. We love you till Jannah. Moga Mama diberikan kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah supaya kami berkesempatan berkhidmat untukmu selama yang mungkin.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Ini sama dengan yang iklan kat TV tu kan? Memang bagus untuk pesakit kencing manis yang ada masalah kebas dan kaki diabetes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape nme ubat tu dn brpe harga ye

      Padam
    2. Ubat kebas2 ni namanya Livewell Mecomin 500mg.
      Harga dia, kalau tak silap dalam rm rm45 gitu lah sekotak. Ade 90 biji.

      Padam
    3. Boleh daapt ubat yu kat mana?

      Padam
    4. Tuan boleh dapatkan di mana-mana farmasi, guardian atau watson seluruh negara tuan

      Padam
  2. Berkesan ker ubat

    BalasPadam
  3. cik macam mna keadaan mak sekarang selepas pengambilan mecomin

    BalasPadam
  4. Ye.. saya pun nak tanya gak... Berkesan tak? Mak saya pun kebas teruk jugak sampai satu tahap dia menangis2 tak tahan kebas myerang.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama00:14

    ambil mecomin tu sebelum atau selepas makan. tq

    BalasPadam
  6. Berkesan ker.. Ubat tu.. Hope ade respond yg baik.. Nak try beli utk mak.. Lau de pembaikan

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y