penawar sakit belakang-biobax

Resipi puding sekaya Terengganu | Seri kaya telur

Kenal ke korang dengan puding sekaya Terengganu ni eh? Selain dikenali sebagai Puding Sekaya, ada juga yang menggelar kuih ni Seri Kaya Telur. Tak tahulah di tempat korang dipanggil apa pula kan, tapi kalau di Pantai Timur, sebut je puding sekaya, semua orang duk pakat kecur air liur terbayangkan keenakannya. Aumm..
puding-sekaya-terengganu-seri-kaya-telur
Puding sekaya sebagai pencuci mulut kegemaran Annur sepanjang bulan puasa
Kuih tradisional Terengganu sememangnya unik. Kalau korang nak tahu, kuih sekaya telur ni sebenarnya merupakan 'kepala' bagi kuih Tok Aji Serban tau! Korang pernah makan tak? kuih ni pun sangat popular di Terengganu, lagi-lagi kalau di bulan-bulan puasa macam ni. Kuihnya lebih kurang Seri Muka, di mana lapisan bawahnya merupakan pulut, dan kepala nya pula sekaya.

Di Terengganu kuih-kuih sebegini senang didapati di mana-mana, tak kira warung pagi atau gerai kuih-muih petang. Pendek kata, kedua-dua kuih berasaskan sekaya ni memang all time favorite masyarakat kat sini la. Sesuai buat minum pagi, minum petang mahupun kudapan lewat malam. Tapi kalau beli, faham-faham je lah. Rasanya mungkin mengecewakan sebab tak berapa kena dengan tekak, tapi harganya boleh tahan mahal juga!

Hidup berjauhan dengan suami ni perlulah pandai kawal ekonomi keluarga. Nak-nak bila bulan puasa macam ni, melayan kan permintaan tekak dengan makanan tradisi macam ni, AS mesti kena mahir buat sendiri. Kalau harapkan membeli sesaje, mau rabak kocet gua oii bhahahaha 

Resepi puding sekaya ni AS menuntut dari Mak (MIL kat Terengganu). Ok papepun, jom tengok dulu macam mana cara buat puding sekaya style Ganu nih key?

Puding sekaya Terengganu | Seri kaya telur

Bahan-bahan:

15 biji telur ayam
2 helai daun pandan (diracit halus)
2 cawan santan pekat (500ml)
2 kerek nisan / 1 cawan gula melaka (250gm)
1/3 cawan gula pasir (70gm)
1 dash garam (1/4 sudu teh)
1 dash serbuk kayu manis ceylon


puding-sekaya-terengganu-seri-kaya-telur
Cara-cara :
1. Masak gula nisan, gula pasir, daun pandan dan serbuk kayu manis dengan 1/2 cawan air sehingga gula larut menjadi sirap gula/manisan. Tapis dan simpan di tepi.
2.Satukan telur dan garam,pukul dengan whisk sehingga berbuih.
3.Masukkan santan dan sirap gula tadi. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
4.Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 35 minit atau sehingga masak



Sebagai bonus, AS sertakan sekali resepi pulut sekaya ni untuk panduan korang, kot-kot la masa buat Puding Sekaya tu, datang roh rajin merasuk pulak kan? Korang boleh la terus buat pulutnya kan? Dah buat nanti, jangan lupa share feedback, korang lebih suka puding sekaya sahaja or sekaya dengan pulut, okey?!.

Resepi Tok Aji Serban atau Pulut Sekaya

Bahan untuk menyediakan pulut:


   2 cawan pulut
   2½ cawan santan cair
   ½ sudu teh garam

Bahan untuk menyediakan kepala sekaya

   2 cawan santan pekat
   1 keret manisan / 1 cawan gula melaka
   4 sudu besar gula pasir
   6 biji telur
   ½ sudu teh garam

Cara-cara:
1. Basuh pulut dan rendamkan selama ½ jam
2. Buang air dan toskan. Kemudian gaul bersama santan dan garam.
3. Simpulkan sehelai daun pandan dan letakkan ke dalam loyang bersama pulut tadi
4. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
5. Sambil menunggu pulut masak, sediakan lapisan sekaya.
     i- Satukan semua bahan-bahan, pukul hingga gula larut
    ii- Nak mudah, korang tumbuk gula bagi hancur dulu sebelum dipukul bersama telur.
   iii- Bila dah sebati, ketepikan dulu adunan sekaya ni.
5. Bila pulut dah masak, keluarkan loyang dari periuk kukusan dan tekan pulut untuk ratakan.
6. Buat sehingga pulut di dalam loyang tadi menjadi mampat dan cantik.
7. Cakar-cakarkan sikit permukaan pulut tadi dengan menggunakan garfu.
8. Tujuan kita membuat alur-alur di permukaan pulut tu adalah nak menguatkan lekatan sekaya.
9. Tuang adunan sekaya tadi ke atas pulut.
10. Kukus lagi selama 30 minit.
11. Sejukkan terlebih dahulu, baru potong.
TOK-AJI-SERBAN
Gambar dari: Majalah Rasa.my facebook

Betapa nyaman nya rasa sekaya ni. Lagi-lagi kalau dimakan sejuk-sejuk. Perghhh!

5 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Alaaaa...bagai terasa2 lalu kat tekak ni....bestnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Wahhhh.. kat Kuantan pun popular kuih ni.

    ReplyDelete
  3. wahhh macam best je .. ok lock!!!

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaaa sekaya. Kalau makan satu tak cukup ni. Bulan puasa jumpa banyak kat bazaar tapi susah nak jumpa yang sedap

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.