Ubat kurus punca hati rosak- Part II

May 12, 2017



Assalamualaikum,
Kesinambungan dari entri yang lepas bertajuk Ubat kurus punca hati rosak – Part I AS nak huraikan pulak mekanisme penurunan berat badan bila kita mengambil ubat kurus.
ubat-kurus-beracun

Secara amnya, ubat untuk menurunkan berat badan, sama ada kimia atau herba, boleh dikategorikan mengikut 5 mekanisme berikut:

-Mengurangkan selera makan

-Mengurangkan penyerapan lemak

-Thermogenesis

-Diuretik

-Pelawas

Mengurangkan selera makan
Contoh : Phentermine, Sibutramine*, Fenfluramine*. (*contrabanned)
Mekanisma : Ia bertindak ke atas sistem saraf yang mengawal selera makan. 
Kesan sampingan atau bahaya: Insomnia (sukar tidur), palpitation (degupan jantung kencang & tak menentu), tekanan darah meningkat, keletihan, kerosakan hati, mati pucuk, gangguan mental.

Mengurangkan penyerapan lemak
Contoh: Orlistat 
Mekanisma : Ia merencatkan fungsi enzim untuk penguraian lemak di dalam usus. Seterusnya akan mengurangkan penyerapan lemak yang dimakan. 
Kesan sampingan: Lemak yang tidak diserap tadi biasanya mengakibatkan gangguan usus seperti kekejangan (rengat), cirit birit dan najis berminyak.

Thermogenesis
Contoh : Norepinephrine, Kafein
Mekanisma: Thermogenesis bermaksud penghasilan haba oleh badan kita. Ia berlaku akibat proses metabolisme (lemak /karbohidrat ditukarkan kepada tenaga di dalam badan). Ia boleh disebabkan oleh senaman atau sebagai cara badan melawan cuaca sejuk. Proses ini amnya dipengaruhi hormon norepinephrine.
Kesan sampingan : Norepinephrine membawa kesan lebih besar ke atas jantung dan tekanan darah berbanding memberikan kesan thermogenesis itu sendiri. Kadar degupan jantung boleh meningkat, tremor (ketar) dan insomnia.

Diuretik
Contoh: Frusemide, Dichlorotiazide, Bumitenide dan Amiloride
Mekanisme : Diuretik berfungsi meningkatkan pengeluaran air daripada badan melalui kencing. Ia biasa digunakan untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan mengalami sembab (air berlebihan terkumpul dalam badan). Ini bermakana pengurangan berat badan bukan disebabkan oleh pengurangn lemak, tapi kerana kehilangan air.
Kesan sampingan: Kekeurangan air (dehidrasi), kurang tekanan darah, kulit kering, ketidakseimbangan mineral dalam badan, kelesuan dan mengantuk.

Pelawas
Contoh : Kebanyakan ubat herba tradisional (yang tidak dicampurpalsu) berfungsi dengan cara ini.
Mekanisma: Pelawas berfungsi mengosongkan perut atau melawaskan pembuangan air besar. Dengan cara ini sebahagian makanan akan dikeluarkan sebelum dihadamkan dan diserap sepenuhnya ke dalam badan seterusnya mengurangkan kalori.
Kesan sampingan : Sama seperti kesan diuretik, ia juga menyebabkan kehilangan air, vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan.


Cadangan cara-cara untuk menurunkan berat badan.

1.Pertama, betulkan matlamat dulu
Niatkan nak turun berat badan untuk kesihatan, bukan untuk cantik semata-mata. Berat badan ideal bukan bererti mummy kena jadi kurus-kering. Gunakan BMI sebagai panduan untuk menetapkan target.

Dapatkan nasihat doktor kalau-kalau mummy rasa mummy perlukan bantuan ubat untuk menurunkan berat badan. Cuba faham betul-betul sebenarnya ubat yang terdapat di pasaran ni cuma bertindak sebagai pembantu je. Hakikatnya ada dua perkara utama yang perlu dilakukan dulu, iaitu makanan seimbang dan senaman.

2.Makan dengan seimbang
Makanan yang kita makan ni semua sebernanya bertujuan untuk ditukarkan kepada tenaga supaya kita ada kuderat nak buat kerja. Sebab tu lah kita kena berpada-pada bila kita manjamu selera. Bila kita makan melebihi kuota tenaga yang digunakan, bakinya akan ditukarkan ke bentuk lemak dan disimpan bawah tisu-tisu kulit dan menyelaputi organ-organ dalaman. Lemak tersimpan ni bukan je menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti, malah akan meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. 

So, rukun wajib dalam pemakanan sihat adalah, makan ikut keperluan dan bersenam. Benda ni AS nak hurai pun agak susah sebenarnya sebab keperluan tenaga adalah berbeza mengikut individu. Ia diukur dalam unit “kalori”. Ketahui lebih lanjut tentang pengiraan kalori di sini.

3.Bersenam
Bersenam ni sebenarnya sangat bermanfaat kat badan kita, melebihi dari sekadar mengurangkan berat badan. Dengan bersenam, lebihan lemak yang tersimpan di dalam badan akan ditukar kepada tenaga seterusnya penyusutan berat badan akan berlaku. Paling penting bila bersenam, kecekapan jantung akan meningkat. So, pengaliran darah akan jadi lancar, metabolisma pun akan meningkat seterusnya risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes dapat dikurangkan. 

Pengaliran darah yang lancar juga akan meningkatkan aliran oksigen ke seluruh tubuh. Oksigen yang mencukupi membolehkan sel-sel badan berfungsi pada tahap terbaik.

Yer, AS tahu. Mummies semua memang dah tahu kebaikan senaman itu sendiri. Tapi kan..nak memulakan sesuatu tu memang susah! Betul tak? Macam AS sendiri, awal-awal kemain bersemangat nya berkobar-kobar. tapi akhirnya kecundang di tengah jalan..hahaha itulah..buktinya betapa konsisten dan istiqomah tu amat susah nak dicapai. 

AS ade tips yang mungkin berguna untuk mumies semua amalkan supaya dapat buat senaman secara konsisten, tanpa gagal. Tunggu update seterusnya ya?!

Bubbye!


No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.