Ketahui Kepentingan Otak - Kempen 'GROW AMAZING' inisiatif oleh Anmum Essential Mendidik Ibubapa Tentang Tumbesaran Otak

Kempen Grow Amazing - Ketahui kepentingan otak | Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak,” kata Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia. “Justeru itu, AnmumTM Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong  perkembangan otak si manja.” Mama Papa, teruskan membaca untuk mempelajari fakta menarik tentang otak si manja!
ketahui-kepentingan-otak-kempen-grow-amazing-anmum-essential


Sel otak mula  terbentuk seawal hari ke-28 kehamilan
Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan [i] dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak[ii] yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara sel-sel tersebut juga amat penting. 

ketahui-kepentingan-otak-kempen-grow-amazing-anmum-essential
[i] Tau GZ & Peterson BS (2010). Normal development of brain circuits. Neuropsychopharmacology Reviews. 35.147-168
[ii] Ozar M. (2012). Curriculum of preschool Education: Swedish approach. International Journal of Business and Social Science. 3(22), 248-257.
  
Jalinan-jalinan hubungan antara sel-sel otak sangat pesat sejurus selepas kelahiran
 Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun,  hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali![iii]

[iii]The University of Maine. (2011). Children and brain development: What we know about how children learn. https://extension.umaine.edu/publications/4356e/
ketahui-kepentingan-otak-kempen-grow-amazing-anmum-essential

  
 Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia berkata:
   “Perhubungan ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran merangsang pembentukan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak perhubungan  akan terbentuk,”

   “Perhubungan antara sel-sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.”

ketahui-kepentingan-otak-kempen-grow-amazing-anmum-essential


Apa itu DHA dan GA?
DHA dan Gangliosida (GA®) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel-sel otak[iv] dan Gangliosida[v] menyokong pembentukan hubungan sel-sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

[iv] Lauritzen L et al. (2016). DHA effects in brain development and function. Nutrients. 8 (1), [6].
[v] Palmano K et al. (2015). The role of gangliosides in neurodevelopment. Nutrients. 7,3891-3913.
  

Tapi adakah anak-anak kita mendapat khasiat GA® yang mecukupi?
Kajian menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengambil GA® 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA® dalam sehari [vi]. Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambilan GA® boleh dipertingkatkan dengan susu dan produk tenusu. 

[vi] Khor et al. (2016). Correlation between dietary intake and serum ganglioside concentration: a cross-sectional study among Malaysian toddlers. BMC Nutrition. 2:74

ketahui-kepentingan-otak-kempen-grow-amazing-anmum-essential


Bagaimana caranya nak meningkatkan jumlah pengambilan GA bagi kanak-kanak?
Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA® yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan****.  Anmum Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Selain itu, Anmum™ Essential juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

ketahui-kepentingan-otak-kempen-grow-amazing-anmum-essential


Ketahui cara untuk menyokong  tumbesaran otak si manja anda dengan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di ANMUM.COM.MY 





****Sucrose, Glucose Syrup Solid, Corn Syrup Solid, Brown Sugar, Dextrose, Lactose, Fructose, Honey and White Sugar are defined as ‘sugars’ and ‘added sugars’ under CODEX Standard 212-1999 and CAC/GL23-1997. CODEX develops harmonised international food standards guidelines and code of practices. Under Malaysia Food Regulations 1985, Sucrose, Brown Sugar, Dextrose, Glucose, Fructose, Honey are defined as sweetening substances. Under Australia New Zealand Food Standard Code-Standard 1.12, Glucose Syrup, Maltodextrin and other similar products are defined as ‘sugars’.


Mama Papa! Jom Baca sini untuk Ketahui lebih lanjut Tentang Anmum Essential.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tanpa Nama09:35

    knp suma org cakap psl anmum esensial ni ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kempen marketing dengan blogger. Tak dinafikan susu anmum infacare ni berkhasiat. Ibu pun ada kongsi dalam blog sendiri tentang susu ni.

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y