Cara Memohon Kebenaran Menjalankan Perniagaan bagi Kakitangan Awam

Panduan Permohonan Kebenaran Ketua Jabatan untuk menjalankan perniagaan bagi Kakitangan Awam | Boleh ke seorang penjawat awam yang sedang berkhidmat dalam sektor kerajaan menjalankan perniagaan atau melakukan kerja sambilan di luar? Sebenarnya, tiada larangan untuk menjalankan perniagaan bagi kakitangan awam tapi korang kena lah mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam pekeliling.

panduan-permohonan-kebenaran-ketua-jabatan-untuk-berniaga-bagi-penjawat-awam
Pekerjaan luar tidak boleh dilakukan melainkan dengan kebenaran Ketua Jabatan

Okey, dah fahamkan syarat-syarat nya? Memanglah pada dasarnya penjawat awam boleh menjalankan perniagaan sampingan, sama ada secara online atau sebagainya. Cuma kita sebagai government servant yang makan gaji tiap-tiap bulan ni kena lah sedar, Gaji kita tu dibayar based on tugas dan tanggungjawab yang kita laksanakan. Korang seronok ke makan gaji RM3000 tapi perlaksanaan kerja korang tu cuma pada kadar RM 1200? Tenang ke hati nak bagi anak-anak makan dengan hasil upah yang tak sepatutnya kita terima?

Paling penting, adalah keberkatan. Tak kira lah dalam apa jugak tindakan kita, kita mesti ada kejujuran dan integriti dalam diri. Abah Syu pernah cakap, orang yang berintegriti adalah orang yang bertaqwa. Sebab apa? Sebab sebagai muslim yang bertaqwa (takut pada Allah), kita akan autometik sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan betul dan lurus walaupun pada masa tu takde siapa yang melihat. Bila Syu hadam balik kata-kata Abah, memang jelas dan terang maksud tu, terus menusuk ke dalam hati. Allahu!

Japgi ada la pulak yang kata..

Elehh berlambak je cikgu-cikgu dan nurse-nurse berniaga dalam talian, takde pun susah-susah nak mohon kebenaran ketua jabatan pon! Leceh kot nak mohon-mohon bagai. Kalau nak tangkap cikgu yang berniaga tanpa kebenaran seluruh malaysia ni dan kenakan tindakan tatatertib, memang takkan habis nya. Tengok kat facebook sendiri berapa banyak group bisnes cikgu-cikgi dan group bisnes kakitangan kerajaan. Beratus-ratus ribu member kot! Elehh!
Ohohoi..jangan marah wey! Aku petik profesyen korang bukan tujuan nak mengkritik. Tapi korang cikgu dan nurse memang fofuler seantero malaya pun orr? Sep-sep demo kan paling ramai dalam institusi awam, ye dok? So secara tak langsung masyarakat akan nampak geng-geng ni yang paling aktif berniaga terutamanya berniaga online. Itu yang kita nak jaga. Kita taknak nama baik profesyen kita terjejas dengan perkara yang remeh-temeh macam ni.

Syu takde niat nak menunding jari, mencari salah siapa-siapa. Soalnya kat sini, kita pegawai awam memang tersepit kot dengan keadaan ekonomi sekarang. Syu sendiri pun kuli-kuli sektor awam jugak korang weyy. Jadi aku memang paham bebenor dah macam mana sesak nya jiwa bila tiba tengah bulan.~ohh. Masa tu mula lah mencari barang preloved yang boleh di let-go kat carousell..bhahaha huduh benor perangai kamu Syuhadah! Ahaks.

panduan-permohonan-kebenaran-ketua-jabatan-untuk-berniaga-bagi-penjawat-awam

Ha tu kan! Pak Menteri sendiri yang suruh kita buat dua kerja selain makan gaji saje. Memang ajenye gile arr kalau deme sarankan dua kerja tapi pada masa sama mengharamkan penjawat awam buat part-time, kan?! Bukan tak bolehh dik! Tapi dengan syarat dapatkan kebenaran Ketua Jabatan dulu. 

Jangan dik! Jangan sebab kaklong kata kena minta kebenaran, awak menonong pergi ketuk pintu bilik bos terus main cakap je "Bos, saya ingat nak meniaga burger malam-malam bos. Bos izinkan lah ea.." Alabaler. Tak laku dikk!! Kebenaran ketua jabatan haruslah rasmi dik! So kena secara hitam putih. 

Tengok ni, Syu petik dari Peraturan.5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bawah tajuk Pekerjaan Luar:

Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam subperaturan (1) bagi faedah dirinya atau saudara maranya yang dekat atau bagi mana-mana badan yang tak mencari keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut.
Okey, Syu paham jer. Bila sebut surat rasmi je, siapa-siapa pun yang kerja kerajaan ni terus rasa lemah-lemah badan kan hahaha. Kecuali lah kalau korang pegawai kanan yang biasa deal dengan urusan surat-menyurat ni. Tu pun lepas pembantu tadbir korang tolong draf kan terlebih dulu, kan? Eh macam tak biasa pulak. Tipula kalau kata content nya 100% hasil karangan sendiri kan. Tipu..tipuu..bhahaha! 

Eh eh. Jangan nak pecah kepala sangat lah! Jom Syu tolong jimatkan masa korang daripada termenung berjam-jam memikirkan ayat yang nak dibentangkan ke hadapan Ketua Jabatan korang tu, Kat bawah ni ada contoh karangan berformat untuk korang jadikan panduan. Jangan tiru sebijik-sebijik. Nanti SKT dapat markah kosong! hahaha (sape pecaye memang nerd~)

Sampel surat permohonan kebenaran ketua jabatan untuk menjalankan perniagaan

Contoh-Surat-Kebenaran-Ketua-Jabatan-Pendaftaran-Syarikat-Bagi-Kakitangan-Awam
Kredit kepada tuan empunya surat kerana berkongsi sampel berformat, surat kebenaran ketua jabatan milik beliau untuk rujukan pegawai kerajaan yang lain. 

So, dah dapat idea sikit-sikit dah macam mana nak buat surat kebenaran ketua jabatan? Kalau dah clear, Syu nak ucapkan selamat menjalani operasi bisnes dengan halal dan berkat korang! Semoga beroleh rezeki yang sentiasa cukup dari segala sudut dan dapat pula dibahagi-bahagikan rezeki itu kepada yang memerlukan. Aminn..

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. terima kasih info dan peringatan..

    BalasPadam
  2. Terima kasih..info yg sgt membantu..tp nak tnya,kalau cikgu pulak,ketua jabatan nya gurubesar ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guru, biasanya ketua iabatan nya merujuknkepada JPN. Tapi, kena melalui pengetua/guru besar dan juga disokong oleh pengetua/guru besar.
      Harap jawapan ini membantu

      Padam
  3. Tanpa Nama15:26

    good info..sis kertas cadangan yg dilampirkan t cm mana ye..bole share sikit x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak. AS takde la pula contoh kertas cadangan. Tapi rasanya macam proposal2 bisnes yang selalu kita buat tu lah rasanya.
      Apa bisnes yg kita plan nak jalankan, kita 'hitam putih' kan dalam bentuk proposal. Supaya senang bos kita nak tengok.

      Padam
  4. As salam. Mohon pencerahan. Utk langkah pertama, perlu mendapatkan kebenaran dari ketua jabatan. Bagaimana pula pendaftaran ssm. Adakah sebelum @ selepas mendapatkan kebenaran? ..T.K

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut aliran proses yang sebetulnya, kena mohon kebenaran dulu. Baru mula tubuhkan syarikat(ssm).
      Tapi kalai dah ter buka syarikat/daftar ssm dulu, kemudian baru sekarang tahu rupanya kena mohon kebenaran. Boleh lah mohon kebenaran berniaga atas perniagaan yangTELAH/SEDANG DIJALANKAN.

      Padam
  5. Kerja cikgu paling x berkat...kerja dah haf day byk cuti lg...so kami ni office hour x dak pembantu pun...semua bt sendri...fotostat ka fax ka sendri bt..x dak plak hidup tertekan smpi perlu bt part time hai o ka mlm ka..itu lah tanda x berkat hidup serba x cukup ..nak hidup berkat dr Allah kerja office hour time cuti p sekolah bt kerja2 admin ,cuti tahunan mcm org lain ni tak anak murid cuti cikgu pun cuti...zmn dlu org hormat cikgu no more respect for teachers nowdays..aku berjaya sebb p tuisyen sebab apa ?cikgu bt tuisyen masyukkkk....sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama00:26

      Tahniah sedara atau saudari. Moga benih benih saudara saudari nanti mendapat keberkatan. Bahasa pun dah cukup tergambar kebijaksanaan tuan

      Padam
    2. Tanpa Nama19:22

      Don’t know what to say but kata2 anda pun menggambarkan hati anda tu bersih atau sebaliknya. Jgn mudah jatuhkan hukum pada keberkatan kerja orang lain kalau anda sendiri tak pernah nampak depan mata apa orang itu buat untuk dpt gaji yang berkat atau sebaliknya.

      Padam
  6. Saya lagi 4 bulan nak pencen. Peelu ke nak mohon kebenaran. Buat masa ini sekadar tolong-tolong je partner waktu cuti atau hujung minggu.

    Syarikat perkongsian dah pun didaftarkan atas nama saya dan partner. Saya nasih bertugas full time macam biasa. Jenis perniagaan pun tiada kaitan dengan urusan jabatan.

    Ini sekadar persiapan atau warm up. Bila pencen nanti insyaallah akan bergerak full swing jika kesihatan mengizinkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Konsep dia, selagi tidak kantoi ke pengetahuan bos, segalanya okay je Tuan..hehe
      Alang-alang dah hampir bersara pun, rasanya bos pun tutup sebelah mata la kot. Cuma seeloknya elakkan gunakan waktu kerja untuk urusan bisnes. wallahua'lam

      Padam
    2. Boss pun tak kisah janji tak buat kerja sendiri waktu pejabat. Atau guna fasiliti pejabat. Cuma kekadang terlajak sikit-sikit tu ada la.. terjawab call, tertengok fb, web dll.

      Boss pun tahu mood orang nak pencen ni lain macam.

      Dulu niat pencen nak rehat-rehat saja habiskan duit pencen, tetapi ramai orang nasihatkan untuk kita buat sesuatu aktiviti selepas bersara sebab mereka berkata kalau tak buat sesuatu aktiviti, kesihatan biasanya akan merosot dengan cepat. Jadi saya pun mula fikirkan nak buat sesuatu yang sesuai dengan tahap kudrat dan kesihatan yang ada semoga sisa-sia hidup yang ada ni memberi manfaat kepada orang lain juga. Wallahualam.

      Padam
  7. terima kasih atas perkongsian. menjadi rujukan saya utk draf surat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah penulisan saya bermanafaat

      Padam
  8. Assalamualaikum,mohon pencerahan Puan,Saya sedang dalam proses mendaftar ssm untuk perniagaan yang sedang berjalan,dalam Masa yang sama baru2 ini Saya diterima menjadi kakitangan kontrak kerajaan selama 6 bulan sahaja,perlukah Saya memeohon kebenaran ketua Jabatan juga,mohon pencerahan dari Puan,terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak berapa pasti la pekeliling ini tertakluk juga untuk kakitangan awam kontrak atau tak.
      Puan kena sahih kan dulu dengan CC.

      Padam
  9. sory komen sis... no ic x hidden sis... jgn mrh tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh jangan bimbang. Nombor ic itu rekaan semata-mata

      Padam
  10. Tanpa Nama21:54

    Nak tanya, Ketua jabatan for kkm staff mcm mana ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut jabatan awak.
      Contoh, KKM sensiri byk jabatan. Jabatan farmasi, Jabatan pentadbiran, Jabatan Pesakit Luar. Jadi ketua kita biasanya ketua paling atas dalam jabatan kita.

      Kalau awak kerja di PKD, rujuk ketua pegawai kesihatan daerah.

      Kalau bawah farmsi, rujuk ketua pegawai farmasi gred 54.

      Atau kalau nak senang, cek dalam HRMIS, bila nak mohon cuti, tengok nama bos yang berkuasa meluluskan cuti awak.

      Harap menjawab persoalan awak ye

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y