Resepi Pancake paling mudah yang sure sedap

Resepi Pancake paling mudah yang sure sedap! | Sungguh ke sedap? Ke propa je lebih Mamy Syu ni? hahaha. Sedap la wey! Pancake superz gebu plus sedap ni memang favorite abam Naufal dan Dik Nufael tak kira breakfast ke, minum petang ke, bahkan lewat malam pun diorang ni pernah request nak makan pancake ni tau. Syu memang takde masalah pun, anytime diorang mintak ibu boleh je buat. Sebab bahan-bahannya senang-senang je. Semua bahan yang ada di dapur je. Pulak tu, nak membuatnya pun mudah bebenor! Tak nipu sikit pun!

resepi pancake mudah sedap
Pancake mudah! Makan begitu sahaja pun sedap!

Resipi pancake ni Syu olah sendiri hokey? Semuanya bermula masa Syu duduk di rumah sewa dulu. Nak cari duit lebih punya pasal, Syu niaga aiskrim malaysia dengan dorayaki coklat jual dari rumah. Penanda aras sedap ke tak tu, boleh diukur dari betapa laku kerass nya dorayaki I masa tu. hahaha. Simple logic lah kan?

Kalau tak sedap, takde la pulak orang tak putus-putus membeli dan repeat kan..kan..kan? (kehkehkeh ayat nak elak kena kecam & dilabel angkat bakul lettew)


resepi pancake mudah sedap Resipi Pancake mudah dan sedap resepi pancake mudah sedap


Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 biji telur ayan gred C / sebiji gred AA
4 sudu besar susu pekat manis
¼ cawan susu sejat
1 sudu besar mayonis (regular)
4 sudu besar minyak masak
¼ sudu teh serbuk vanila
2 sudu teh baking powder (pakai double action lagi bagus)
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

Cara-cara

1. Blender je semua bahan dalam pengisar sampai sebati.
2. Biarkan adunan berehat dalam 10 - 15 minit (untuk menghasilkan pancake yang ringan)
3. Kemudian boleh dah dimasak atas non-stick pan, tak perlu minyak.
4. Gunakan api yang kecil untuk mendapatkan warna pancake yang sekata. 
5. Bila pancake korang dah nampak berlubang-lubang (dalam 3-4 lubang dah cukup) so boleh la di balikkan.

resepi pancake mudah sedap
Pancake setelah dibalikkan

6. Dah diterbalikkan tu, tak perlu tunggu lama sangat. Biar dia masak manja-manja gitu je.
7. So gitu je lah seterusnya. korang gorenglah semuanya sampai adunan habis.

Selamat mencuba korang!

resepi-pancake-paling-mudah-yang-sure-sedap
Pancake mudah, lembut dan sedap.
Kalau macam ni punya kejadian, korang masak hari ni, esok baru nak makan pun sedap lagi wey!

TIPS: Kalau dapur korang jenis yang berapi besar (maksudnya api paling minimum pun masih lagi besar) korang cuba lapik bawah kuali tu dengan tudung periuk. Guna la tudung periuk lama-lama, jangan guna yang elok pulak key. Mau mengamuk mak korang nanti hahaha resepi pancake mudah sedap
     

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Wah boleh cuba nanti. Selalu ana guna yg instant pancake je. Hehe

    BalasPadam
  2. mya pernah cuba buat pancake, tapi tak jadi. ;(
    mya bookmark dulu resipi ini ya..

    BalasPadam
  3. Eyda Razak01:42

    Terliur pulak tengok pancake ni..kena buat ni nampak gayanya..

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y