Resepi solok lada mudah dan sedap

Resepi salok lada mudah dan sedap | Hari ni Jumaat AS kerja half day. Jam 1 tengahari dah boleh terus balik. Yahoo! banyak masa nak memasak! So dalam kepala dah berangan nak buat solok lada untuk berbuka. Sedak nyoo lahh solok lada makan dengan nasi panas dengan ulam pucuk ubi rebus. Ni pun resepi dari Mak AS di Ganu. Nak kata sedap, nanti korang tak caya lak. Tapi di rumah Mak, tak ada seorang pun yang pernah say no kat solok lada Mak.

resepi solok sedap

SOLOK LADA | RESEPI ORIGINAL TERENGGANU

resepi solok sedap Bahan - bahan:

   10 biji Solok lada hijau
   10 ekor ikan selayang / kembung direbus/panggang
   1 inci halia
   10 ulas bawang merah ros
   1 labu bawang putih
   1 cawan kelapa muda parut
   1/2 cawan santan (optional)
   7 biji lada hitam
   2 sudu teh halba
   3 sudu besar gula
   2 sudu teh garam

Nota resepi solok sedap Mak kata, sebenarnya solok lada ini lagi sedap kalau guna ikan mentah sebab manis ikan tu masih ada. Dan harus diingat, kelapa parut mesti guna kelapa muda.
resepi solok sedap

resepi solok sedap Cara-cara:

    1. Bersihkan lada hijau, belah dan keluarkan biji. Rendam sebentar dalam air garam.
    2. Perasingkan isi ikan rebus dari tulang.
    3. Tumbuk isi ikan bersama bawang putih dan lada hitam hingga hancur.
    4. Hiris bawang merah, dan halia nipis-nipis dan masukkan ke dalam sebuah besen besar
    5. Masukkan juga kelapa parut dan isi ikan tadi ke dalam besen yang sama, dan gaul.
    6. Masukkan halba dan perasakan dengan gula dan garam.
    7. Apabila semua bahan sudah sebati digaul, boleh la mula menumbuk inti solok di dalam lesung.
    8. Bila tekstur inti solok lada dah nampak cantik, boleh lah mula masukkan inti.
    9. Sumbat inti solok kedalam lada hijau sampai penuh.
   10.Lebihkan sedikit isi sampai solok lada korang tu jadi gemuks dan tembam macam aku hahaha
   11.Susun ke dalam pelengat, siram santan ke atasnya dan kukus sampai masak.
   12.Bila dah masak, dia akan naik bau. So boleh tutup api.
   13.Siap! Boleh makan dengan nasik. Yum!


Memang sedap gila solok lada okey!

Biasa orang makan solok lada bersama nasi kerabu tapi AS makan dengan nasi panas-panas pun sedap. Pastu gu pulak dengan ikan kukus goreng dan ulam pucuk ubi rebus. Tapi kalau takde lauk lain, makan nasik dengan solok lada saje pun sedap sangat dah bagi aku.

Apalagi oii! Cepat la cuba buat. Mana lah tahu kalau-kalau lepas ni korang boleh jadi ratu penjual solok lada sedap kat daerah korang pulak kan.hehe.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tanpa Nama19:07

    Alhamdulillah baru cuba semalam. Anak n suami puji sedap. Tetima kasih sebab shate resipi ni.
    Lain kali kalu nak buat lagi komfom akak akan pakai resipi ni je

    BalasPadam
  2. saya dari sarawak. petang td ade la jiran aku org teganu kasi sepinggan masakan solok lada kat keluarga kami. mulanya tk pandai nk mkn sebab ini pertama kali tengok benda solok lada ni. terpinga jugak dibuatnye. ala jiran kami tu fahamlah. dia jugak ajar cara mkn. katanya kalau tk nk pedas mkn intinya saja. kalau nk pedas lahab sekalilah dgn ladanya. masing2 kata tk nk ambik risiko pedas. aku cuba satu dulu, langgak terus sebiji...amboi sedapnya. tk cukup sebiji jd dua biji, jd 3,4,5,6...ha ha ha. mmg sedap giler...

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y