penawar sakit belakang-biobax

Anak dah 22 bulan tapi Ibu masih demam bengkak susu

12:05 PM
Anak dah 22 bulan tapi Ibu masih demam bengkak susu? | Tudia mak hang! Tajuk acah-acah macam ngan susu tu meriah gila je. Kan biasanya bengkak susu ni berlaku masa dalam pantang je kan. Ini anak dah nak masuk dua tahun pun masih bengkak susu? Biar betik oi!
mastitis-milk-stasis

Betikk la weyy! Gejala bengkak susu atau juga dikenali sebagai mastitis ni tak semestinya jadi kat mak-mak yang baru bersalin je. Ia boleh berlaku bila-bila masa je, as long as anak masih menyusu. Tak percaya?

Percayalah. AS baru je kena ni. Simptomnya sama macam susu tersumbat, tapi lebih sakit, pedih pada sentuhan, kulit terasa panas dan timbul jalur-jalur merah, manjalar macam akar kat sekitar breast. Cuma bezanya, masa dalam pantang dulu, bengkak susu jadi kat dua-dua belah breast, tapi kali ni jadi kat sebelah je.

Masa kena ni, menggigil-gigil satu badan. Sendi-sendi rasa lenguh dan sakit macam kena demam selesema. Nak tidur tak kena, nak duduk tak kena. Suhu badan cecah sampai 39°C tau, tapi AS rasa sejuk kekejangan dan sakit satu badan macam demam otot (setengah orang panggil demam urat).

Kalau ikut orang tua-tua kata, bila bengkak susu ni, kau susukan je anak tu dengan kerap. Saluran susu yang tersumbat tu akan hilang dengan sendiri nya tanpa memerlukan sebarang rawatan. AS cuba susukan Dikfael sekerap-kerapnya di sebelah yang sakit tu, tapi ohh. Sakit sangat! Tak mampu mak! Tersentuh bibir Dikfael je pun dah rasa macam ditikam jarum. Nononono..

Petua? Macam letak kubis kat breast tu ea? Ohh peliss.. Ia sangat sakit untuk bersentuhan dengan apa-apa permukaan, bahkan bra sekalipun. Okey, AS give up. On the spot je AS bersiap dan terus serah diri kat klinik. Tak mampu dah nak tanggung azab nya.

Bila doktor cek, dia cakap punca utamanya adalah milk stasis. Keadaan bila mana breast tak dikosongkan dengan sempurna masa sesi penyusuan. Memang salah AS, sebab berhenti mengepam secara mengejut. Sepatutnya AS kena slow-slow berhenti mengepam kat tempat kerja. Dengan cara kurangkan kekerapan mengepam dari 3 kali kepada 2 kali dan seterunya sampai dua minggu.

Pastu kebetulan minggu lepas Dikfael masuk wad, memang 24jam dia melekap kat breast sampai melecet. Disebabkan active BF sepanjang minggu lepas, AS perasan susu macam bertambah sikit dari biasa, maka bertambah lagi risiko saluran susu ni tersumbat.

Doktor supply lanolin gel untuk sapu dan jugak antibiotik tablet. Sebab kata doktor, ada kebarangkalian berlaku jangkitan kuman jugak melalui luka puting yang melecet tu tempoh hari. So, hari ni hari kedua makan antibiotiotik, dan AS dah rasa sihat dan bengkak pun surut sepenuhnya. Tapi rejimen antibiotik kena habiskan sampai hari ke lima. Antibiotik haruslah comply..culas-culas makan antibiotik, nak kena babap?!!

Pastu, kalau ada antara mommies yang mengalami gejala-gejala mastitis atau susu tersumbat ni, AS mintak tolong sangat-sangat..jangan lah takut or malu jumpa doktor. Pastu duduk rumah, acah-acah konon nak rawat secara alami, nak natural remedi lah sangat kan, tolong jangan. Sebab mastitis ni boleh menjadi seteruk-teruk penyakit, jika tak dirawat dengan cara betul. Tak caya, try google image..dengan keywords ni - "mastitis complication". Eii syeram aku nak nengok nye.

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Kesiannya.. get well soon ye.

    ReplyDelete
  2. bagusnyaaa info ni kak annur. uyul baca word by word okeyyy. thanks for sharing
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.