Faktor yang membuatkan orang malas singgah blog kita. Faktor nombor 3 paling takleh blah.

Faktor yang membuatkan orang malas singgah blog kita | Kadang ada je blogger yang mengambil pendekatan "ada aku kesah?" dengan faktor-faktor yang membuatkan orang malas singgah blog dia. Tapi bagi blogger yang berwawasan dan komited untuk menyajikan content yang "mengenyangkan" masyarakat, kenalah ambil tahu serba sedikit kenapa orang malas singgah blog kita dan secara tak langsung trafik kita merudum.

Ada blog yang mempunyai trafik yang tinggi, tapi konten nya sampah. Nak-nak pulak sekarang ni trend buat duit melalui blog, so ramai lah yang berlumba-lumba membina blog, namun sanggup mengenepikan etika-etika berblog, sebagai contoh, sedut feeds blogger retis dan published di blog sendiri. Tak kurang juga yang petik ntah dari mana gambar, dan buat cerita sensasi, konon-konon nya insiden tu berlaku di Malaysia. 

  • Kenapa buat entry ni
  • Aku nak bagitau kat kawan-kawan blogger yang sudi mendengar (sahaja), mengenai punca aku hilang minat nak parking kat blog sesetengah orang.
  • Aku tau rungutan aku ni tak penting pon. Tanpa kunjungan aku, trafik korang still sesak gak kan. Followers korang pon dah ribu riban. Tak jejas pun ranking korang..ye tak?


  • Apa faktor-faktor kurangnya minat
  • Belog yang banyak gambar termasuk animation (gif. format picture), gambar yang resolutionnye besar dekat sidebar lebih dari 5. Letak app yang menggunakan javascript dan iklan bersepah-sepah kiri kanan atas bawah semua penuh iklan. Image animation GIF plak tu, berpinau mata den.
  • Page yang ada letak audio streaming yang autoplay dan takde button STOP. -> Kalo ade button stop, tak lah anoying sangat. Sebab boleh senyapkan dia. aku takkan mute kan volume lappy sebab aku selalu online whatsapp kat laptop. kalo mute, takut terlepas notification pulak kan.
  • Blog yang guna bahasa terlalu fancy. Contoh "sukew atey aqo lew!" padahal kalo taip "suka hati aku lah!" kan lebih ringkas ->bagi aku ianya tak sempoi pon. Berblog dalam bahasa baku adalah lebih mudah "ditelan" oleh pembaca. Fancy sikit2 tu boleh terima lagi.
  • Content dan niche blog. Blog hiburan, gosip selebriti, movie cetak rompak dan kaki-kaki fitnah politik memang aku tak suka dan takkan singgah dengan sengaja. Mungkin akan terklik link blog-blog macam ni dari facebook, tapi bila dah tahu, terus tutup.
  • Cursor yang terlalu fancy sampai susah nak klik link sebab keliru dan tak tahu mana pointer cursor tu. Selalunya blog budak-budak sekolah la yang rajin pakai fancy cursor. Tak salah untuk hiasi blog bagi menarik, tapi kena ambil kira jugak keselesaan pengunjung. 


  • Pengajarannya
  • Jadi bagi bloggers yang betul-betul concern dengan kepuasan hati pembaca mereka, selain menitik beratkan content, korang perlu juga jadikan penampilan blog korang penuh nikmat disukai ramai oke? 
  • Dan ingatlah, rungutan aku ni mungkin juga adalah rungutan orang lain jugak cuma bezanya mereka tidak meluahkan
  • err boleh jadi jugak aku sorang je yang merungut tentang ni. Sebab org lain pakai unifi yang gila berdesup laju nye..ahaks! So takde masalah sangat kalo nak singgah blog yang sarat-sarat macam di atas.



Syu kata: Point-point diatas bukan bertujuan menjatuhkan blog yang beridentiti sebegitu. Cuma sebuah pandangan cetek dari seorang blogger yang serba kekurangan lagi hina ni je. So, jangan nak sentap sangat key kalo secara kebetulan ada point yang macam "kena" je ngan korang. Tamo sentap-sentap nah. ^_^

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Mmg xbrp best bc yg suka nk kejar traffic mcm gossip sensasi je manjang nk update.. Seeloknye update ikut niche yg kita dh serasi

    BalasPadam
  2. Mama kalu tunggu loading lama sgt terus x jd masuk blog tu

    BalasPadam
  3. selalunya kalau aku parking lama-lama lat blog sebab CONTENT

    BalasPadam
  4. ehh betul. uyul pun kdg terus tekan pangkah je kalau serabut sgt. sebab tuh uyul pn nak pilih template yg memudahkan dan dalam masa sama nak konten blog pn yg bagus2
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
  5. Aik.. macam ciri2 tu ada pula kat blog saya. huhu.

    Terima kasih atas peringatan. Kena ubah cepat2 ni.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y