penawar sakit belakang-biobax

Kenapa bayi boleh tiba-tiba terjaga pada tengah malam? Ketahui sebab-sebabnya

10:55 AM
Kenapa bayi boleh tiba-tiba terjaga pada tengah malam? | Ada beberapa faktor yang mempenyaruhi corak tidur seseorang bayi. Antaranya adalah, perubahan tempat, travelling atau pertukaran rutin harian. Kadang kala, keadaan kesihatan bayi juga turut boleh mempengaruhi pola tidur mereka. Sebagai coontoh, bayi yang mengalami kolik atau kembung perut boleh membuatkan bayi terjaga pada tengah malam. Selain itu, perkembangan dan peralihan umur bayi juga boleh menyebabkan bayi yang dahulunya tidur dengan baik sekarang mula bangun di tengah malam apabila berusia lebih daripada enam bulan.

kenapa-bayi-boleh-tiba-tiba-terjaga-pada-tengah-malam
Ibu, help! I'm wide awake here.

Andai bayi mommies dengan tiba-tiba mula berjaga di tengah malam, ambil langkah ke belakang untuk menilaikan situasi.


1) Adakah ini disebabkan keadaan dalam biliknya?

2) Adakah cuaca bertukar yang menyebabkan bayi rasa terlalu panas pada tengah malam? Cuba sejukkan badannya atau pasangkan bidai berwarna gelap.

3) Adakah jiran membuka lampu luar yang bersinar masuk ke dalam bilik bayi? Jika ya, selesaikanlah masalah itu.


Juga pertimbangkan adakah masalah berjaga malam yang datang dengan mendadak ini berlaku selepas dia pulih daripada sakit atau selepas balik daripada bercuti? Atau berlaku serentak dengan perubahan dalam perkembangannya?

Jika bayi mommies baru menguasai kemahiran fizikal baru, contohnya baru pandai merangkak, dia mungkin mahu mencubanya sebaik saja mendapat peluang, walaupun pada tengah malam. Sesetengah bayi suka melonjak ke atas untuk berdiri, tetapi tak pandai merebahkan diri kembali tanpa bantuan.

Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah berjaga malam ini ialah dengan mengikut cara yang sudah pun menunjuk kesan dahulu. Iaitu, jangan dengan tiba-tiba menukar rutin tidurnya atau cara anda menidurkannya.

Pastikan mommies konsisten dengan cara yang mommies lakukan ini untuk beberapa minggu. Ini akan membantu bayi kembali tidur sepanjang malam sebaik saja isu sementara tersebut diatasi.


Sumber: babycenter
Disemak oleh Dr Winston Yong,
bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,
yang kini pakar perunding paediatrik di sebuah hospital swasta.



1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. nice sharing. nanti uyul suruh adik adik uyul baca entri nih.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.