Boleh ke Bayi 4 Bulan Diberi Makanan Pejal?

Awas! Risiko memperkenalkan makanan pejal terlalu awal kepada bayi | WHO menyarankan agar makanan pejal diberikan pada bayi sekitar usianya enam bulan. Sekiranya bayi diperkenalkan dengan makanan pejal terlalu awal, masalah boleh berlaku kerana sistem penghadaman bayi masih belum cukup matang untuk mencerna makanan pelengkap yang berbentuk semi-solid apatah lagi solid.

perkenalkan makanan pelengkap bayi bawah 6 bulan, abhaya usus tersumbat, Risiko memperkenalkan makanan pejal terlalu awal kepada bayi
Gambar sekadar hiasan : Naufal ketika berusia 6 bulan

Kenapa tergesa-gena nak perkenalkan makanan pada bayi?
Tiada sebab kukuh untuk memulakannya lebih awal, malah potensi mengalami masalah kesihatan adalah tinggi. Sistem badan bayi akan mula matang dan berkembang dengan pantas hanya selepas berumur empat hingga enam bulan. Bagaimanapun, kadar kematangan perkembangan ini berbeza bagi setiap bayi. 

Jadi apakah yang diperlukan oleh bayi pada ketika ini?
Ketika ini, susu ibu yang memiliki kandungan lemak yang tinggi merupakan pilihan makanan terbaik kerana bayi memerlukan kalori yang tinggi walaupun dalam jumlah yang kecil. Saiz sistem penghadaman bayi adalah kecil. Seawal kelahiran, saiz perutnya dianggarkan sebesar sebiji guli. Selepas beberapa hari, saiz perut bayi akan berkembang menjadi saiz sebiji bola pingpong. 

Petikan yang menyokong bahawa bayi bawah enam bulan hanya perlukan susu ibu / susu formula
Berdasarkan petikan daripada buku Maternal and Child Health Nursing: Care of the Childbearing and Childrearing Family, sistem endokrin bayi bawah 6 bulan masih belum mampu menghasilkan enzim seperti amilase yang diperlukan dalam proses pencernaan kanji. Selain itu, enzim lipase bagi penghadaman lemak tepu juga kurang dihasilkan sehingga bayi berusia setahun. Sebab tu kalau perasan, bayi bawah setahun selalu mengalami muntah atau jeluak susu.

Apakah tanda-tanda bayi bersedia untuk menerima makanan pejal?
Garis panduan yang dikeluarkan oleh WHO mencadangkan makanan pejal boleh diberikan apabila bayi mampu duduk dengan tegap dengan kepala yang tegak. Selain itu, pada peringkat ini, bayi mula menunjukkan keinginan untuk mengunyah dengan meletakkan objek ke dalam mulut dan mampu mencapainya tanpa bantuan.

Bayi saya sukar tidur lena. Adakah kerana dia lapar dan tidak cukup susu?
Memang normal bagi bayi antara tiga hingga lima bulan kerap terjaga pada waktu malam. Tidak semestinya menunjukkan tanda bayi kelaparan. Walaubagaimanapun, dengan memberikan bayi makanan pejal pada waktu ini sebenarnya tak akan membantu bayi untuk tidur lena sepanjang malam pun. 

Memperkenalkan makanan pelengkap terlalu awal bermakna bayi tidak memperoleh jumlah susu ibu atau formula yang mencukupi dan menyebabkan masalah nutrisi. Susu ibu dan formula mempunyai semua nutrien dan vitamin bagi keperluan bayi. Jika anda mula memberi makanan pelengkap terlalu awal, bayi anda akan menerima kalori berlebihan, tetapi kurang nutrien yang diperlukannya untuk tumbesaran.

Kesimpulannya, pengenalan kepada makanan pelengkap terlalu awal dikaitkan dengan tempoh penyusuan susu ibu yang lebih singkat. Selain itu, pengambilan makanan pelengkap terlalu awal juga dikaitkan dengan masalah kesihatan kronik seperti obesiti, penyakit celiac, diabetes dan juga penyakit berkaitan alahan seperti ekzema.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian ni kak. Salah satu ilmu buat ena even ena belum kahwin lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung jadi muda ena (^_^)
      Selagi ada kesempatan, sedut ilmu banyak2 lagi..esok2, dah kahwin senangg

      Padam
  2. Ada budak mama.kenal Di bagi makan masa umurnya 2 minggu. Alahai nasib baik. Jadi pape

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai mama..kesian nya kat baby tu.

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y