Diari Ibu Mengandung,episod loya dan muntah teruk di trimester pertama

Tak semua wanita yang dah bergelar ibu dapat merasa "nikmat" di awal-awal kehamilan tu. Bagi Syu, mula je trace urine positive mengandung, memang dan dan tu lah start loya dan sensitif terhadap sakneka bau. Alahan SYu mengandung yang ketiga ni adalah yang paling teruk berbanding yang sebelum ni. Malah minum air masak kosong pun Syu akan muntah sebaik sahaja cuba minum.

Bila dah terlampau kerap muntah, badan Syu jadi letih dan lesu seluruh badan. Semua sendi dan otot dalam badan terasa lemah sampaikan nak menapak pun dah tak mampu. Kalau boleh, kat dalam bilik air ni I nak duk baring huhu sebab dah tak larat dah ulang alik muntah. Syu tahu je ubat apa yang perlu diambil untuk menahan muntah. Bukan susah, petik je sekeping dua tab metoclopramide kat farmasi, pastu telan. Tapi! Arif tentang ubat-ubatan bukanlah alasan untuk tidak refer ke doktor. Mak-mak buyong out there, tolong jangan memandai-mandai makan ubat kalau bukan atas arahan doktor. Bahaya okey.

Dua hari selepas makan ubat tahan muntah yang doktor bagi tu, I rasa macam ubat tu dah tak lut dengan badan I. Kejadian muntah-muntah tu nampaknya macam makin tak terkawal. Tak pastilah sebab ubat tak "jalan" atau sebab lain. Kebetulan masa tu, di kampung. Bila berkumpul sanak saudara ramai-ramai, diorang ni mula la pakat bersembang sambil berhembus asap nikotin berkepul-kepul dalam rumah!

Asap rokok pada asalnya memang Syu tak tahan pun, malah sebelum Syu pregnant pun memang tak suka. Busuk! Ni bila dalam keadaan pregnant ni, berganda-ganda lah lagi level tak tahan nya tuh. Boleh jadi, bau asap rokok yang tepu dalam rumah tu lah yang menyebabkan alahan aku jadi semakin serius walaupun dengan bantuan ubat.

Mulut dah mula pahit, mata terasa perit dan kering. Buang air kecil pun sekali je sejak dari bangun pagi. Aku syak aku dah dehydrate. Sebab risaukan janin yang baru 9 minggu ni tak cukup air, aku terus ke unit kecemasan, dan serta merta je diorang berikan intra-venous drip. 

Dalam pada tu, staff nurse bantu Syu untuk dapatkan sampel urin. Alahhh.. Dapat lah dalam 3 sudu gitu. Sorry ye nurse. Itu je yang terdaya. Ahaks!

muntah-teruk-trimester-pertama
Rawatan untuk dehidrasi | Intravenous drip

Dalam 15 minit lepas tu, seorang doktor lelaki, berketurunan cina datang bawak result urine test. Doktor bagi 2 options kat aku, nak masuk wad ke nak balik? Syu cakap lah, doktor decide lah mana yang terbaik. Then, dengan sopan dan berlemah lembutnya, doktor yang bertubuh rendah dan berkaca mata tu pun memberikan penerangan. 


"Kalau ikutkan, result urine you tak berapa cantik" sambil menunjukkan nilai bacaan urine ketone 3+ pada sehelai borang yang ada pada tangannya.

"Tapi still tak teruk sangat la, border line lah" tambahnya.


Aku pun dengan laju, menjawab,
"Kalau macam tu saya nak balik lah doktor, saya ada anak kecil, breastfeeding lagi"


"Anak puan masih breastfeeding kah?" doktor bertanya tanpa mengharap aku menjawabnya.

"Boleh kalau puan nak teruskan breastfeed, tapi kalau puan ada rasa sakit atau nyilu di ari-ari, puan kena stop lah ye"

"Bimbang kandungan puan terjejas"

"If ok, then you may continue nursing your baby"


Sejurus lepas tu, jarum branula di tangan aku ditanggalkan oleh staff nurse yang sama yang tolong ambilkan sampel urin aku tadi. Aku menunggu doktor selesai menulis report di dalam buku rekod kehamilan aku, dan ambil ubat, terus gerak balik.


Siapa kata servis kesihatan di hospital kerajaan teruk?!

Taklah seteruk mana. Tengok. I dilayan okey je. Kalau diikutkan, dalam hati ni masa datang ke casualty tu, serapuh daun kering tahu? Yer la. Bayangkan masa tu kau takde daya, tak bermaya. Asben jauh. Bayangkan kalau dapat staff nurse yang kasar, mulut jahat dan celupar. Doktor pulak, skema. Bila dia kata, masuk wad, so kau kena masuk wad. Tak boleh negotiate. Ha. Mau tak bercucuran air mata?!

Apa-apa pun masa balik tu, dalam hati berbunga-bunga mengenangkan perbualan dengan staff nurse masa di bukakan branula tadi. Dia kata dia mengandung, jarang sangat dapat alahan. Tapi tahun lepas dia kena alahan teruk sangat-sangat. Rupanya dalam perut ada dua janin.

Wow!

Adakah dalam perut aku pun...?? Eh. hahaha..stop dreaming Syu *slap your own cheek*


Mamy Syu kata: Now dah 15 minggu dan semuanya dah berakhir. Sebenarnya start 13 minggu aritu pun dah mula beransur kurang. Cuma aku masih tak boleh nak telan seafoods macam udang dan sotong lagi. Loya tu boleh datang balik kalau aku cuba-cuba masak, cium bau or makan seafoods jenis ni.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah selamat menempuh trimester ke dua pula

    BalasPadam
  2. ena pon alami tempoh loya yg amat lama.. smpai kandungan 5bulan.. masuk air mmg banyak kali.. langung xboleh masuk apa... muntah je.. tp effect die dri segi positif mmg anak bijak n cergas. sabar ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak tu ena..AS prnah dengar orang tua cakap, kalau ujian masa memgandung tu teruk sangat, insyaAllah Allah nak berikan yg terbaik.

      Padam
  3. semoga sentiasa ibu dan baby sentiasa sihat.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y