Drama review | Titian Cinta

September 27, 2017
Drama review | Titian Cinta | Sebenarnya AS tak baca pun novel Titian Cinta ni. First time dengar pun sebab dia keluar drama kat tv3. Dari episod pertama aje pun AS dah boleh nampak jalan cerita yang agak cliche bila nampak watak si Umayr Haris, anak Tan Sri Hakim yang membawa lagak owner syarikat dan makan nasik dengan sudu dan garfu. kah! 

Ha satgi ramai lah peminat Zul Arifin mai kecam AS haha. Kalau tak suka drama melayu, jangan lah tengok! Katanye. Hihi..AS tak kata AS anti drama-melayu. Cuma kadang-kadang bosan dengan kisah yang terlalu cliche. Jom bukak mata sekejap.


Review paling ikhlas dan jujur Annur

Cerita Titian Cinta ni tak banyak beza dengan cerita-cerita lain. Lelakinya, muda-muda lagi dah kaya gila. Lepastu ada la awek yang macam good-good je yang desperate, gilakan laki kaya tu, macam dah takde laki lain dah dalam dunia ni. Lelaki tu pulak takde lah suka sangat pun dekat awek tu. Awek tu je yang terhegeh-hegeh plus dia jadi calon pilihan keluarga, kan. Tup-tup, semuanya berjalan tak seperti apa yang dirancang. Si laki akhirnya kawen dengan perempuan lain. Seorang perempuan yang baik, dari kampung dan miskin.

Sounds familiar? Tak cliche lagi ke korang?

Okey. sambung! Adengan wajib! Mak mertua, tak sukakan menantu. Tak habis-habis cari jalan nak pisahkan anaknya dari bininya. Bergabung pulak #gengkakihasut yang pendengki dan berhati busuk, mula mencipta onar sampai bergegar rumah tangga orang. Akhirnya, si bini makan hati dan bawak diri ke obersea. Makan tahun jugak la baru si bini balik tanah air.

Man! Cukup-cukup cliche.

Wey! Macam mana otak nak berkembang maju. Drama asyik tanam dalam kepala kita, kalau nak kaya, cari calon suami kaya. Ohh~ Betul-betul rosak. Kesannya kita dah dapat tengok dah pun sekarang ni. Bersepah! Mana adik-adik yang baru lepas SPM pun dah sibuk mak bapak nye plan nak nak kahwinkan cepat. Memang bagus bagi anak cepat-cepat kawin. Tapi, hantaran letak RM33k tu, apa kekdahnya.

titian-cinta-drama
AS pun layan jugak drama kadang-kadang. Layan online lah tapi, which kita boleh stop or paused
untuk buat benda lain.

Pesanan Annur

Kalau kita nak berjaya, kurang-kurangkanlah menonton drama. Masa yang ada tu lebih baik kita spend bersama anak-anak. Anak kita tu, kecil, hanya sekali sahaja. Bila dia dah dewasa, dia akan tinggalkan kita. Masa tu, kita pulak yang kesunyian, menunggu anak pulang, nak ajak berborak. So masa diorang kecil ni lah kita nak bermanja-manja dengan diorang. Harapannya bila diorang besar, hati diorang tak akan "jauh" dari kita.

Bukan nak menuduh atau memburuk-burukkan sesiapa. Tapi, aku pernah nampak ibu-ibu yang kaki drama ni kadang sanggup biarkan anaknya ya-yak dalam pampers berjam, sampai naik gatal punggungnya, sebab ralit tengok drama. Kenapa sampai harus macam tu ibu? Drama tu fantasi, anak awak tu yang real. Jangan lah syiok sangat melayan fantasi sampai mengabaikan yang real depan mata ni. Bukan kita tak tahu drama ni penuh khayalan dan plastik (baca: kepura-puraan). Come on, wake up. Be realistic.


Annur : Nak tonton drama, boleh. Tapi waktu maghrib kan lebih baik solat, ajar anak ngaji, sama-sama cari jalan ke syurga yang real, bukan syurga sementara ketika "melayan" drama.

p/s : Ridya Iman, jangan marah mokcik nah..

2 comments:

  1. setuju dengan annur...walaupun cerita best ke x best ke....kena pandai bajet masa menonton tu kan...tak elok menonton tv waktu maghrib...seeloknya tutup je tv tu....skrg kan byk je boleh tgk online...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak lina kan.. Sib baek ada yang sokong.hihi..takut kena kecam dengan peminat drama pulak

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.