penawar sakit belakang-biobax

Kemurungan selepas bersalin | Sesuatu yang tak sepatutnya diremehkan oleh suami

Kemurungan lepas bersalin biasanya berpunca dari "sakit hati" yang disebabkan oleh pelbagai keadaan. Boleh jadi, sakit hati sebab kehilangan bayi yang dikandung,  atau bayi yang baru dilahirkan tu didiagnosis dengan suatu masalah kesihatan yang sukar diterima oleh ibu. Kadangkala sakit hati boleh timbul akibat terlalu kecewa dengan pasangan, atau mungkin juga disebabkan ibu tu sendiri telah melalui pengalaman perit yang traumatik semasa proses bersalin.

Cari dan atasi penyebab "sakit hati" itu sendiri

Bagi Annur sendiri, pengalaman melahirkan anak pramatang empat tahun lalu bagaikan sebuah tamparan hebat bagi seorang ibu muda, yang baru bersalin anak sulung, yang takde pengalaman, dan tentunya sangat sukar bagi Annur untuk terima. Bila sesuatu yang berlaku tu tak sama dengan apa yang kita expect, memang hati akan sakit. Itu normal.

Apa yang tak normal, adalah cara kita deal dengan rasa sakit hati tu. Adakah kita nak "mengelak" atau kita nak "hadapinya"? Kedua-dua cara ni akan membawa kesan yang sangat jauh berbeza antara satu sama lain. Bila kita pilih pendekatan "mengelak" kita akan cenderung untuk mengambil jalan mudah macam telan ubat tidur contohnya. Atau kita lari dengan cara mengabaikan anak lalu bershopping, melayan movie 24jam atau menghamburkan sakit hati tu melalui kemarahan.

Kisah benar | Pengalaman kemurungan selepas bersalin

Jujur Annur akui, melahirkan bayi pramatang bukanlah sesuatu yang mudah. Baby kita ditahan di wad NICU hampir setengah bulan, sementara kita masih terlantar sakit di wad postnatal, dengan parut bedah yang masih baru dan rasa pedih seakan-akan nak terburai isi perut. Ohh~

kemurungan selepas bersalin
My baby | Premature | 1.8 kg
Hati tak cukup kuat melihat keadaan baby dalam balang, dengan badannya dipenuhi wayar. Hari pertama kehidupannya di dunia pun dah di cucuk sana sini. Bayangkan baby dengan berat 1.8kg, dicucuk untuk diambil sampel darah di urat halusnya setiap jam 6 pagi..ohh~ Ibu tak kuatt! Beberapa kali jugak berlaku pembengkakan dan kemerahan pada tangannya sebab pendarahan di bawah kulit. Kesian kau anak!. Kat dalam perut ibu, kau safe and sound je selama 7 bulan. Keluar-keluar je ke dunia, macam-macam penyiksaan dan kesakitan terpaksa kau tanggung.

Masa tu, memang Annur stres sangat. Di tambah pulak sakit akibat demam susu. Menggigil-gigil satu badan, seram sejuk diserang demam urat sebab masih tak berpeluang menyusukan anak walau dah 3 hari anak lahir. Anak sulung kot! Takde siapa bagitahu, kalau anak tak menyusu direct, kau kena perah keluar susu kau supaya tak menanggung sakit. Takde seorang nurse atau sister yang datang educate tentang penyusuan susu ibu hinggalah hari ke-4. Lepas tu barulah Annur diajar memerah susu secara marmet, untuk keluarkkan kolostrum.

Perhatikan kronologi. Bermula dengan stres disebabkan faktor kesihatan dan kurang ilmu. Tertekan sebab tak berdaya menguruskan diri dan anak. Berlarutan menjadi sebuah ketakutan. Annur menjadi resah tak menentu. Tak sanggup kalau anak diapa-apakan.

Baby Annur ada di NICU, dan menerima TPN (total parenteral nutrition) iaitu teknik penyaluran nutrisi lengkap terus ke dalam salur darah tanpa melalui organ pencernaan. Sebabnya? Baby pramatang, adalah serba serbi tak matang, termasuklah sistem penghadamannya. Hari ke-7 barulah Pakar Paeds planning untuk start bagi susu badan secara berperingkat. Sebagai permulaan, doktor akan memasang rest tube pada baby bagi membolehkan susu dimasukkan terus ke perut.


Insiden tumpah darah selepas seminggu berpantang

Sekali lagi aku diselubungi perasaan takut dan risau, bila mendengarkan anakku meraung-raung sampai hilang suara dari dalam bilik prosedur. Ohh~ Prosedur memasukkan rest tube kedengarannya sangat menyakitkan dia. Aku yang menunggu di luar ni, turut sama menangis membayangkan betapa sakitnya dia.

Ya Allah! Petang tu aku alami tumpah darah. Petang tu juga Ma ngan Abah, memecut datang dari kampung, bersama air yasin, serta memberikan dorongan moral. Ma pesan, jangan stres, dan jangan menangis dalam pantang. Bahaya! Tumpah darah tu salah satu petanda tak cantik!. Kalau kata orang tua-tua, kejadian tumpah darah tu dipanggil bentan.

Masa tu aku dah mula dapat rasakan kelainan pada diri aku. Cara aku berfikir, dah mula "senget" sikit. Aku tertekan melihat baby aku menderita, menjalani satu demi satu prosedur yang menyakitkan dia. Sumpah tak tahan. Malam tu, aku menangis buat kali kedua, dan kali ni betul-betul membuatkan aku hilang akal. Aku menangis sambil merancang dalam kepala, nak larikan anak aku keluar dari hospital. Beg pakaian aku kemas untuk standby nak lari. Allahu~

Aku merasakan seolah-olah akulah yang menyebabkan dia terpaksa melalui semua "penyiksaan" ini. Kalaulah kamu masih dalam perut ibu. Dah tentu kamu masih tidur dengan aman, tanpa diganggu dan disakiti sesiapa. Kalaulah ibu tak lahirkan kamu sebelum cukup sembilan bulan, mesti kita berdua tak perlu tinggal di hospital begitu lama macam ni. Satu demi satu "kalau" yang timbul. Kalau itu..kalau ini..sehinggalah ke subuh.

Kronologi : Bermula masalah sukar tidur akibat keresahan. Otak mula fikirkan yang bukan-bukan.

Keesokannya, seperti biasa, suami Annur menolak Annur dengan wheelchair menuju ke NICU bersama stok susu yang baru diperah. Mata masih bengkak, dan pandangan agak kabur. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut Annur. Sampai je NICU, Annur disuruh cuba untuk direct feeding baby. Beberapa kali cuba dan cuba, namun hasilnya tetap gagal. Akhirnya, susu sebanyak 2mL dimasukkan dengan menggunakan rest tube. Runtun hati seorang ibu melihatkan anak diberi susu melalui wayar. Allah je yang tahu. Sekali lagi, mata aku rabak menangis mengenangkan nasib my baby.

Terlampau kerap menangis dalam tempoh berpantang pencetus kemurungan

Tiga kali! Tiga kali sepanjang seminggu tempoh berpantang ni aku menangis. Ini dah cukup untuk membuat aku diselubung kemurungan. Silap aku juga sebenarnya. Bukan sahaja aku tak cuba untuk berkongsi dengan suami, malah aku menjauhkan diri pulak dari dia. Sedangkan dia sentiasa ada di sisi, tak kira dalam tempoh melawat atau bukan waktu melawat. Di luar waktu melawat, dia sentiasa setia menunggu di balkoni belakang yang dipisahkan oleh sebuah tingkap, betul-betul bersebelahan dengan katil aku.

Kemurungan aku bertambah parah bila aku mula berfikiran yang aku merupakan seorang ibu yang tak berguna kerana gagal menyusukan anak sendiri. Entah dari mana, telinga mula menangkap bunyi bising suara yang bergema-gema, suara orang mentertawakan aku. Tak semena-mena, aku rasa tercabar seperti diejek dan makin marah kat diri sendiri. Ibu jenis apa aku ni? Tak mampu nak mengenyangkan anak sendiri pun! Bertubi-tubi aku menyalahkan diri aku atas semua yang berlaku.

Koronologi : Annur mula hilang minat dengan keadaan sekeliling dan kurang bercakap. Annur mula menyalahkan diri sendiri dan merasakan diri tak berguna. Ditambah dengan faktor tak cukup tidur nya, Annur mula berhalusinasi. 

Nampak? Hal-hal yang remeh sebegitu pun aku boleh ambil terlalu serius? Padahal, jika kita berfikiran secara rasional, memang normal lah kalau baby awak tak pandai nak direct feeding. Tengok aje lah pada saiz badan nya. Kecil! Masih terlalu kecil. Malah, paru-paru nya pun masih belum cukup kuat untuk menghisap dan vakuumkan aereola ke mulutnya. Bukannya masalah besar pun kan? Kita semua tahu yang itu hanyalah keadaan yang sementara. Dia akan pandai sendiri dalam seminggu dua lagi, bila kita selalu praktis.

Nak diceritakan episod kemurungan aku selama 14 hari tinggal di hospital bersama anak yang pramatang ni, memang entri ni akan jadi panjang berjela la. Dipendekkan cerita, prosedur-prosedur diagnosis untuk bayi pramatang ni, sangat banyak! Ada prosedur scan kepala, untuk melihat sama ada dalam kepala bayi tu terdapat darah beku atau tak. Scan perut nak tengok usus ada yang tersumbat tak..Fuh! Semua tu boleh buat ibu cuak tahu? Otak ni cepat sangat nak berfikiran negatif bila diorang nak ambil anak untuk buat pemeriksaan itu dan ini. 
kemurungan selepas bersalin_kemurungan selepas bersalin | kemurungan selepas bersalin - kemurungan selepas bersalin_-_kemurungan selepas bersalin
Inilah budak premature tu | Naufal | Besar dan sihat pun.

Lepastu, ada ujian ROP (Retinopathy of prematurity) untuk cek mata baby, sama ada salur darah dalam mata baby betul-betul dah terbentuk dan bersambung elok atau tak. Memang tak menyenangkan lah prosedurnya. Tak tahu lah macam mana gayanya diorang paksa sengkang kan kelopak mata baby aku. huu~ Hanya Allah sebaik-baik pelindung. Akhir sekali, kalau anak korang lahir tak cukup bulan, anak korang perlu buat juga ujian pendengaran. ha yang ni je best. Sebab baby aku hanya diberi dengar lagu..hahaha. Nyaman je tengok bila anak kita tak menangis.


Cuba berkongsi dengan orang terdekat tentang perkara yang korang risaukan

Berbalik pada cerita kemurungan selepas bersalin tadi. Alhamdulillah aku terselamat dari termasuk dalam statistik wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin. Macam mana? Mudah je..atasinya pada peringkat awal. Cuma luahkan pada suami, segala kerisauan yang timbul dalam hati, tak kisahlah kalau hal-hal yang kecil sekalipun..cerita semuanya. Bila kita dalam tempoh 12 hari selepas melahirkan anak, memang mental kita agak "ting-tong" sebenarnya. So jangan tanggung sorang-sorang. Suami pulak, kena la bijak dalam memberi feedback, dan mejadi pendengar yang baik dan setia. Jangan pula bila isteri mula mengadu, awak pulak sibuk main smartphone.

Kedua, aku banyak menulis. Penulisan aku yang paling panjang adalah mengenai kisah bayi pramatang yang ditulis pada tahun 2013, tahun aku lahirkan Naufal. Jangan tak tahu, sebenarnya menulis dan mengarang ni sebenarnya merupakan satu terapi juga bagi orang yang menghadapi tekanan mental. Yang ni psychotherapist, Robin Muskal yang cakap tau. Selain blog ni, aku ada blog lain yang diprivatekan atas tujuan ini lah. Kalau nak menulis diari? Boleh je, tak salah pun. Asalkan menulis dan meluahkan.

Jadi kalau korang nak jadi orang yang sihat mental, dan terhindar dari kemurungan, banyak-banyakkan lah berkarya dan menulis. Jangan asyik nak plagiat hasil penulisan orang lain ajer okey? Pesanan terakhir dan terpenting. Kalau korang nak survive dari gejala kemurungan, perkara yang paling diharamkan adalah, mengasingkan diri dari orang yang terdekat. (family). Sebab perbuatan itu lah yang membuatkan korang semakin tenggelam jauh ke dasar lembah kemurungan tau. So, ada masalah sikit, share!

Share dengan mak, suami, adik, kakak, mahupun kucing korang. Share kat fecebook pon boleh. Korang boleh join group Depression Survivors (Malaysia) ni di facebook. Dalam tu korang boleh share pengalaman korang, apa ketakutan korang, perasaan korang terhadap diri sendiri tanpa risau ditertawakan atau dipandang aneh.

#YouAreNotAlone
#tribute_ChesterBennington
#ClinicalDepression
#suicide

Annur : Kadang orang kita terlalu cepat melabel tanpa mendalami golongan begini. Selfish betul kan kita! Sebab tu saban hari ade je kita dengar berita orang meragut nyawanya sendiri sebab mengalami kemurungan yang teruk. Nasib baik aku tak sampai tahap mencederakan diri sendiri dan anak.

4 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Yaallah yang membaca pun stress...alhamdulilah kan baby tu dah besar molek dah..syukur sangat..

    ReplyDelete
  2. Bagus ada support group boleh sama2 bagi semangat dan berkongsi rasa.

    ReplyDelete
  3. Besarnya pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.. suami kenalah mainkan peranan untuk isteri tercinta ;)

    ReplyDelete
  4. alahai tengok gambar naufal masa baby meruntun jiwa. alhamdulillah AS dapat atasi segala perasaan lepas bersalin tu dgn baik. suka tgk naufal sekarang. ensem boy

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.