Ketahui hak sebagai pengguna untuk mengetahui nama generik ubat

Ketahui hak sebagai pengguna untuk mengetahui nama generik ubat | Nama generik ubat merupakan nama kimia atau 'active ingredient' bagi sesuatu ubat. Dan nama tersebut 'laku' digunapakai di seluruh dunia (universal drug nomenclature). Makna kata kalau korang pergi Zimbabwe pun, korang boleh beli ubat di farmasi kat sana dengan menyatakan nama generik ubat yang korang ingini. Pharmacist kat sana takkan ada masalah untuk faham, sebab nama tu memang familiar dan satu dunia duk guna.

Okey, bagi mudah korang nak faham, Xu bagi contoh Panadol™. Kita selalu panggil ubat demam, sebagai Panadol™ sedangkan nama generik ubat demam tersebut sebenarnya adalah Paracetamol. Panadol™ yang korang sebut-sebut tu bukanlah nama ubat sebenarnya, tapi ia adalah nama dagangan/jenama (trade name) assigned by pengilang ubat Paracetamol. 

Apa pentingnya bagi pengguna untuk faham nama generik dan nama dagangan ubat?

Macam Xu cakap tadi, nama dagangan adalah nama 'jenama' yang diberikan oleh pengeluar / pengilang sesuatu ubat. Jadi lain kilang, lain lah namanya. Katakanlah Xu ada kilang ubat, lepas tu Xu nak keluarkan ubat Paracetamol dengan jenama Xu Pharma™. Boleh je. takde masalah. So, perlu difahami bahawa nama dagangan ubat boleh berubah-ubah dan berbeza daripada satu pengeluar ke satu pengeluar yang lain. Oleh itu, adalah sangat penting untuk korang membaca dan memahami label sampul ubat bagi mengelakkan berlaku kemudaratan pada badan korang di kemudian hari. 


Maklumat mandatori yang perlu ada pada label ubat

Seterusnya jom tengok apa maklumat yang wajib ada pada sampul ubat; 

-Nama dan alamat pihak pembekal atau penjual (klinik atau farmasi) 
-Nama generik ubat / Nama bahan aktif ubat lengkap berserta kekuatan ubat 
-Nama pesakit 
-Tarikh ubat dibekal atau dijual 
-Nombor rujukan pesakit pada buku rekod 
-Arahan/cara pengambilan ubat yang lengkap 
-Label “UBAT TERKAWAL/CONTROLLED MEDICINE” (untuk ubat terkawal sahaja) 

fahami-label-ubat-dan-nama-generik-ubat
Gambar dari https://www.pharmacy.gov.my/v2


Hak sebagai pengguna untuk mengetahui nama generik ubat

Kalau korang mendapatkan ubat dari klinik dan hospital kerajaan, insyaAllah label ubat akan mengikut format label yang sepatutnya. Sebab servis farmasi kerajaan memang tertakluk pada etika yang ketat dan sentiasa dipantau dan diaudit. Tapi masalah biasanya timbul bila korang mendapatkan ubat dari klinik-klinik dan farmasi swasta, di mana selalunya label ubatnya tak lengkap. Kesilapan dalam pengambilan ubat-ubatan boleh berlaku jika label ubat tak lengkap.

Korang sebenarnya berhak untuk tahu nama generik ubat yang diorang bekalkan. Jangan ragu-ragu dan takut sebab sebagai pengguna, korang memang ada hak tu. Sebaliknya, diorang tu yang sepatutnya takut dan perlu bertanggunngjawab dengan bisnes yang diorang jalankan tu sebab gagal mematuhi peraturan dan etika. 

Kalau korang dapat sampul ubat yang cuma tertulis nama ubat macam ubat demam, ubat batuk, ubat selesema, ubat gatal atau ubat sakit sendi dan macam-macam lagi, sila bersuara okey? Korang boleh mintak agar nama ubat tersebut ditulis dalam format nama generik atau bahan aktif ubat tersebut. Ingat! Pengguna berhak mengetahui nama ubat yang dia ambil.


Kesilapan pengubatan (medication error)

Kesilapan pengubatan merupakan kesilapan teknikal yang berlaku di dalam farmasi di mana ubat yang salah telah diberikan kepada pengguna. Jadi sebagai pengguna, korang wajib 'pandai' membaca label ubat. jangan dapat-dapat je ubat, korang terus nak telan je. Kita tak tahu, kerja tangan manusia ni kadang-kadang boleh juga tersilap. Jangan lupa bahawa ahli farmasi pun adalah seorang manusia biasa juga. 

Antara kesilapan yang mungkin berlaku adalah, tertukar ubat, atau kekuatan ubat tak sepadan dengan dos yang sepaturnya diterima pesakit. Biasanya berlaku pada kanak-kanak di mana dos yang diberikan adalah dos orang dewasa, sedangkan pada umumnya dos kanak-kanak haruslah separuh atau suku dari dos dewasa. Perkara ni kerap sangat berlaku, malah ada yang sampai membawa maut. Ha jaga-jaga! Kes ubat titis mata tertukar dengan ubat titis telinga pun tak kurang banyakknya. Ada yang dah jadi buta pun. Mata dah buta, menang saman juta-juta pun, takde gunanya lagi.

Seterunya kesilapan polifarmasi. Maksudnya, ubat yang sama telah diberikan secara bertindih, lalu menjadikan dos nya berganda. Masalah macam ni biasa berlaku bila kita tak kenal dan faham nama generik ubat. Contoh, sirap ubat batuk yang dikombinasikan dengan ubat selesema dalam satu botol. Tanpa pengetahuan yang baik dalam mengenal nama generik ubat, kita boleh tersalah beri ubat sirap selesema pula pada anak kita, sedangkan ubat yang pertama tadi sudah pun ada ubat selsema di dalamnya. Ha, tak ke dah jadi double dos ubat selsema yang anak kita makan? Very de bahaya okey?!


Maklumat-maklumat lain perlu ada pada label


1. Label Amaran

Selaras dengan peruntukan Akta Racun 1952, semua ubat yang dijual atau dibekalkan perlu diletakkan label amaran “Ubat Terkawal" atau "Controlled Medicine”. Selain tu, label “Untuk Kegunaan Luaran" atau "For External Use Only” juga perlu ada untuk ubat-ubatan yang dijual atau dibekalkan untuk kegunaan luaran macam losyen dan krim perubatan dalam bahasa Malaysia, Inggeris Cina dan Tamil. Label ini perlulah dalam tulisan merah atau berlatar belakang merah.


2. Label Harga Ubat

Bermula tahun 2011, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM, mula memperkenalkan label harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit termasuk juga pada sampul-sampul ubat. Masa ni ramai pengguna yang meroyan teruk sebab menyangka institusi perubatan malaysia nak di swastakan sepenuhnya.huhu.. Logik jugak kerisauan korang tu, dalam keadaan ekonomi yang kian merudum ni kan. tapi jangan risau. Tujuan diletakkan harga pada setiap ubat adalah untuk membuka mata korang supaya jangan membazir. Kita cuma nak galakkan penggunna untuk memanfaatkan ubat yang diberikan dengan caj pendaftran yang cuma RM1 itu dengan sebaik-baiknya.

Kalau taknak makan ubat, korang tolak je masa di kaunter farmasi. Kami ahli farmasi takkan telan korang kalau korang takmau ambil ubat yang diprescribe doktor. Kalau malu, korang datang balik farmasi pada hari Sabtu, dengan memakai topeng dan letakkan ubat yang korang tak makan tu ke dalam kotak pemulangan ubat yang disediakan di atas kaunter farmasi. Jangan jadi selfish dan tamak pada ubat bersubsidi kerajaan tu. Kalau taknak makan ubat, kenapa korang ambik jugak?! Biarkan subsidi ubat tu bermanfaat pada orang lain pula, yang lebih memerlukan daripada korang. Reti?



Xu says: Tazzabar rasanya nak resign kerja kerajaan..aumm! Mokcik setegheh!!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Good tips Tq for sharing

    BalasPadam
  2. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y