Tips kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai

September 28, 2017
Bagaimana nak terus kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai | Kebanyakan pasangan yang baru kawen memang alergik betul kalau suami kata yang kita terpaksa tinggal serumah dengan mertua. Isu tinggal dengan mertua ni sering menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. Aku tak kata orang lain. Aku sendiri pun agak memberontak weh masa mula-mula suami cakap yang aku kena tinggal di rumah orang tuanya. Keadaan makin sulit bila karier suami aku menuntut dia untuk kami tinggal berjauhan atau PJJ (perhubungan jarak jauh)...ohh~

Tips kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai
May 26 2012
Suami Annur bertugas dalam sektor oil and gas di mana dia terpaksa tinggal di atas platform minyak di Miri, Sarawak untuk tiga bulan berturut-turut, dan hanya boleh balik bercuti di kampung selama dua minggu sahaja. Adoi selama 3 bulan tu terkontang-kanting lah aku sensorang di rumah tu..ohh. Bagaimanapun, aku redho jer la. Tapi dalam hati? Hanya tuhan yang tahu betapa cuaknya aku nak menghadapi sebuah dunia baru, bersama mereka yang sebelumnya adalah asing bagi aku. Keluarga mertua.

Dalam keadaan ekonomi kami yang belum mantap masa tu, aku terpaksa turutkan aje apa jua keputusan Incik Suami. Kalau nak menyewa rumah, alahai sakit jugak weh sebab harga rumah sewa area Terengganu ni boleh tahan mahalnya ala-ala KL gittew! Tambahan pulak masa tu, satu-satunya kenderaan yang kami ada hanyalah sebuah motorsikal Honda EX-5 sahaja. So Incik Suami memang tak harap nak tinggalkan isteri dia sorang-sorang di rumah sewa, dan hanya "berkudakan" motor EX-5 untuk bergerak ke mana-mana.

So kepada korang yang perlu tinggal bersama mertua, tak kira lah atas sebab menjaga orang tua atau telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah pusaka, korang boleh cuba ikut tips kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai yang disenaraikan di bawah:


Tips kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai

1. Tentukan niat
Niat dalam hati, untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Ma ngan  Abah aku pesan, jangan anggap mertua tu sebagai mertua, tapi anggap macam mak ayah sendiri. Waima, bila aku berbual dengan Abah, dan mention "mak mertua kirim salam", terus aku dimarah nya! Abah larang sebut macam tu, sebaliknya cukup sekadar "Mak" dan "Ayah" je. Lagipon takkan berlaku kekeliruan, sebab mak bapa kandung aku panggil "Mama" dan "Abah".

Aku pernah terdengar satu ceramah Tanyalah Ustazah, penceramah tu ada menyebut
'Mertua/menantu yang hebat, ialah mereka yang masih berbuat baik dan sabar walaupun terpaksa melayan karenah mertua/menantu yang serupa hantu. Yang penting jangan merungut.' Jadi kalau korang dalam situasi yang ni, korang memang hebat.

2. Layan mertua seperti mak ayah sendiri
Anggap mertua macam parents korang sendiri. Jadi kawan dengan dia. Jangan asingkan diri pulak. Jangan sebab berbeza budaya dan bahasa, korang pilih untuk kurang bergaul. Aku ni orang Perak dan tinggal dengan mertua yang pure Ganu. Nak ngam dengan diorang, aku kena master dulu bahasa diorang. Kalo korang nak tahu, tiap-tiap hari bila bercakap ngan Mak, aku akan catat dalam fon perkataan-perkataan yang aku tak faham maksudnya. Bila Incik Asben call malam-malam, aku akan tanya semua perkataan yang aku catat tadi. Begitulah hari-hari aku berlalu, sampai lah aku fasih cakak ganung! haha

Pastu, jangan nak sentap sangat bila mertua tegur or nasihat. Anggap je macam mak kita sendiri, yang selalu duk berleter kat kita sebelum-sebelum ni. Kalau taknak kena bebel, korang kena lah rajin-rajin kan diri. Kalau korang memang dah spesis rajin sejak dulu, korang kasi up lagi rajin tu bila tinggal ngan mertua. Bukan nak suruh hipokrit, tapi aku nak tanya, ada ke orang yang tak pepasal nak menyampah pada orang yang rajin ni? Takde kan? Orang sayang lagi ada lah!

3. Biasakan agar orang dalam rumah tu faham privasi korang
Perkara penting yang diperlukan oleh pasangan pengantin baru adalah privasi. Keadaan privasi atau bersendirian bersama pasangan itu lah antara peluang untuk kita lebih mengenal satu sama lain. Hal ini mungkin susah sikit korang nak dapat kalau tinggal serumah dengan mertua. So pandai-pandailah korang menentukan area privasi korang, (bilik tidur, misalnya) dan minta kerjasama semua orang yang tinggal bersama dalam rumah tu, termasuklah anak buah korang sekalipun. Lagipun batas aurat korang dalam rumah tu pun kena jaga juga. Takkan bilik tidur kita pun senang-senang je orang terjah masuk.

Misalnya, ada anak-anak buah yang sering masuk ke bilik korang tanpa memberitahu terlebih dulu, sebaiknya korang bagitahu dia agar ketuk pintu dulu sebelum masuk, dan jangan masuk bilik korang sesuka hati walaupun korang tiada dalam bilik. Memang susah! Korang kena ulang pesan banyak kali, sampai diorang ingat. Biasalah budak-budak. Tapi lama-lama bila dah biasa, mereka akan faham.

3. Elak dari masuk campur dalam perbalahan keluarga
Tinggal bersama mertua, kadang boleh buat suami korang bersikap tidak matang dan keanak-anakan. Andai kata berlaku pergaduhan antara suami dan adik beradiknya, atau mungkin dengan mak ayah nya, korang pastikan tangan korang bersih dan kalau boleh beredar je dari situ. Masuk bilik, senang. Jangan sesekali jadi batu api atau cuba-cuba bersuara. Kita tak tahu, mungkin dalam rumah tu memang dah biasa berlaku pertengkaran macam tu, dan mungkin akhirnya benda tu selesai dengan sendirinya, umpama angin lalu, ke kan? So, bayangkan kalau kita menyampuk, mungkin perkara tu jadi lebih panjang dan serius.

4. Jangan berkira
Berkira ni ada macam-macam jenis berkira hokey. Paling kena elak, berkira bab makan. Nonono. Not good! So kalau masak atau beli bawak balik makanan, make sure ianya cukup untuk mengisi perut satu rumah. Kalau bajet semput, better jangan bawak balik pun. Kesian pada mata yang menengok dan hidung yang menghidu tu.

Pastu berkira kudrat. Aku basuh kain aku sendiri, so kau basuhlah kain kau. Bila hujan, gamak awak angkat pakaian awak je dekat ampaian. Pakaian mertua dan ipar-ipar, awak biarkan kebasahan. Kemudian berkira bab duit. Apa la salahnya awak beli barang-barang keperluan rumah macam makanan kering, makanan basah dan keperluan mandian untuk rumah tu. Ye mungkin Incik Asben awak dah bagi duit belanja pada mak mertua awak, tapi duit yang ada di tangan awak tu, takkan takde langsung bahagian sedekah nya?

5. Amalkan hidup tak menyusahkan orang
Selalunya, orang tak suka kat perempuan yang banyak mengada-ngada nya, kan? So, kalau boleh, cuba sedaya upaya agar berdikari dan tak cepat memohon bantuan dengan ipar dan mertua. Selagi kita boleh buat, kita buat sendiri. Macam aku ni, aku tinggal dengan mertua tanpa suami di sisi. Nka taknak, terpaksalah berdikari jugak.

Masa aku pregnant kan abam Naufal, Mak yang teman aku pergi klinik, untuk rutin checkup. Masuk bulan ke tiga, aku dah kenal jalan dan selok belok nak ke klinik, aku pulas minyak motor, pergi sendiri je ke klinik.

Memang Mak tak pernah sekali pun mengeluh kata aku ni menyusahkan dia, tapi kita ni sebagai orang muda kena faham, bukan senang duduk berjam-jam menunggu giliran kat klinik bagi seorang yang sebaya dia. Lama gila kot. Kesian kat orang tua la, sakit urat sana sini.

Pastu dengan ipar-ipar, jangan ambil kesempatan, walaupun diorang baik. Ini, tengok je ipar tu rajin sikit, awak pun mula buat-buat tak larat nak mengelat buat kerja rumah.


Pesanan akhir untuk kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar

Semoga 5 tips yang aku bagi ni dapat sikit sebanyak meredakan stres korang yang baru berkahwin tu, dan terpaksa tinggal dengan mertua. Aku tak kata aku ni menantu kesayangan. Apatahlagi menantu terbaik, jauh sekali. Cuma, bila sekarang ni rakan sekerja yang tahu aku pernah duduk serumah dengan mertua, walaupun suami tak tinggal sekali, memang masing-masing be like, 'Wow! penyabarnya kau".

Haha..penyabar ke tak tu, hanya Allah yang tahu. Pokoknya, kita share yang baik-baik aje. Supaya boleh jadi inspirasi dan tauladan. Dan aku doakan pada korang yang sedang berada di tempat ni, banyak-banyak mengadu pada Allah, semoga Allah meringankan kita dalam segala urusan. Tak payah lah nak post status meroyan, menyindir, mengutuk kat FB. Sangat tak cun di situ. Perbuatan macam ni sama je seperti melondehkan kain sendiri di khalayak ramai. Aib suami jaga sama~

Papepun, paling penting sini, aurat antara ipar duai kena guard baik-baik. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?" Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)

Annur: Aurat dan hubungan dengan ipar je dah disamakan dengan maut. So tanggungjawab kita sebagai isteri adalah jaga maruah diri untuk suami. Elakkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah antara kita dengan ipar.

~1377words

21 comments:

  1. Btol tu..orang tua ni kalau tegur jgn mudah terasa hati.. mereka tegur sbb sayang..paling baik jaga sy pantang.. walaupon sy dah pantang kt uma mak tp mertua nak jugak jaga..hehe sy pantang 2rumah.. untungkan dpt mak2 yg caring. Adatla tu klu ada buat salah..tp bgus mereka tegur sy trus btolkn..lebih baikla dri mereka mburukkn kat ank lain..kalau bab2 ipar duai sy mmg xsuka masuk campur.sbb dorang ni suka perhati n mngadu apa je kita wat.. tu jela.. kena sikap bhati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila dapat mertua yang sekepala..rezeki Ena tu. Tak semua orang dapat nasib sebaik Ena.

      Delete
  2. My SIL is evil. Shes disaster

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu~
      Semoga dipermudahkan dalam setiap urusan..amin.

      Delete
  3. Cantiknya as dlm gambar kawen.. mama pun dulu duk dgn mak mertua. So far ok boleh juga belajar memasak dgn dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..Annur pun banyak belajar masakan tradisi Terengganu & makanan favourite Incik Asben, dari mak mertua.

      Delete
  4. Akak pernah berkahwin...tp akak x pernah ada mak mertua..ada ayah mertua je masa tu..heheh..so takde pengalaman duduk ngan mak mertua..maybe wish utk next marriage kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga future mak mertua akak, orangnya sporting n boleh jadi geng..hihi amin

      Delete
  5. Thank you for the tips. It is very helpful!

    ReplyDelete
  6. Kalau boleh tak nak tinggal serumah dengan mertua dan ipar. Tapi kalau terpaksa bolehlah praktikkan tips ni.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the tips. Tapi Lin belum yakin lagi nak duduk dengan mertua or ipar duai. Elakkan confrontation 😂

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  8. good tips , nanti bila dah kawin CCL cuba praktikkan

    ReplyDelete
  9. Good tips. Minda kena kuat kan. Mental pun kne kuat jugak.

    ReplyDelete
  10. good sharing..saya pn tinggal dgn mertua..thn ni dh masuk thn ke 11..mcm tk percaya juga sbb bole bertahan lama sbb sebelum kawin slalu dgr mcm2 kalo tgal ngan mertua kn

    ReplyDelete
  11. tak semua ibu mertua tu jahat macam kebanyakan dalam drama melayu

    ReplyDelete
  12. Great tips to be shared there. Luckily not all mak mertua are evil! HAHAHA

    ReplyDelete
  13. I guess there's this fear of MIL simply because of what has been portrayed on TV...but I sincerely believe that most families are just like yours, probably just with a slightly different upbringing...but nothing can affect the love and bonds that run through it....

    ReplyDelete
  14. Ini rasanya pun depends on your luck with your in laws... kadang kadang kalau in laws terlalu cerewet pun payah.... I have had two sets of in laws.. so I can relate... I treat them with respect the best I can.. my first in law was really amazing... my current in law is not too bad but she got mood swings.. so when bad mood.. apa lagi... ok bai

    ReplyDelete
  15. It really does depend on how the bond is between you and your in laws. Not everything is like how it is in movies where there is a constant fear.

    ReplyDelete
  16. Is true. I also leave my in law and she is a nice mother. The only I cannot stand my adik Ipar as he a lazy and not hygiene person. I try my best to become a good daughter in law.

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.