10 Makanan yang Membantu Menaikkan Hb Darah Ketika Hamil.

10 makanan yang membantu menaikkan Hb darah ketika hamil | Kenapa pentingnya diet makanan penambah darah ketika hamil ni? Yelah, di samping kita mengambil tablet suppliment untuk naikkan Hb, pemakanan yang menyokong dan membantu menaikkan Hb darah ketika hamil juga patut ibu amalkan sebagai langkah proaktif supaya bacaan Hb sentiasa pada paras optimum. Jom tengok senarai makanan yang boleh membantu menaikkan Hb darah ketika hamil.

1. KEKACANG


 KEKACANG sunnah


Kacang-kekacang adalah salah satu kumpulan makanan pencegah anemia. Makan lah kacang sebagai pengganti junk food, tapi jangan pula berlebihan sampai habis licin sebalang kita makan! Dalam piramid makanan kita disarankan agar hanya "makan sedikit" dari kumpulan makanan ini.


2. BROKOLI



cara  cepat naikkan Hb makan brokoli

Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil. Selain mengandungi vitamin, zat besi dan folate, sayur hijau ini juga mampu mengawal berat badan ibu ketika hamil. Walaupun ada rasa tak sedap pada sayur ni, tapi kalau dah jadi sayur campur, lengkap dengan cendawan dan berkuah sos tiram..perggh! Masak pulak, jangan sampai lunyai. Pastikan ia masih rapuh..baru best!



3. PISANG





Pernah minum susu pisang tak? Korang cuba lah buat. Untuk sukatan segelas, hanya gunakan separuh dari sebiji pisang dan blend bersama susu segar. Annur suka manis, so Annur tambah susu pekat manis sikit untuk naikkan rasa manis. Tapi tak elok kan minum manis-manis ketikata mengandung~hehe. Pengambilan dua biji pisang setiap hari adalah baik untuk wanita hamil. Kandungan folat di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.


4. HATI

Credit : catatandarideuschland.
Sedapnya hati ayam masak kicap! Annur selalu makan begitu sahaja je kalau dapat hati ayam, sebab tak berapa lalu nak makan bersama nasi..huhu. Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, organ dalaman macam hati ayam ni tak berapa elok untuk otak. Bolehlah dimakan dua minggu sekali, tak pun sebulan sekali je.


5. DAGING MERAH



Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Korang kena tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan adalah lebih mudah diserap berbanding sumber lain. Barulah boleh tambah darah!


6. BAYAM MERAH


Bayam yang terbaik untuk penghidap anemia adalah bayam merah. Tapi agak susah nak dapat bekalan bayam merah ni, so boleh je kalau gantikan dengan bayam hijau je. Lagipun tak semua pasaranya ada jual bayam merah. Bayam ni bukan je mengandungi zat besi, malah juga mengandungi folate untuk perkembangan saraf tunjang bayi.


7. KERANG


Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Kalau hari-hari makan kerang pun bosan jugak kan. So boleh je korang selang selikan dengan adik beradik kerang, seperti lala (clam). Ubah-ubah la cara masakannya supaya tak bosan.


8. TELUR


Seeloknya sepanjang tempoh mengandung ni, korang cuba dapatkan telur ayam kampung. Sebab telur ayam kampung walaupun saiznya kecil, tapi portion kuning telurnya besar, lebih 80% dari keseluruhan kandungan telur. Nutrien dan zat besi adalah tinggi dalam kuning telur, bukan pada telur putih ye. Telur putih atau albumen tu korang tak makan pun takpe. So memang sesuai sangat kalau amalkan telur ayam kampung yang sedikit kandungan albumen nya. Kalau takde pun, korang boleh juga beli telur yang lebih berkualiti atau telur omega di pasaraya.


9. BUAH DELIMA




Buah delima memang susah nak dapat. Tapi Annur pernah dengar, speanjang tempoh 9 bulan 10 hari mengandung ni, elok kalau ibu makan at least sebiji buah delima. Makan the whole buah delima tu, jangan tertinggal seulas pun. Sebab kata orang tua-tua, dalam banyak-banyak ulas delima tu, ada sebiji yang sangat berkhasiat dan berkat. Itu kata orang tua la. Tapi khasiat buah delima dalam mengelakkan anemia memang sudah lama diyakini dan diamalkan sebagai petua.


10. MAKANAN SUNNAH : KURMA, KISMIS DAN SEBAGAINYA



Khasiat makanan sunnah seperti kurma, dan kismis memang takleh dinafikan lagi. Selain membantu menghasilkan darah merah, makanan sunnah juga mampu membekalkan serat dan tenaga pada tubuh. Daripada kita duk makan snek or jajan yang ntah belum tentu akan khasiatnya tu, lebih baik kita jadikan kismis je sebagai snek sambil duduk-duduk depan komputer office. Lagi berkhasiat. Tak gitu korang?


MENGAMBIL TABLET ZAT MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT)

Macam biasa, bila korang booking buku pink tu, klinik akan supply tablet haematinics untuk tambah darah. So sebaiknya korang ambillah tablet yang dibekalkan tu dengan berdisiplin. Bukan banyak pun, sekali sehari je korang. Disamping tu, korang juga dinasihatkan supaya jangan telan tablet haematinics ni bersama susu dan minuman berkafein seperti teh, kopi dan air berkabonat, sebab ianya akan mejadi suatu perkejaan yang sia-sia kerana penyerapan zat besi akan terganggu oleh minuman tersebut. Seeloknya minum bersama jus buah-buahan sitrus yang tinggi kandungan vitamin C.

Atau korang baca je Cara pantas mengatasi masalah Hb rendah semasa mengandung ni. Semoga ibu dan baby sentiasa sihat dan selamat lah hingga saat melahirkan ye! 

Bubbye!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tanpa Nama11:02

    You should be a part of a contest for one of the most useful sites
    on the internet. I am going to highly recommend this web site!

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y