penawar sakit belakang-biobax

AWAS! Penggunaan ubat krim sapu yang mengandungi steroid ke atas bayi dan kanak-kanak

9:11 PM
Ubat steroid topikal ialah ubat sapu yang biasa digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, ruam, keradangan kulit, psoriasis, bengkak, kemerahan kulit, kegatalan dan ketakselesaan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga. Krim steroid mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi yang bertindak mengurangkan keradangan yang berlaku pada kulit. Ia juga dapat mengurangkan rasa gatal dan kemerahan kulit.

krim-sapu-mengandungi-steroid-tidak-sesuai-untuk-bayi

Mekanisma tindakan krim steroid

Bila terdapat interaksi antara alergen dan kulit, kulit secara semulajadinya akan bertindakbalas dengan mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia yang menyebabkan iritasi. Bahan kimia yang dilepaskan tu menyebabkan saluran darah di bawah kulit mengembang dan menyebabkan kulit yang terjejas menjadi merah, bengkak dan gatal.

Bila ubat sapu yang mengandungi steroid ni di letakkan pada kulit yang terjejas tadi, ia akan menghalang bahan kimia pencetus iritasi tu tadi daripada dibebaskan ke dalam sel-sel kulit, dan sekaligus mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.


Korang sedar tak krim gatal yang korang dapat dari klinik atau farmasi tu kebanyakannya mengandungi steroid?

Contoh kegunaan-kegunaan krim steroid
1) Merawat ruam lampin (selalunya dicampur dengan ubat anti-kulat) seperti Daktacort, Candacort, Decocort.
2) Gatal-gatal disebabkan reaksi alahan (allergy) seperti Elomet®, Hydrocortisone, Betnovate®, Dermovate®
3) Digigit serangga
4) Psoriasis seperti Dermovate®, Diprosalic, Beprosalic, Elomet®

Contoh steroid yang tak sesuai untuk bayi

- Steroid sapuan topikal (krim) telah menyebabkan sindrom Cushing pada kanak-kanak sebaik sahaja sebulan selepas rawatan telah bermula (Sumber: Jurnal Arch Dis Child, 1982; 57: 204-7).

-Untuk bayi, steroid yang boleh digunakan ialah hydrocortisone atau mometasone. Jenama terkenal seperti Econazine tak sepatutnya digunakan pada bayi.

-Krim yang mengandungi steroid betamethasone, clobetasol, triamcinolone tidak sesuai untuk penggunaan pada bayi atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.


Kesan sampingan krim steroid sapuan luar 

1) menipiskan kulit
2) Sekiranya penggunaan berlebihan (lama atau banyak), mungkin akan berlaku penyerapan ke dalam badan (systemic absorption) yang boleh membawa kesan-kesan buruk terhadap kesihatan anak korang


Kesan sampingan (jika berlaku penyerapan sistemik)

- Cushing syndrome di kalangan bayi/ kanak-kanak
- Hypocalcemia, yakni kekurangan kalsium badan
- Osteoporosis
- Hilang daya kekuatan otot
- Penambahan berat badan secara mendadak
- Pembentukan tempelan lemak tidak sekata di tempat-tempat tertentu menjadikan:
   -buffalo hump (bonggok di atas belakang)
   -central obesity (gemuk buah pear, iaitu gemuk dari pinggul ke perut)
   -moon face (muka sembap, atau muka berisi penuh seperti pau)
- Perpeluhan terlampau
- Rambut kering, cering dan rapuh
- Penipisan kulit
- Penipisan lapisan membran mukosa (seperti dalam dinding perut)
- Lebam-lebam
- Hirutism (pertumbuhan bulu muka seperti misai dan janggut di kalangan perempuan)
- Kerosakan mata


Macam mana ibu boleh kurangkan kesan sampingan?

1) Krim-krim ini tidak boleh digunakan untuk jangkamasa panjang dengan banyak. Ia harus disapu nipis-nipis ke bahagian yang terjejas.
2) Jangan gosok, cukup sekadar menyapu suatu lapisan yang nipis sahaja
3) Elakkan menyapu krim steroid selepas mandi atau ketika kulit lembap kerana ia akan meningkatkan penyerapan steroid melalui kulit.
4) Jangan balut tempat yang telah disapu dengan krim steroid


Sebelum membeli ubat OTC (atas kaunter), semak:

-Label, dan kenalpasti kandungan bahan aktifnya
-Jika ada bahan yang penghujung ejaannya diakhiri dengan -one sperti -lone -sone dsb; itu adalah steroid




Nota : Generasi baru seperti mometasone adalah sangat kuat (digunakan hanya sekali je sehari) tapi kesan sampingannya sangat rendah, setaraf dengan hydrocortisone. Hydrocortisone adalah steroid yang paling mild dan mempunyai kesan sampingan yang paling rendah.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.