Awas! Ubat Krim Steroid ke Atas Bayi dan Kanak-kanak

ubat krim steroid
Ubat steroid topikal ialah ubat sapu yang biasa digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, ruam, keradangan kulit, psoriasis, bengkak, kemerahan kulit, kegatalan dan ketakselesaan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga. 
ekzema ubat losyen steroid
Ubat steroid adalah selamat untuk kanak-kanak sekiranya ia digunakan mengikut arahan dan cara penggunaan yang betul. Krim steroid mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi yang bertindak mengurangkan keradangan yang berlaku pada kulit. Ia juga dapat mengurangkan rasa gatal dan kemerahan kulit.
krim gatal ubat krim sapu steroid
ekzema-ubat-krim-steroid-krim-gatal,krim-sapu-mengandungi-steroid-tidak-sesuai-untuk-bayi Krim steroid, krim sapu mengandungi steroid, betamethasone, momethasone hydrocortisone, elomet, betnovate, dermovate, krim gatal steroid
Contoh Ubat Krim Steroid


Mekanisma Tindakan Ubat Krim Steroid

Bila terdapat interaksi antara alergen (pencetus alergi) dan kulit, kulit secara semulajadi akan bertindak balas dengan mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia yang menyebabkan iritasi. Bahan kimia yang dilepaskan tu bereaksi terhadap alergen dengan cara mengembangkan saluran darah di bawah kulit lalu menyebabkan bahagian kulit yang terjejas menjadi merah, panas membengkak dan gatal-gatal.

Bila ubat sapu yang mengandungi steroid ni di letakkan pada kulit yang terjejas tadi, ia akan menghalang bahan kimia pencetus iritasi tu tadi daripada dibebaskan ke dalam sel-sel kulit, dan sekaligus mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.


Mommy Sedar Tak Krim Gatal yang Mommy Dapat dari Klinik atau Farmasi Kebanyakannya Mengandungi Steroid? 

Contoh kegunaan-kegunaan krim steroid

1) Merawat ruam lampin (selalunya dicampur dengan ubat anti-kulat) seperti Daktacort, Candacort, Decocort.
2) Gatal-gatal disebabkan reaksi alahan (allergy) seperti Elomet®, Hydrocortisone, Betnovate®, Dermovate®
3) Digigit serangga
4) Psoriasis seperti Dermovate®, Diprosalic, Beprosalic, Elomet®

Contoh Jenis Steroid Yang Tidak Sesuai untuk Bayi

  • - Steroid sapuan topikal (krim) telah menyebabkan sindrom Cushing pada kanak-kanak sebaik sahaja sebulan selepas rawatan telah bermula (Sumber: Jurnal Arch Dis Child, 1982; 57: 204-7).
  Krim steroid. Fungsi, cara guna yang betul
  • -Untuk bayi, steroid yang boleh digunakan ialah hydrocortisone atau mometasone. Jenama terkenal seperti Econazine tak sepatutnya digunakan pada bayi. Namun begitu, preskripsi doktor tetap diperlukan sebelum mengaplikasikan sebarang krim atau ointment steroid ke atas bayi.
   ubat steroid
  • -Krim yang mengandungi steroid betamethasone, clobetasol, triamcinolone tidak sesuai untuk penggunaan pada bayi atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
ekzema krim gatal

Contoh Keadaan di Mana Krim Steroid Tidak Sesuai Digunakan

Krim steroid tidak sesuai digunakan pada luka terbuka. Sebab penyerapan ubat dalam darah akan lagi banyak! Bila penyerapan banyak maka kesan sampingan pun akan meningkat.
ubat sapu steroid
Kulit yang ada jangkitan kulat atau bakteria, selalu kan kalian letak Econazine® dan Fuscicort®? Dalam keadaan jangkitan kulat yang serius dan bakteria yang serius, tidak sesuai menggunakan krim steroid kerana ciri steroid yang suppress (menekan/menyekat) imun kulit boleh menerukkan lagi jangkitan.
losyen gatal steroid

Kesan Sampingan Penggunaan Krim Steroid Topikal Berpanjangan (jika berlaku penyerapan sistemik)

Ubat krim sapu steroid sekiranya meresap dari permukaan kulit dan memasuki peredaran darah boleh menyebabkan perubahan hormon sehingga menjadi Cushing Syndrome di kalangan bayi/ kanak-kanak. Kesan-kesan seperti wajah membulat seperti bulan, seluruh badan membengkak dan penambahan berat badan secara mendadak.
ekzema krim gatal
ubat krim steroid pantang larang ekzema penyakit eczema prednisolone 5mg untuk apa Steroid Topikal untuk Ekzema Krim Steroid punca Cushing Syndrome Steroid topikal merupakan ubat kortikosteroid sintetik Ubat sapu steroid  ubat steroid untuk sapu di muka ubat prednisolone untuk sakit apa cara makan ubat prednisolone 5mg krim steroid untuk gatal prednisolone syrup for child cara menghilangkan kesan steroid ubat prednisolone untuk selsema jenis krim steroid krim hydrocortisone untuk bayi krim gatal kulit krim steroid krim anti kulat apa itu steroid losyen untuk kulit gatal
Kesan Steroid ke Atas Bayi

Sekiranya penggunaan berlebihan (lama atau banyak), mungkin akan berlaku penyerapan ke dalam badan (systemic absorption) yang boleh membawa kesan-kesan buruk terhadap kesihatan anak kalian antaranya :
  • - Cushing syndrome 
  • - Menipiskan kulit
  • - Hypocalcemia, (kekurangan kalsium)
  • - Osteoporosis
  • - Hilang daya kekuatan otot
  • - Pembentukan tempelan lemak tidak sekata di tempat-tempat tertentu menjadikan:
    •    -buffalo hump (bonggok di atas belakang)
    •    -central obesity (gemuk buah pear, iaitu gemuk dari pinggul ke perut)
    •    -moon face (muka sembap, atau muka berisi penuh seperti pau)
  • - Perpeluhan terlampau
  • - Rambut kering, cering dan rapuh
  • - Penipisan lapisan membran mukosa (seperti dalam dinding perut)
  • - Lebam-lebam
  • - Hirsutism (pertumbuhan bulu muka seperti misai dan janggut di kalangan perempuan)
  • - Kerosakan mata
ekzema krim gatal

Jadi boleh Ke Guna Krim Steroid Pada Bayi?

Kebanyakan mommy yang mempunyai bayi yang mengalami masalah ekzema dan psoriasis pasti akan familiar dengan ubat sapu jenis steroid kerana steroid topikal adalah krim sapu yang paling cepat menlegakan keradangan kulit. Walaupun amnya, steroid mempunyai banyak kesan sampingan, namun penggunaan jenis steroid yang betul, pada dos kekuatan yang betul dan disapu pada bahagian yang betul, malah diguna juga dengan cara yang betul adalah selamat untuk baby.
Jenis-Jenis sapuan Steroid

Bagaimana Cara yang Betul Menggunakan Ubat Krim Steroid?

  1. Cuci tangan dengan sabun dan air. 
  2. Ambil sejumlah krim mengikut keluasan kulit yang terjejas. 
  3. Sapu krim pada kulit sampai hilang kesan putih. 
  4. Basuh tangan hingga bersih dari sisa krim

Bagaimana Boleh Kurangkan Kesan Sampingan?

  • 1) Krim-krim ini tidak boleh digunakan untuk jangkamasa panjang, atau melebihi 7 hari dengan kerap. Ia harus disapu nipis-nipis sahaja ke bahagian yang terjejas.
  • 2) Jangan gosok, cukup sekadar menyapu suatu lapisan yang nipis sahaja, sebab perbuatan menggosok krim steroid di atas permukaan kulit akan meningkatkan penyerapan steroid ke dalam kulit.
  • 3) Elakkan menyapu krim steroid selepas mandi atau ketika kulit lembap kerana ia akan meningkatkan penyerapan steroid melalui kulit, terus ke blood stream.
  • 4) Jangan balut tempat yang telah disapu dengan krim steroid.
Jenis-Jenis Steroid kulit
Jenis-Jenis Steroid topikal

Sebelum Membeli Ubat Sapu OTC (melalui kaunter), Semak Terlebih Dahulu:

-Label, dan kenalpasti kandungan bahan aktifnya
-Waspada bila membeli 'so called' krim herba di pasaran. Dibimbangi ia dicampurpalsu dengan steroid.
-Jika ada bahan yang penghujung ejaannya diakhiri dengan -one seperti -lone -sone dan sebagainya; itu adalah steroid. 
-Dapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor terlebih dahulu. Kadang-kadang yang dispens ubat di kaunter farmasi hanya pekerja. Jadi make sure anda bertanyakan kepada licensed pharmacist bagi kedai farmasi tersebut.
- Walaupun mommy beli krim dari farmasi, tetap kena hati-hati. Banyak krim campuran seperti brands Econazine®, Candid-b® dan lain-lain. Biasanya bila baby kena ruam susu area muka atau cemar peluh area leher kadang tu ada doktor or pharmacist akan suggest pakai ubat ni. Jangan! Please. Sian baby ok.
cara menghilangkan kesan steroid,ubat prednisolone untuk selsema,jenis  steroid,krim hydrocortisone untuk bayi,krim gatal kulit, steroid,krim anti kulat,apa itu steroid,losyen untuk kulit gatal
Nota : Generasi baru seperti mometasone adalah sangat kuat (digunakan hanya sekali je sehari) tapi kesan sampingannya sangat rendah, setaraf dengan hydrocortisone. Hydrocortisone adalah steroid yang paling mild dan mempunyai kesan sampingan yang paling rendah.
ubat  steroid,pantang larang ekzema,penyakit eczema,prednisolone 5mg untuk apa,Steroid Topikal untuk Ekzema, Steroid punca Cushing Syndrome,Steroid topikal, kortikosteroid,Ubat sapu steroid,
ubat steroid untuk sapu di muka,ubat prednisolone untuk sakit apa,cara makan ubat prednisolone 5mg,krim steroid untuk gatal,prednisolone syrup for child,

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. assalamualaikum sis...kalau anak 2 thn 1 bln boleh x guna krim econazine tu😅

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama09:11

    Salam sis.. Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.

    Secara jujurnya, jangan sewenang wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapat kan nasihat doktor.

    1- STEROID CREAM
    2- ANTI FUNGAL CREAM
    3- ANTIBIOTIC CREAM
    4- COMBINATION OF CREAM
    5- ANTI VIRAL CREAM

    1) STEROID CREAM
    Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.

    Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan " SONE". Contoh:
    - Hydrocortisone - Clobetasone - Mometasone - Fluticasone - Betamethasone.

    Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar utk kenali kelas2 krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.

    Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan utk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Utk kes kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream/ ointment guna yg kelas paling potent utk 5 hari, kemudia di ikuti dgn yg less potent utk seminggu berikutnya.

    Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection), dan kalau di sapu di kawasan yg besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dlm badan ( systemic absorption ).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama09:12


      2) ANTI FUNGAL CREAM
      Kita gunakan utk rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.

      Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan "ZOLE". Contoh:
      - Miconazole - Clotrimazole - Econazole - Ketoconazole - Fluconazole
      Dan ada satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil)

      Rujuk gambar utk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.

      3) ANTIBIOTIC CREAM
      Kita gunakan utk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2 tengok imej Google :P Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yg tajam. Doktor yg berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.

      Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan " IN"
      Contohnya:
      - Gentamicin - Fucidin - Neomycin - Mupirocin

      4) COMBINATION OF CREAM
      Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:

      - Steroid cream + antibiotic cream
      - Antifungal cream + steroid cream.

      Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
      Or sometimes, ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.

      Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.

      Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka ---- lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.

      5) ANTI VIRAL CREAM
      Krim jenis ni utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
      Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.

      So, please kenal krim yg anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya " saya nak krim warna putih tu ". Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL. Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yg dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, ada berhak tahu kandungan krim itu ( mesti ada label).
      Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu " serasi " sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.

      Padam
  3. Tanpa Nama08:41

    elok consult pakar kulit dermatologist.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Mamy. Cuya follower baru..salam kenal :)

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y