Obses Nak Anak Genius Hingga Rela Ditipu Seller

Ibu obses mahukan anak genius sehingga rela ditipu oleh seller | Pernah dengar tak kes ibu obses nak dapat anak yang kulit putih melepak, sampai sanggup ambil suntikan kecantikan masa tengah mengandung dari seller instashop? 

Atau, memasukkan serbuk kolagen dan glutathione ke dalam susu formula anak yang baru berusia setahun? Itu semua pernah jadi viral 3 tahun dulu. Sekarang? Kes nak anak terlajak bijak pulak.

SID shaklee penipu, penyalahgunaan produk shaklee, seller tak bertanggungjawab mengesyorkan cara pengambilan shaklee yang salah
Ok ni pendedahan amalan kurang berilmu SID (Shaklee Independent Distributor) yang suka memandai-mandai demi melariskan produk jualan

Ha, lepas ni mesti ramai kata Syu anti-Shaklee. Syu dengki nak jatuhkan empayar Shaklee, nak tuang pasir dalam periuk nasi SID-SID..kan. huu~ #mokcikRedhaNak

Korang boleh label Syu menutup periuk nasik SID, tapi 

Hakikatnya Syu sendiri pun pengguna produk Shaklee jugak! Syu minum ESP kot masa dalam pantang, pastu makan tablet Zinc Complex dan Vita E complex jugak. Tak caya, tanya SID gojes mak jemah ni

I memang membeli dengan dia je pun. Selama I amalkan produk shaklee, tak pernah pulak pun I pecahkan tablet or capsul untuk bagi kat anak I, sebab I tahu sebaik mana pun supplement tu, sekiranya ia untuk sukatan orang dewasa, maka ia hanya untuk orang dewasa la!


Supplement minda anak Ubat Bijak Vitamin Excel
Like seriously? Masukkan dos dewasa ke dalam susu anak? Oi..oii. Susu formula dah diformulasikan siap ada kandungan DHA dah kot wei! Kenapa nak over-over pi tambah lagi Omega Guard?

Dos DHA yang disarankan untuk kanak-kanak

Menurut EFSA - Dos DHA yang disarankan untuk kanak-kanak 1-3 tahun adalah 100mg sehari adalah memadai. Manakala Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) pula menyarankan pengambilan DHA mengikut berat badan iaitu 10-12 mg/kg. 

Itupun dinyatakan adalah DHA yang bersumberkan dari susu ibu dan diet harian. Ikan berlemak seperti salmon, tenggiri, ikan bilis dan herring merupakan ikan yang tinggi kandungan DHA. Selain tu, sejumlah kecil DHA boleh juga didapati di dalam kuning telur.

Disyorkan Untuk Ibu : Awas Penggunaan Krim Sapu Steroid ke Atas Anak

Memberikan kanak-kanak capsul Omega-3 dos dewasa?

Penyalahgunaan ubat atau vitamin sememangnya sangat-sangat tak patut, terutamanya kalau ia disalahgunakan ke atas budak! Syu tak menyangkal kebaikan supplement dalam meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan, tapi I geram dengan tingkah laku stokis-stokis Shaklee yang tak beretika yang suka buat-buat pandai dalam memberikan konsultasi. Grrr~ 

Sedangkan HQ Shaklee sendiri tak pernah mengeluarkan apa-apa statement yang menyuruh pengguna memberikan Omega Guard kepada kanak-kanak. 

Rujuk gambar di bawah ni. Maklumat ni Syu screenshot directly dari website utama Shaklee

omega guard untuk anak bijak, anak pintar omega guard,Supplement minda anak Ubat Bijak Vitamin Excel
FOR ADULTS ONLY. katanya. Takde pulak dia cakap "SUITABLE FOR EVERYONE AND ALL AGE GROUP".

Tahukah anda?

1. Tindakan pecahkan capsule omega-3 yang mengandungi dos dewasa adalah tidak di galakkan tanpa pengawasan pengamal perubatan.

2. Apakah kepentingannya menambah DHA lagi ke dalam susu formula yang sudah diformulasikan bersama DHA sedia-sedia?

3. Malah susu ibu sendiri mempunyai sumber DHA yang sesuai dengan diet anak mengikut umurnya.

4. Sekali lagi, laman rasmi Shaklee sendiri pun tak pernah kata yang produk Omega Guard ni Sesuai diberikan kepada kanak-kanak, apatahlagi jika dicampurkan ke dalam susu.

5. Kalau korang salah seorang dari ibu yang amalkan amalan di atas, tolong stop serta merta ok.



Supplement minda anak Ubat Bijak Vitamin Excel
Awas ya! Ibu bapa jangan mudah terpedaya dengan testimoni-testimoni yang menjanjikan bulan dan bintang. Rujuk pada fakta dari sumber yang lebih reliable, berserta bukti saintifik.




Tindakan mengubahsuai dos sendiri di rumah?

Salah laku SID yang memandai-mandai alter dose yang secara teknikalnya bukan bidang kepakaran diorang adalah boleh didakwa! Sebab tu, dalam bab ubat, makanan tambahan dan nutrisi kanak-kanak dan bayi, korang perlu rujuk kepada yang pakar. 

Atau bertanya pada ahli yang tak mempunyai apa-apa kepentingan atau keuntungan, seperti badan-badan kesihatan seperti KKM. InsyaAllah pandangan dan khidmat nasihat yang diberikan adalah lebih telus dan tak bias.

DHA side effect? Serius lah Syu?! Takkan lah DHA pun ada kesan buruk.

Yelaa..yela. Bukan side effect la. So nak gantikan dengan term apa pulak ek selain side effect? Kesan sampingan? haha still membawa maksud yang sama. Sebenarnya, jarang kita nak dengar kes keracunan DHA atau kesan sampingan DHA ni pada orang sihat. Tapi menurut laman web Mayo Clinic, kesan sampingan DHA adalah bersifat dosage responsive. 

Bermaksud, lagi tinggi dos DHA yang diambil, lagi tinggi chances korang mengalami kesan sampingan. So, kalau kanak-kanak mengambil dos orang dewasa..korang rasa? Tinggi tak chances nak berlaku side effect?

So apa kesan sampingan yang boleh korang alami?

Antaranya, opkos lah sendawa yang berbau hanyir ikan. Dah makan minyak ikan, mestilah rasa ikan kan? Selain tu, korang juga boleh mengalami perut berangin, pedih ulu hati dan cirit-birit. Itu setakat yang dah dilaporkan dan direkod. Selebihnya, masih dalam fasa monitoring.

Amaran dan langkah berjaga-jaga

Jangan mengambil minyak ikan melebih 3 gram sehari. Orang yang mempunyai masalah hati, masalah pendarahan dan kencing manis perlu berjaga-jaga dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang produk minyak ikan. Selain itu, pesakit darah tinggi, pesakit kemurungan dan bi-polar disorder, yang sedang menerima rawatan dan ubat-ubatan dari hospital perlu berbincang dengan doktor yang merawat itu terlebih dahulu sebelum korang nak mulakan pengambilan supplement minyak ikan.

So, terbantut lah usaha ibu nak dapat anak pintar cerdik kalau macam ni?

Boleh. Korang masa mengandung, korang amalkanlah memakan Omega Guard ni. InsyaAllah khasiatnya akan disalurkan kepada janin. Pastu, asid lemak DHA ni juga, akan terkumpul dalam tisu lemak ibu, dan kemudiannya akan diurai menjadi bahan dalam susu ibu selepas korang bersalin nanti.  

Jadi, lepas anak lahir, korang susukan je baby korang sampai dua tahun. DHA yang diurai dari lemak-lemak korang tu akan terus dibekalkan kepada anak. Kajian menunjukkan, asid lemak DHA dalam susu ibu adalah 4 kali lebih tinggi dari EPA. (EPA adalah asid lemak yang bayi tak mampu nak hadam)


Selepas anak putus susu badan, boleh la topup bekalan DHA dari supplement

Korang boleh dapatkan produk omega-3 atau DHA yang dirumus khas bagi kanak-kanak. Contohnya seperti DHA Gummies keluaran Scotts ni. Sehari berikan anak korang 3 gummies untuk dikunyah untuk menyokong perkembangan otak anak korang. Jangan pegi paksa anak korang telan kapsul Omega Guard tu. Kesian kot! Kecik-kecik lagi dah kena abuse. Tercekik kang, macam mana?


Sokong-perkembangan-otak-anak-anda-dengan-scotts-DHA-gummies scotts DHA
Scott's DHA Gummies for kids. [Dapatkan di Shopee]

Rujuk pada sumber yang genuine

Papepun, korang boleh hubungi helpdesk NPRA di 03- 7883 5560 kalau ada sebarang keraguan. Jangan pi tanya stokis yang menjual produk. Kalau tanya stokis kemungkinan besar korang akan diberikan maklumat kurang jujur yang berorientasikan keuntungan, dan kadang kala menyimpang jauh dari fakta. Yelah nak meroket sales ribu-ribu sebelum hujung bulan kan, ayat mestilah padu! Baru boleh convert prospek kepada buyers laju-laju. Tak gittew uolls!? 

Sokong-perkembangan-otak-anak-anda-dengan-scotts-DHA-gummies

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Sebagai ibu kena bijak dan celik ilmu sebelum beri anak anak apa apa makanan tambahan. Seeloknya rujuk pd pakar. Seller nih bukan semua boleh percaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak mimie. Nak-nak bagi ibu yang ada anak kecil. Kena rajin membaca dan meneliti dulu, sebelum nak beri apa-apa pada anak.

      Padam
  2. yaallah tak sangka pulak sampai camtu sekai dia buat,pandai2 je...kang jadi pape kat anak baru nak nyesal nnt...

    BalasPadam
  3. Kalau xsalah, semua anak dilahirkan bijak, cuma pendedahan dan cara penerimaan mempengaruhi tahap kebijaksanaan mereka.

    betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      rangsangan selepas lahir tu yang lebih penting. Faktor nature IQ ni ada la dalam 30% je peranannya dalam menentukan kebijaksanaan.

      Padam
  4. Sebelum kita nak ambil ubat pun kena jumpa doktor untuk consult. Ni kan pula produk2 yang belum tentu selamat kita nak bagi pada anak-anak. Sebagai ibu, kita kenalah peka akan hal ni. Tak boleh sewenangnya nak bagi. Apa-apa kesan nanti anak kita juga yang terima akibatnya. Tak salah nak ambil apa2 produk makanan tambahan yang penting rujuk dulu pada pakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, at least tanya pendapat ibu-ibu lain pun ok jugak.

      Padam
  5. Waah,harus lebih teliti nanti. Banyak sekrang seller yang tidak sesuai.

    BalasPadam
  6. Kalau kita tak pasti nak bagi ubat jangan pandai-pandai bagi. kesian kat anak2 tu. takut efek masa depan kan. tak perasan pulak ade testimoni yang ni. Ibu bapa kena mainkan peranan. Jangan ikut testimoni je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..oragan hati anak-anak masih muda dan tak sematang hati orang dewasa. Bila kita mak bapak paksa hati diorang berkerja keras untuk mmemproses dos dewasa, takut 20 tahun nanti, anak akan dapat kesannya

      Padam
  7. Terima kasih untuk info ini. Supplement hanya add on sahaja. Anak-anak dilahirkan semuanya bijak-bijak. Ibu ayah lah yang mencorakkan warna-warna pada anak itu.

    BalasPadam
  8. betul.. banyak suppliment ada sukatan utk kanak2 lg2 umurbawah 3 tahun kebawah.. kena ambil tau bab ni wahai ibu2 diluar sana..

    BalasPadam
  9. Setuju! Kena lebih berhati-hati. Zaman sekarang semuanya nak keuntungan. Dah ubat untuk orang dewasa, jadahnya bagi kanak-kanak kan. Nak sangatlah anak tu cantik bijak bagai tapi gunalah cara yang betul. Macam-macam sekarang ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sib baek ada yang sokong hihi

      Padam
  10. takutnya kalau terjadi kat diri sendiri macam ni. kesian kat anak yang masih kecil.kena ambik berat pasal hal ni

    BalasPadam
  11. Kena cari seller yg betul betul tau consultation. Jangan sembarangan

    BalasPadam
  12. Adoi...mcm2 jenis mak pak ada ye hehehe. Campurkan omega dalam susu. Adoi !

    BalasPadam
  13. Sis masa anak2 kecik memang bagi ubat atau supplement atas arahan doktor aje, memang tak berani beli sembarangan. Ibu bapa kena bijak dalam hal ni

    BalasPadam
  14. aduhaiii.. bahaya kot bagi anak omega guard kat anak kecik tanpa pengawasan dari pakar.. nak sangat anak bijak smpai lupa diri tengah membahayakan si anak tu.. macam-macam la perangai mak mak sekarang ni.. biarlah buadak tu bijak secara normal mengikut peredaran masa..susah dpt mak yang tak berapa nak bijak tp nak anak dia bijak pandai..huhuu..

    BalasPadam
  15. Betul tuu sis.. Ibubapa seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi ubat, supplement kepada anak-anak. Jika ragu-ragu better minta nasihat dari pakar yang berkenaan. Janganlah nampak testimoni sini sana terus percaya bulat-bulat, nanti kesian kat anak yang kena kesannya.

    BalasPadam
  16. Boleh kah bagi anak 1 tahun 8 bulan makan ni vitamins Scotts emulsion gummies ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Scotts gummies tak sesuai untuk toddlers usia 1 tahun.
      Ianya hanya untuk kanak-kanak atas 5tahun
      https://www.mims.com/malaysia/drug/info/scott-s%20gummies?type=full

      Padam
    2. Maaf pembetulan. 3 tahun ke atas.

      Padam
  17. kena berhati-hati kan

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y