Cabaran hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ

October 09, 2017
Cabaran hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ | Tidak boleh elak akan wujudnya sisi buruk sesuatu perhubungan tu tak kira awak tinggal sebumbung atau jarak jauh. Tapi pasangan yang tinggal bersama ni, jarang kita dengar timbul isu-isu yang serius. Tapi, kalau pasangan suami isteri PJJ, banyak! Entri kali ni bukan bertujuan nak highlight kan keburukan hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ, tapi lebih kepada pengalaman peribadi aku yang sudah lebih 5 tahun hidup PJJ dengan suami.

perkahwinan-hubungan-jarak-jauh-pjj

Kisah | Cabaran hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ

Al-kisah, selama 5 tahun aku hidup PJJ ni, tak pernah lah lagi aku rasa macam ni. Cuma lately ni je aku dapat rasa yang aku macam dah makin boring je dengan suami aku. Mungkin sikap aku ni ada kaitannya dengan pembawakkan baby la kot. haha ayat typical sangat kan? Orang perempuan bila nak justify kesalahan diorang supaya nampak macam tak bersalah, mesti guna alasan mengandung lah, hormon tak stabil lah, pembawakan baby lah..pffttt.

Alasan. Seribu satu alasan kita boleh create untuk menyedapkan hati dan nafsu kita. Tapi, bila fikir pakai akal dan iman, kita sedar sebenarnya; yang sikap kita sekarang ni adalah sangat-sangat tak betul.  Jom ikuti kisah bagaimana seseorang tu boleh develop rasa boring dengan pasangan dan rumahtangga.


Mula mencari salah

Suami aku kerja dalam bidang oil & gas, sebulan sekali je dapat balik itupun seminggu je tempohnya. Tapi sekarang ni, asal suami aku balik je aku asyik nak cari point untuk marah-marah dia. Kalau takde point, aku akan sengaja carii pasal supaya boleh bergaduh. Apa yang dia buat semua tak kena, semuanya berbulu di mata aku. Bila aku buat kerja rumah, aku rasa semak tengok dia ada, tapi tak membantu. Mulut aku tak henti-henti membebel itu ini, mempersoalkan kenapa abang tak buat tu, kenapa abang tak tolong buat ni? Tapi macam biasa, dia maintain cool, tak berbunyi sepatah pun.

Begitulah hari-hari berlalu sampailah suami aku naik kerja semula. Bila dia takde, aku rindu lah pulak. Mulalah aku hantar Whatsapp ayat sendu, ayat pilu kat dia. Mengadu itu ini, ber huhu-huhu, ber sobs-sobs. Jangan kata korang..aku pun pelik dengan perangai aku sekarang ni tahu? Malam-malam, bila semua anak dah tidur, aku akan memikir macam-macam. Aku kenangkan, betapa aku hidup berdikari hanya aku ngan anak-anak tanpa suami di sisi. Setiap urusan anak-anak, aku buat sendiri. Hantar-jemput di sekolah, mengaji, mengasuh, malah menyara sekali pun.

Siri ungkit-mengungkit bersulam ego

Bab menyara ni, aku dah mula fikir yang aku boleh je survive dengan pendapatan aku seorang. Bila dicucuk ego, lagilah bertambah buruk pemikiran aku. Aku fikir, banyak je yang aku dah tolong tampung perbelanjaan rumahtangga. Malah, aku pernah buat loan peribadi lagi untuk dia setelkan hutang kereta. Tengok, aku sedang membesarkan ego aku dengan mengungkit perkara yang aku dah buat untuk dia. Pulak tu, kos hidup PJJ ni bukan calang-calang tingginya tau..tapi teramat-amat sangatlah tingginye! Kami kena sara keperluan dua biji dapur, sewa rumah dan kenderaan secara berasingan. Korang kira lah sendiri perbelanjaan isi rumah korang, dan kali dengan dua..huhu~

Mungkin inilah yang dikatakan cabaran dan ujian hidup secara PJJ. Bila kita dah terbiasa hidup tanpa pasangan di sisi, kita secara tak sedar mengasuh diri kita "selesa" hidup tanpa dia. Dah tu, bila dia ada, mulala kita rasa rimas. Kita pulak "perasan" kononnya kita boleh hidup sendiri;berdikari.. Nak lagi jahat, bila dicucuk pemikiran tu oleh setan, kita start fikir pasal cerai dan nak bawak haluan masing-masing. Semua ni tak berlaku dalam sehari dua tau korang. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk perasaan ini develop. Bila korang mula rasa bosan dengan pasangan, itulah petanda nya korang kena baiki hubungan korang dengan segera!

Kawal keadaan dan cari jalan penyelesaian

Cepat-cepat slow talk dengan pasangan. Ceritakan semua. Ya, semuanya! Walaupun aku rimas bila dia ada di sisi, tapi hakikatnya aku sayangkan perkahwinan ni. So, kami pun berbincang. Tapi, demi mencapai matlamat untuk tinggal bersama ni, salah seorang dari kami kena korbankan karier kami. Tak apelah. Itu dah memang adat dalam kehidupan. Kalau nak capai sesuatu, mesti ada sesuatu juga yang perlu dilepaskan. Aku redha. So kalau ikut perancangan kami, kurang tiga tahun dari sekarang, kami akan kembali hidup seperti pasangan suami isteri yang normal yang tinggal sebumbung, dan bersama-sama membesarkan anak.

InsyaAllah..
Doakan kami ye kawan-kawan ^_^


Kesimpulan

Semua pengakuan yang aku tulis kat sini bukan tujuan nak membuka pekung rumahtangga aku sendiri. Tapi, aku nak sampaikan bahawa bahagia macam mana pun kita, cabaran-cabaran macam ni lambat laun pasti akan tejadi  juga bagi pasangan jarak jauh. Antara cepat atau lambat je. Well, aku bernasib baik sebab dalam kisah aku ni, suami aku bukanlah seorang yang kuat berfoya-foya ataupun buaya. Walaupun kami hidup PJJ, tapi alhamdulillah isu kesetiaan tak timbul antara kami. Aku pun tak pernah terlintas nak berlaku curang pada suami aku. Ada laki yang baru nak start flirting-flirting tu pun cepat je aku cantas. Aku tak suka! Lagipun minat aku bukan ke arah tu.

Jadi, sebagai panduan korang yang senasib dengan aku, aku nasihatkan supaya korang ikhtiar lah macam mana sekali pun untuk kembali tinggal bersama. Jangan biar lama-lama duduk berjauhan tau korang. Aku sendiri pun sebenarnya agak kesal sebab dah berlalu sampai 5 tahun, baru lah kami terbuka mata. Sayangnya takde "orang lama" yang nak share kisah diorang untuk bukakan mata kami lebih awal. Hingga kami terpaksa melalui fasa boring dalam hubungan ni barulah akhirnya kami sedar sendiri, dan bertindak. 

Cabaran hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ


Annur: Kalau memang dah takde rasa bahagia bila duduk berjauhan ni, sebaiknya ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Yang ni kena fikir masak-masak. Kalau kita yang dah berstatus jawatan tetap kat gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja. Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi negara kita sekarang yang mana semua harga barang-barang naik ni kan? Semoga korang pun berjaya mencapai kata sepakat..

8 comments:

  1. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenchu intan sudi singgah! ^_^

      Delete
  2. suami dah pjj 5thun.. dugaan paling besar adalah pengurusan masa n kewangan. sbg isteri mmg kena selalu support kt dia..jgn give up nk habiskn belajar.. so xbole bayangkan kalau 2 2 sekali pjj.. pasti lg besar dugaannya.. sabar ye.. semoga dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu ena..
      Moga dipermudahkam segala urusan

      Delete
  3. Salam singgah!

    Memang bukan mudah kalau duduk berjauhan. Bab trust tu satu hal, belum campur lain-lain bab lagi seperti dalam entri ni. Akak sendiri pernah berjauhan dengan suami setahun lebih sikit aje, merentasi benua lagi; itu pun dah terasa siksa yang amat. Walaupun ada kerja dan terlebih mampu berdikari, tetap juga rasa macam handicapped tau.

    Apa-apa pun semoga segala masalah akan dapat diselesaikan dengan cara paling baik. Umur perkahwinan pun dah masuk 5 tahun. Kata orang 5 tahun pertama tu memanglah masih tahap nak saling kenal-mengenali lagi dan banyak dugaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan mummy. Ramai orang cakap macam tu..5tahun pertama perkahwinan memang mencabar. Harap lepas tahun ke-5 ni, perjalanan bahtera perkahwinan makin lancar.

      Delete
  4. Nama pun hidup berumahtangga ye Annur.... kalau tak diuji bukanlah berumahtangga namanya. Nasiblah suami tu jenis sabar. Kalau bukan penyabar boleh bergaduh besar jugak tu rasanya. Pompuan ni biasalah .....mmg suka mengungkit hihi....lagi lagi bab duit. Lagi lagi tengah penat, tengah marah haha.... kelakar pun ada bila difikir manusia pompuan ni ye Annur...

    Apa pun moga urusan Annur hidup sebumbung dgn suami dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi orang perempuan memang unik. Mafsi nye saje dah ade 9..kan. ^_^

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.