Kenapa aku berblog anonymously walaupun setelah hampir 5 tahun blogging?

Kenapa aku berblog secara anonymously walaupun setelah hampir 5 tahun blogging? | Sejak pertama kali aku berblog, aku memang niat dari awal nak jadi blogger anon, tanpa wajah je. Korang mungkin tak tahu aku sebenarnya sudah berblog sejak 2007 lagi tapi masa tu aku menggunakan domain syuqimorisays.blogspot.com. Dalam tu, takde gambar profile, tak bagitahu tempat asal, malah belajar kat mana pun aku hide. So kenapa nak berblog anonymously?

Ada banyak sebab kenapa blogger berblog sebagai anon
1) Humble dan tak ada niat nak jadi famous
2) Kurang keyakinan dan takut dengan penerimaan orang
3) Senang nak kecam mana-mana pihak
4) Ada sejarah keberhutangan yang teruk atau bahasa mudahnya lari dari hutang

Kenapa aku berblog anonymously walaupun setelah hampir 5 tahun blogging?


Matlamat asal menulis blog
Berbalik pada tujuan asal aku berblog dulu. Aku berblog asalnya cuma nak luahkan emosi dan share story yang agak personal, di mana story-story tu aku tak selesa nak share biarpun pada orang yang rapat dengan aku pun. Masa tu aku rasa, bila aku menulis tanpa orang mengenal wajah aku, penulisan aku adalah lebih jujur dan bebas. Zaman batak-batak dulu la. Buat blog ala-ala macam diari gitu bhahaha. Tapi blog tu akhirnya aku kuburkan bersama identiti aku sehinggalah aku dedahkannya pada hari ni. haha. 

Mula menonjolkan diri melalui "About Me" section
Pada 2012, aku restarts fresh dan reborn dengan nama Annur Syuhadah Suffyan dan aku mulakan  dengan menulis tips-tips persediaan perkahwinan. Mungkin sebab waktu tu aku dalam tempoh pertunangan kot, sebab tu lah teruja sangat aku sharing setiap langkah persedian untuk majlis perkahwinan. Betul lah kata orang. Bila kita dah mencapai satu tahap kematangan, kita tak lagi poyo nak cerita benda-benda yang terlalu personal, pasal putus cinta, pasal merajuk dengan kawan baik dan sebagainya kan..haha. Kita akan lebih cenderung share sesuatu yang lebih berinformasi dan boleh dijadikan rujukan awam.

Masih kekal anonymous dari segi nama sebenar dan tempat tinggal semasa.
Kalau gambar dah publicly published dan menghadiri event-event blogger, so mana yang anonymous nya lagi? Ok, setakat 5 tahun ni, audiens kenal aku dengan nama Annur Syuhadah, serta tahu aku ada berapa orang anak, tempat asal, bidang tugas aku dan suami, serta beberapa life events peribadi aku seperti tarikh perkahwinan dan tarikh lahir anak-anak aku. Namun, nama sebenar aku dan anak, aku tak pernah dedahkan, walaupun dengan client.

Mana boleh tak dedahkan nama sebenar pada client?!
Bagi sesetengah orang yang berblog sebagai anon, diorang akan terpaksa dedahkan jugak identiti dan maklumat peribadi diorang apabila deal dengan client. Sebab tak boleh nak elak kot, terutamanya dalam urusan transaksi komersial. Takkan nak bagi kat client nombor akaun bank mak angkat atuk kita pulak kan. Mestilah kita akan bagi no akaun kita sendiri. So sebagai alternatifnya, akaun bank perniagaan telah dibuka untuk melindungi nama sebenar aku dari terdedah. So beneficiary name akan sentiasa atas nama company, dan bukannya nama sendiri.

Kenapa nak hide nama sendiri lagi, padahal orang dah kenal muka?
Zaman sekarang ni, kalau orang nak buat khianat, senang sangat. Cuma perlu tahu nama sebenar dan IC je. Bukan cerita rekaan, tapi depan mata kot. Pernah berlaku, orang tak bertanggungjawab menggunakan nama individu sebagai guarantor pinjaman pembelian kenderaan tanpa pengetahuan tuan punya badan. Tahu-tahu je, mai surat mahkamah mengatakan dia ada hutang tertunggak, sebab peminjam asal gagal dikesan. Tak ke kes naya macam tu? So, aku rasa cukuplah sekadar menjadi "blogger berwajah" sahaja. Nama sebenar? Biarlah ia tetap menjadi rahsia.

Nasihat blogger professional denaihati
Katanya, untuk lebih maju dalam arena blogging, seseorang blogger perlu berblog secara "open" dan berwajah, bukannya anon. Well blog denaihati pun pada awal-awal dulu, susah kita nak kenal rupa penulisnya kan. Padahal blognya sangat top, betul tak? Akhir-akhir ni je, sejak network denaihati makin berkembang ni lah baru identiti abang Amir denaihati didedahkan secara meluas. Korang pun boleh tengok sendiri, peningkatan karier blog dan social medianya selepas beliau reveal identitinya. Meletop kan? Setanding artis gittew.

Apa kata Annur pula?
Menulis blog secara open dan dikenali ni bagi aku, ia akan membuatkan kita lebih bertangunggjawab dengan apa yang kita tulis. So, takde lah kita menulis ikut sesedap rasa, memfitnah sana sini dan menulis sesuatu yang bertentangan dengan fakta, betul tak? Kemudian, reliabiliti dan kredibiliti blog adalah lebih tinggi jika identiti penulis adalah open. At least audiens tahu, disebalik blog kita ni adalah real person, dan bukannya dijalankan oleh bots yang auto-copy-feeds dari blog lain. 

Terpulang pada pandangan masing-masing
Aku buat entri ni, semata-mata lepas menerima satu teks pesanan ringkas yang menyatakan aku ada hutang tertunggak dengan bank. Aku diminta untuk menjelaskan bayaran dengan segera kalau taknak nama aku di blacklist dan disenarai CTOS. Bila aku minta dia kemukakan details, dia gagal berbuat demikian. Apa yang membuatkan aku syak adalah, dia greet aku dengan panggilan Puan Annur. Dari situ aku tahu, benda ni adalah scam semata-mata.

Akta 709 Perlindungan data peribadi.
Antara maklumat yang dilindungi oleh akta ni adalah : Nama dan alamat, Nombor kad pengenalan, Nombor pasport, Maklumat kesihatan, Alamat e-mel, Gambar, lmej dalam rakaman CCTV, dan Maklumat dalam fail peribadi. So sekiranya korang syak yang data peribadi korang disalahgunakan oleh pihak ketiga, korang boleh mengemukakan aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi melalui email aduan@pdp.gov.my atau boleh juga dicapai melalui One Call Centre (1MOCC) 03 - 8000 8000. 


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. dulu sha pun dikira anon jugak sbb tknk orang tau siapa sha tapi sekarang dah terbukak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan blogger yang makin banyak pengalaman, biasanya akan keluar dan berblog secara open kan

      Padam
  2. Sis Annur dah tak jadi annymously

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah! no longer anonymous. haha

      Padam
  3. nice sharing...kita okay je as a blogger..menulis apa yg betul :)

    BalasPadam
  4. betul, saya pun ada belajar mengenai real person in media social or blogging. sebab nak ada trust. cuma certain pihak yg xbertanggungjawab je yg menggunakan ini sbg kepentingan diri. than sis annur for this info. its really useful for us as blogger.

    coach lisa
    www.blogmamalisa.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepercayaan tu penting. Sebab dari situ lah kita nak bina recurrent viewer.

      Padam
  5. ooooooo banyak info dalam entri ni, knapa kita x boleh jadi anon ketika berblog... lebih2 lagi jika blogger tersohor Denaihati berikan pendapat, makin kukuh sebab2 tu kan..Semoga lebih sucess dalam dunia blogger...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Bila karier blog kita makin berkembang, kita takde pilihan dan tak boleh lagi nak jadi blogger anon. Kalau client mintak review skincare or kosmetik, takkan asyik nak tolak je tawaran..betul tak?

      Padam
  6. Saya takde lah rahsiakan sgt hal peribadi.. Cuma wajah je dh disorokkan dan tak didedahkan lagi sejak serius berblog ata permintaan suami... Biarlah org tak kenal siapa di sebalik wajah kucing tu asalkan kenal blog www.mariafirdz.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi tapi blogger2 lama yang pernah ada contact ngan k.Maria mesti kenal siapa sebalik kucing hitam tu

      Padam
  7. Moga terus sukses dalam berblogging

    BalasPadam
  8. Ya, maklumat peribadi ni maklumat yang dalam kategori sulit dan sensitif jadi perlu dijaga dari aspek pendedahannya. Walaubagaimanapun, penulis perlu bertanggungjawab diatas penulisannya dan juga berhak dikenali atas penulisannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..pembaca ada hak untuk mengetahui penulis sesuatu artikel tu kan

      Padam
  9. Takutnya kalau org guna nama kita ni. Semoga kita sentiasa dilindungi selalu. Terima kasih sharing. Memang dulu nak anon..tp lebih byk job produk kecantikan jadi kena tunjuk wajah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jadi beauty blogger memang tak la nak jadi blogger tanpa wajah..kan hihi

      Padam
  10. Mmg betul tu bahaya juga kalo org salah gunakn name kita kan? Tp kita xprivate pon adoi..huhu

    BalasPadam
  11. well saif,
    as for me, nothing is right or wrong in this phrase for me.
    some blogger are for fame, so their use blog as their personal branding
    some blogger are for content , so their face & name is not a big issue for them.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y