Cara Kawal Anak Tantrum

Macam mana nak mengawal tantrum anak-anak? | Sekarang ni Dik Fael dah masuk umur 2 tahun 3 bulan dan ibu pulak dah mengandung lagi. Orang kata budak yang nak dapat adik ni memang akan jadi tantrum. 

Hari demi hari ibu dah nampak Dik Fael mula menunjukkan sikap negatif suka memberontak, baling-baling barang, merajuk dan mengamuk tanpa sebab. Dalam bahasa psikologi,ianya dipanggil Tantrum, yang bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. So ibu-ibu. Korang ada ke cara terbaik, macam mana nak mengawal tantrum anak-anak ni?

Macam mana nak mengawal tantrum anak-anak ek?

Kalau anak-anak korang ada yang sebaya Dik Fael dan berkelakuan macam Annur cakap tadi, korang jangan lah risau yang bukan-bukan. Sikap anak tu bukan bermakna dia nak develop menjadi degil atau biadap, tapi dia sebenarnya tengah belajar untuk ekspresi diri dan emosi dia. Biasalah, budak-budak umur dalam 2 tahun kan masih kurang tatabahasa dan skill bercakap, so cara paling mudah untuk dia menyampaikan sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk atau Temper Tantrum.


Bagaimana mengawal tantrum dan anak-anak yang mengamuk?

Mengawal situasi ketika anak mengamuk ni bukan benda yang mudah. Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam perkembangan EQ anak. Kalau anak mengamuk pastu kita pun sama naik, duk bertempik-tempik sampai bergegar satu rumah, alamatnya nanti dua-dua beranak jadi buah mulut jiran-jiran la bhahaha. Anak beranak tarzan katanya. Nauzubillah la korang wehh! Okey. Kat sini ada beberapa cara yang boleh kita lakukan bila anak tantrum. Antaranya:

Bertenang. 
Ingat! Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia, anak yang pengecut ataupun semakin kuat memberontak.


Cuba memujuk. 
Usaha dulu dengan cara memujuk. Peluk dia dari belakang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda korang sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang dia hadapi. Bagi petunjuk pada dia yang bahawasanya kita sangat sayang padanya.


Alihkan perhatiannya. 
Bila korang nampak tanda-tanda yang dia nakkan sesuatu dan korang sendiri tak dapat nak penuhi, cepat-cepat alihkan perhatiannya ke suatu perkara yang lain. Annur biasa guna modal kucing je. Bila dia mengamuk sangat, Annur akan cepat-cepat dukung dia bawa ke depan rumah, dan tunjukkan kucing pada dia.


Beri pilihan. 
Kalau anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia nak bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, korang akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.


Bersifat tegas. 
Sesekali bertegas dengan anak. Kalau dia mengamuk, katakan bahawa ibu tak akan lagi membawanya bermain di taman. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas kenapa ibu buat peraturan macam tu.


Biarkan. 
Last resort. Kalau pujuk pun tak jalan, dan diorang tetap jugak duk guling-guling atas lantai atau baling-baling mainan, korang biarkan aje. Tapi make sure la keadaan sekeliling tu selamat dan tak ada benda-benda yang boleh membahayakan anak.


Nasihat. 
Last sekali, bila dia dah penat mengamuk, dia akan berhenti sendiri atau biasanya akan terbaring diam je atas lantai. So masa ni lah ibu datang dan belai dia. Cakap lembut-lembut, yang perangai dia tadi tu adalah salah. Ibu akan lebih sayangkan awak kalau awak jadi budak baik dan dengar cakap ibu. Kalau mengamuk-ngamuk macam tadi, ibu jadi sangat sedih.


Tapi boleh ke anak-anak sekecil tu faham apa yang ibu katakan?
Yes! Walaupun diorang kecil, diorang tahu nak membezakan ketika mana ibu ayah diorang marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Teruskan berkomunikasi dengan anak, berbual-bual tentang apa yang ibu suka, dan tak suka vice versa.

Nasihat jangan pernah putus dari mulut. Lagi satu, bila lepas solat, amalkan berdoa dengan suara yang kuat dan berdoa dalam bahasa melayu biar anak-anak dengar yang kita mendoakan dia supaya dia tahu apa yang ibu harapkan dari diorang.

Bagaimanapun pendekatan kerohanian jangan tinggal. Lembutkan hati anak dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa di ubun anak ketika mereka sedang tidur. Power nya minda bawah sedar ni dalam mengubah sikap seseorang, dah terbukti dalam kajian-kajian psikologi, seperti mana yang selalu diulang-ulang oleh Prof Muhaya dalam setiap siri motivasi beliau.


Annur: Mommies, kalau korang ada cara atau teknik lain nak menenangkan anak yang tantrum ni. Cuba share sikit kat ruangan komen. ^_^

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. anak saya yang sulung (now dah 4 tahun 7 bulan) kuat sgt tantrum berbanding adik dia ... huh! memang mencabar kesabaran dan akal saya ... kalau tantrumm tak hilang selepas dipujuk atau diberi kata dua, last resort saya biarkan saja dia nak marah nak guling nak nangis ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul mrs pip. Emosi ibu pun kena jaga juga. Kalau dah tak tahan nak me;ayan, lebih baik kita "away" sebentar untuk bertenang.

      Padam
  2. Oo baru saya faham rupanya anak saya yg kuat meragam tu tantrum la mengamuk tak tentu pasal. Ya Allah, susah nak memujuknya. Last, biarkan sahaja walaupun sebak, geram, marah, kecewa semua ada. Risau pun ada bila dia nangis tak berhenti hanya kerana benda kecil saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la hakikat menjadi ibu. Kalau boleh taknak anak menangis, sedih apatahlagi sakit. Kalau boleh nak anak happy ketawa je.

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y