Resepi Kek Gula Hangus Mudah dan Sedap, Sukatan Cawan

resep bolu sarang semut
Resipi kek gula hangus paling mudah dan sedap : Guna sukatan cawan jer | Biasanya kalau Syu cari resepi kek, mesti Syu akan pilih resepi yang mudah macam yang menggunakan sukatan cawan je untuk menghasilkannya. 
resep bolu sarang semut
Dah menjadi lumrah manusia kalau nak makan mesti nak sedap! Tapi bila nak memasaknya, kalau boleh semua nak senang je. 
Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan
So, mari kita tengok macam mana nak buat kek gula hangus ni kalau sukat pakai cawan ni.
Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan
resep bolu sarang semut, Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan,Resipi kek gula hangus paling mudah dan sedap | Sukatan cawan
Kek gula hangus. Ada sesetengah tempat, ia dipanggil kek sarang semut.

Sekarang ni memang cukup mudah isteri-isteri nak memasak di rumah tau! Nak masak masakan tradisional macam kek gula hangus ni pun kita boleh gugel je.  
Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

Menarik! Baca ini juga : Resepi Asli Biskut Semperit Tradisi | Resepi Orang Lama Tanpa Dimodenkan

Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan
Tapi pengalaman Syu sendiri, resipi gugel ni kadang tak boleh percaya sangat. Ada yang main tepek je resepi kat blog, tapi dia sendiri tak pernah cuba buat pun! 

   Anda mungkin meminati ini : Cuba 5 Resepi Bento Mudah dan Menarik ini! 

Ada yang Annur pernah jumpa diorang suruh letak tepung ubi pun. Resipi kek sarang semut Resipi kek sarang semut

Kononnya nak bagi kek lebih kenyal dan gedik-gedik katanya..adoi. Akhirnya kita yang mengikut resepi dia pun, sama-sama tergedik jugak jadinya. Membazir bahan, tenaga dan masa jer!

Resipi kek gula hangus

So, ini resepi dari Mama Annur. Resepi orang lama ni, tak boleh nak elak. Memang akan ada pesanan dan pantang larang nya. Jom tengok apa bahan-bahan nya.

Bahan untuk karamel / gula hagus

 1 cawan gula pasir
 3 sudu mentega 
 1 cawan air mendidih

Cara-cara membuat gula hangus

1. Cairkan mentega di dalam periuk, kemudian masukkan gula.
2. Dengan api sederhana kecil, hanguskan gula hingga keperang-perangan.
3. Kalau aku, aku sukakan rasa karamel yang agak pahit-pahit sikit, so akau akan
    hanguskan "lebih" sikit dari biasa.
4. Bila dah perang, terus tuang air panas mendidih ke dalam gula hangus tadi.
5. Kacau supaya semua gula yang berkerak tadi tu menjadi rata dan larut.
6. Padamkan api. Biarkan gula hangus atau karamel korang sejuk.

Bahan-bahan untuk membuat kek

 4 biji telur ayam gred B
 1 cawan tepung gandum
 1 cawan susu pekat manis
 1 sudu teh esen vanila
 2 sudu teh soda bikarbonat

Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

Cara-cara:

1. Pukul telur dengan hand wisk
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
3. Ayakkan tepung berserta soda bikarbonat ke dalam adunan, masukkan secara sedikit demi sedikit
4. Tepung dan gula hangus dimasukkan berselang-seli semasa mengadun.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bila adunan dah nampak sebati.
6. Jangan risau kalau adunan nampak cair. Sememang nya begitulah kejadiannya.
7. Rehatkan adunan di dalam loyang tadi selama 1 hingga 2 jam.
Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

Tips: 

Tujuan adunan direhatkan sebegitu lama adalah untuk membenarkan soda bikarbonat untuk bertindak menghasilkan gelembung-gelembung udara.

Dalam menghasilkan kek gula hangus, paling penting, jangan terlebih pukul. Korang tak mungkin nak kek gula hangus korang jadi kek dua lapisan kan? Dimana lapisan atasnya tekstur macam kek span, dan kek sarang semut di lapisan bawahnya.. Taknak kan? So, pukul sekadar nak sebatikan semua bahan jer okey?
Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

8. Akhir sekali, panaskan oven pada suhu 170°C selama 10 minit.
9. Lpeas 10 minit, masukkan adunan ke dalam oven, selama 1 jam menggunakan api bawah.
10. Tinggal 10 minit terakhir, ubah mode kepada api atas bawah.
11. Sejukkan kek dahulu sebelum dipotong.

Resipi kek gula hangus Siap!

Senang Sahaja Kan Nak Buat Kek Gula Hangus Ni?

Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan,Resipi kek gula hangus paling mudah dan sedap | Sukatan cawan
Ma aku cakap, kalo nak dapatkan rupa bersarang macam ni, mula-mula korang kena belah kek korang secara horizontal (keratan rentas kek secara melintang) macam roti burger. Lepas tu, barulah korang potong menegak macam biasa.

Mamy Syu kata : Sebenarnya blog aku bukan lah blog resipi, tapi resipi-resipi turun temurun dari Ma, macam resipi daging masak hitam, rendang pedas ori, kuih sekaya telur dan kek gula hangus ni, aku mesti share sebab takut kalau buku resipi aku hilang, aku masih ada back up kat blog ni.
resepi sarang semut - mudah buat kek - cara buat kek - resipi kek sarang - rahsia kek-gula-hangus, kek karamel gula hangus orang dulu, kue sarang semut, resep kue gula hangus, petua kek, resepi mudah, cara buat kek bersarang, bersarang elok kek tu, kek bersarang berlubang, kek sarang semut, rahasia buat kek sarang semut paling bersarang, macam mana ye nak buat kek bersarang semut? sarang semut sedap ke? 

Catat Ulasan

31 Ulasan

  1. Cantinya kejadian. Tq share resepi boleh miza cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo ikut tios orang lama..isnyaallah menjadi je miza 😉

      Padam
    2. Annur tq..sy ikut resepi awak..halalkan ye..siap ada dpt order lg...

      Padam
    3. Alhamdulillah. Good to hear that my sharing ini bermanfaat.
      Halal semuanya. insyAllah pahala buat Mama saya.amin

      Padam
  2. wah....berlubang2 sarang dia...menjadi betul ni...bolehla cuba resepi ni nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq kaklina sudi singgah. Cuba la..sedap tau.

      Padam
  3. Alahai lazatnye nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lazat mama. Anak AS makan laju-laju sampai tercekik..sedap katanya

      Padam
  4. cantiknya akak.. mmg jadi sarang tu..kalau busyra try agak2 menjadi tak ni.. hehe. nnti nak try lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi nye busyra..insyaAllah, as long as ikut tips, supaya jangan terlebih pukul

      Padam
  5. Cantik kejadiannya tu Annur....bersarang sarang. Bolehlah copy resepinya.
    Ni kek faveret suami hakak ni. Bini dia tak taulah bila nak buatnya hihi... Hakak pernah try jugaklah buat kek ni suatu masa dulu. Lama dah tak buat.
    Yang malasnya buat kek ni kena tunggu ek, tak boleh bakar terus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi kan..perasan jugak. Boleh dikatakan semua makanan yg evergreen macam kek gula hangus ni,semua nya agak renyah pembuatannya.. Tapi sedap kan! ^_^

      Padam
  6. Tanpa Nama15:36

    Salam.sis....
    leh kukus x kek ni?
    kalu nak kukus berapa lama ye sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumuslm..
      Boleh. Kalau nak kukus, rebus air dalam pemgukus sampai mendidih, pastu baru masukkan kek. Kukus selama sejam..

      Padam
  7. Sedapnya! Mengiurkan sungguh^^ bahan2 pun okay takdalah terlalu banyak

    BalasPadam
  8. Trma kasih admin.
    Menjadi molek kek sarang semut ikut resepi ni

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama16:59

    tertarik dgn resepi annur ni...sy share ye...nk try buat nnt ��
    mane lebih menarik kukus ataw bakar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan share kalau bermanfaat ^_^
      Personally annur suka yang bakar. Bila kukus, dia macam padat sangat. Tak jadi kenyal macam bakar.

      Padam
  10. Tanpa Nama09:49

    Wahh..elok sgt bersarang..
    Nak tanya, masa nk rehatkan adunan & bakar dlm oven, perlu tutup/cover tak adunan tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear,
      Annur rehatkan dia dalam oven je. Dah tuang adunan kek gula hangus tu ke dalam loyang, kemudian Annur masukkan ke dalam oven yang belum di switch on.
      Hehe..itu cara orang malas macam Annur. Tal bertudung pun loyang tu semasa direhatkan.

      Padam
  11. Tanpa Nama02:59

    Terima kasih share resepi..sy bake 170° tp hangus. Bentuk jadi. Sayang xboleh makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh~ sayang nya.
      Bergantung pada jenis oven juga sebenarnya.
      Atau mungkin loyang yang digunakan terlalu besar, menyebabkan kek terlalu nipis dan mudah hangus.

      Padam
    2. Tanpa Nama00:50

      saya jugak setting oven 170 dgn masa sejam dan saya keluarkan dlm masa 45minit sbbkan bau hangit, malangnya hangus xboleh mkn. sarang tu jadi dh cantik. Apa nk buat xda rezeki. Semoga murah rezeki puan yg bg resepi.

      Padam
  12. Akak suka mkn kek ni, tapi x pernah buat sendiri. Kalau tengok resepi, mcm blh buat sendiri ni. Hihihi...wish me luck1 :D

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.. tq sis berkongsi resepi. Sya da cuba resepi sis. Menjadi. Sedap n mmg bersarang mcm gambar kek sis. Mohon halalkn resepi ye. 😘

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama09:21

    feberet ni...boleh cuba nanti...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. Tq share..mmg resepi plg win..

    BalasPadam
  16. Sis,kalau lps perap 2 3 jam tu masa nk bakar kena kacau balik tk adunannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye Che Farah.
      Lepas perap, terus bakar. Tak perlu diaduk atau dikacau semula tau

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y