penawar sakit belakang-biobax

Ada apa dengan Karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS Serdang?

Ada apa dengan Karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS Serdang | Sabtu baruni Annur berkesempatan bawak anak-anak ke Karnival Upin Ipin 2017 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Serius meriah wehh! Bukan budak-budak je excited, mak dan ayah budak pun sama excited tau haha. Katanya Karnival Upin Ipin 2017 ni adalah yang ke 3 diadakan sejak 2014. Tapi di media sosial, ramai ibu bapa akui yang tahun ini adalah paling meriah.

upinipinluarbiasa
Naufal & Nufael bersama maskot #Upin

Karnival yang sarat dengan aktiviti

Karnival yang bertemakan #UpinIpinLuarBiasa ni sebenarnya berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari hari Jumaat 24 November hingga lah hari Ahad, 26 November 2017. Tapi bagi aku 3 hari tu tak cukup kot. Walaupun ia dibuka dari pagi sampai ke 10 malam, tetap jugak aku rasa macam tak sempat nak explore semua aktiviti. Bak kata orang kuat Les’ Copaque Production, Hj.Burhanuddin "Lain tahun kami kena buat karnival selama seminggu agaknya". Betul,betul,betul! hehe ^_^


Penampilan istimewa Ultraman

ultraman-ribut
Video pementasan Ultraman akan dimuatnaik di Youtube channel AnnurSyuhadah dalam masa terdekat.

Bagi aku, tarikan utama kali ni opkos la penampilan Ultraman Ribut dan rakan-rakan Ultra. Masa persembahan Ultraman, penuh orang kat keliling stage woo! Nasib baik kami satu family dapatkan tiket VIP dan dapat tempat betul-betul depan stage. Korang kalau nak duduk tempat special macam kitorang ni, korang haruslah tempah tiket awal secara online melalui UpinIpinStores. Berbaloi tau korang, sebab korang boleh dapat shortcut access tau. tak perlu bersesak-sesak beratur. Pulak tu, anak-anak pun selesa nak duduk, plus puas hati dapat tengok persembahan dari dekat.


Crew-crew dan petugas karnival yang ramah dan mesra

Boyot-boyot pun tak susah weh nak bawa diri kat sini. Petugas diorang very helpful.

Kalau korang dah biasa dengan selok belok MAEPS ni, memang satu bonus lah bagi korang. Tapi, untuk first-timer pun sebenarnya taklah teruk sangat pun. Sebab kat mana-mana pun ada je crew yang sedia membantu. Diorang ni friendly sangat okey! Kadang tu, tak sempat nak gi tanya pun diorang sediri dah approach kita, dan membantu. Good job crew UI! Kiranya korang tak yah susah hati la kalau nak bawak anak-anak kecil berderet-deret pun. InsyaAllah selamat je.


Jumpa lagi tahun depan ye korang!

  • karnival-upin-ipin-2017
  • karnival-upin-ipin-2017
  • karnival-upin-ipin-2017
  • karnival-upin-ipin-2017
  • karnival-upin-ipin-2017
  • karnival-upin-ipin-2017
  • karnival-upin-ipin-2017
  • karnival upin ipin 2017
  • karnival upin ipin 2017
  • karnival upin ipin 2017
  • karnival upin ipin 2017
  • karnival upin ipin 2017
  • karnival-upin-ipin-2017
  • karnival upin ipin 2017
  • karnival-upin-ipin-2017
Bagi korang yang tak berkesempatan nak sertai kemeriahan karnival pada tahun ni, jangan risau. Tahun depan akan ada lagi. Karnival Upin Ipin ni dah pun officially dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara tau! Maklum lah, adik beradik kembar Upin Ipin ni kan dah jadi duta perlancongan Malaysia, seiring macam Yuna jugak ha. Kerlass kau botak! haha So, better be prepared for next year punya karnival. Pakat-pakat follow facebook rasmi Upin dan Ipin untuk dapatkan maklumat berkenaan aktiviti sebelum karnival berlangsung. 


Annur: Pstt..dengar kata taman tema Upin Ipin bakal dibina di Lembah Klang. Best nya! Semoga terus sukses Les' Copaque! ^_^

27 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. bestnya. dpt pergi sana, terus jadi mcm budak-budak balik ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Masa sesi bersenam robik dengan upin ipin tu, ibu nya pon gerak sama hahaha..bila tengok balik video yang asben rakam..alamak! Lucu gila, boyot-boyot duk juget-juget haha

      Delete
  2. Ala xtahu pulak ada karnival upin ipin ni kalau x boleh bawak anak pergi kesana.. seronok sangat tengok gelagat upin dan ipin ni.. walaupun umur dah mencecah ke angka 30.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhihihi..AS pun 3 series jugak Deeba ^_^
      sama je kiter~

      Delete
  3. kemain seronok tu dapat tgk upin ipin!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, seronok, seronok ^_^

      Delete
  4. Ingat nak pergi dgn anak tapi jam pula nak masuk. Tapi nampak best gambar you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh AS pun datang awal pagi, jam 8.45 gitu dah sampai kat tempat parking MAEPS. Masa tu ok lagi.. Lancar je

      Delete
  5. Bestnya dapat pergi program mcm ni. Seronok anak-anak dapat jumpa upin ipin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..betul!
      AS ni fikirkan anak-anak lah..itu yang gigeh datang dari Perak semata-mata nak jumpa Upin Ipin ^_^

      Delete
  6. patutla pegi UPM hari ahad hrtu penuh orang kt Mardi tu..huhu

    Salam singgah dan follow sini :)

    btw jom join GA saya

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..eh.. Betul la. UPM memang dekat-dekat situ.
      Itu hari pun AS sesat nak pergi MAEPS, tersampai depan entrance UPM pulak ^_^
      Kami dari Perak..memang tak kenal jalan area KL-Selangor

      Delete
  7. bestnya. kalau dekat confirm akak bawak anak-anak pi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next year boleh rancang awal-awal kakak ^_^

      Delete
  8. Upin Ipin kat Indonesia pun popular. Siap ada Ultraman lagi tu lawan raksaksa kan. Bebudak memang suka sangatlah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la BJ ^_^
      Anak-anak kat rumah ni tak habis-habis lagi menyanyi lagu upin ipin luarbiasa ni. Pastu bertarung & bergomol dua orang macam ultraman..adoi

      Delete
  9. Excited nak tahu lebih lanjut pasal theme park tu. Mesti best kan bila dah siap.

    Karnival Upin Ipin best. Sesuai untuk seisi keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya MOKA..sama la dengan AS pun. Tak sabar nak tunggu siap taman tema tu

      Delete
  10. Best cuti sekolah bwk anak dtg sni. Tapi hasrat trpaksa dilupakan memandang busy utk majlis. mesti my dotter kalau tau ni teruja sgt dia.

    ReplyDelete
  11. So sad I miss this, my daughter would have love it!

    ReplyDelete
  12. seronok berbaloi dapat teroka dunia animasi Upin Ipin nih..budak2 tak senang duduk kalau bawak pegi Karnival Upin Ipin

    ReplyDelete
  13. Memang bukan kanak2 je excited lebih ni. Dewasa pun lebh kurang. Dapat jumpa karakter kartun plaktu.

    ReplyDelete
  14. haha this is probably the most famous cartoon from malaysia kan? i remember last time i watch Keluang Man on Tv2. hahaha

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  15. Meriah Karnival Upin Ipin, Kalau tak kerana attend kursus boleh berjimba bersama-sama di Karnival hari tu... next time mesti nak pergi

    ReplyDelete
  16. setiap event drp Les copaque memang tidak pernah mengecewakan. anak-anak pasti gembira.

    ReplyDelete
  17. Cikla pergi jugak hari tu. Haru ahad cikla pergi pun org still ramai gilesss... Dpt bergambar dgn maskot opah dgn tok dalang je. Tak dan nk jumpa otomen. Hehe

    ReplyDelete
  18. I pergi dengan anak-anak dari pagi sampai 5 petang, banyak gila tempat menarik untuk setelkan buku dapatkan medal... karnival ni perlu diadakan lagi akan datang

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.