Doa perlindungan anak dari syaitan dan gangguan jin

Doa perlindungan anak dari syaitan dan gangguan jin serta haiwan berbisa | Lately ni Dik Fael selalu sangat mengigau. Semuanya bermula lepas Syu terpaksa bawa dia ke tempat kerja selama 3 hari berikutan pengasuhnya bercuti. Mengigau nya tu, kadang tu sampai menangis meronta-ronta dengan mata terpejam rapat! 

So Syu google la doa perlindungan anak dari syaitan dan gangguan jin. Terjumpa video ceramah Ustazah Norhafizah Musa. Dalam video tu sebenarnya ustazah ajar doa untuk lindung anak kecil dari terkena penyakit 'ain. Dan rupanya doa ni boleh lindungi anak dari segala gangguan syaitan dan haiwan berbisa jugak.


Doa perlindungan anak dari syaitan dan gangguan jin serta haiwan berbisa

Dari Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW memohon perlindungan untuk cucu baginda Hasan dan Husain, (lalu baginda membaca) :

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

"U 'ii dzukuma bikalimaa til laa hit taammati min kulli syaithoonin wahammah, Wa min kulli 'ainin lammah"


Maksud terjemahan doa perlindungan untuk anak

Doa perlindungan anak dari syaitan dan gangguan jin serta haiwan berbisa
Doa perlindungan anak dari syaitan dan gangguan jin - Elok diamalkan oleh ibu bapa setiap kali lepas solat

Untuk Syu, memang boleh terus bacakan lafaz doa ni tanpa pengubahsuaian sebab aku ada dua orang anak lelaki, Naufal dan Nufael. 

So aku boleh je sebut "u 'ii dzukuma", merujuk kepada 2 orang. Tapi kalau kalian nak tujukan spesifik kepada seorang anak lelaki, kalian perlu baca "u 'ii dzuka".

Dan begitulah juga kalau nak tujukan pada seorang anak perempuan, kena baca "u 'ii dzukii" ok faham ye.


Doa lain yang boleh dibaca.

Doa ni Abah Syu ajarkan on the spot kat aku semasa Dik Fael terkejut dari tidur dan terus mengamuk. Ayat ni sebenarnya ada dalam Al-quran. Kalian boleh rujuk surah Al-Mukminun, ayat 97 hingga ayat 98.

Doa ni boleh membantu menghalau syaitan yang mengganggu anak kita tu jauh-jauh. 

Disamping itu boleh juga bacakan ayat Qursi dan surah 3 Qul, (al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas) dan tiupkan pada telinga kiri dan kanan anak serta hembus juga pada ubun-ubun diorang.

رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِوَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ

"Robbi a'u dzubika min hamazatisy syayaa thin. Wa a'u dzubika robbi aiy yah dhuruun"


Maksudnya : "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan dan aku berlindung kepadamu wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak datang menghampiriku"

Semoga bermanfaat untuk mommies semua. Selamat meniti perjalanan keibubapaan dengan lebih tenang dan happy korang! Semoga tidur korang tak terganggu lah malam ni. Bubbye!


Catat Ulasan

3 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y