Tutorial Urutan Perbanyakkan Susu badan

Terfikir-fikir adakah dengan mengurut merupakan cara nak perbanyakkan susu badan? Macam mana ia berfungsi?
cara nak perbanyakkan susu badan
Dilema terbesar ibu-ibu baru bersalin, tak lain tak bukan adalah risau susu badan tak cukup atau masalah susu merudum. Alahai risaunya, dah macam-macam petua dah di cuba tapi tak jadi pun. 

Tapi betul ke semua petua dah try? Ibu dah cuba ikhtiar perbanyakkan susu badan melalui urutan refleks oksitoksin ini ke belum? 

Ini bukan mengurut macam bidan yang mengurut susu ibu tu tau. Urutan ni tak sentuh langsung anggota susu awak, namun hasilnya terhadap kelancaran air susu sangat memberangsangkan. 

Jom Syu tunjuk apa dia urutan refleks oksitosin ni.

perbanyak susu badan, tips susu badan meriah, urutan perbanyak susu ibu, urutan refleks oksitoksin, cara perbanyak asi, memperbanyak asi tanpa obat, tips perbanyak air susu ibu,
Demo urutan oksitosin | Antara pengisian CME di hospital sempena World Breastfeeding Week 1-7 Aug

Apa itu urutan refleks oksitosin?

Urutan refleks oksitosin adalah satu teknik urutan yang merangsang badan supaya menghasilkan hormon oksitosin. Hormon oksitosin ni adalah hormon yang membantu melancarkan penghasilan susu. Oksitosin bukan je boleh perbanyakkan susu ibu, malah dapat menghilangkan ketegangan mental si ibu sekali gus mengelakkan berlakunya kemurungan selepas bersalin atau meroyan. 
petua banyakkan susu badan
Teknik urutan ni terbukti mempunyai kesan signifikan terhadap penghasilan susu ibu dan diterbitkan dalam bentuk journal kesihatan. Salah satunya adalah The Effect of Oxytocin Massage on Breast Milk Production. Korang boleh search jurnal-jurnal lain berkaitan urutan ni.


Cara melakukan urutan refleks oksitoksin bagi ibu menyusu dan berpantang

Teknik urutan yang mudah ni boleh membantu ibu jadi lebih relax dan hasilnya penghasilan susu ibu pun akan lancar. Elok dilakukan sebaik sahaja selepas melahirkan. Minta lah bantuan suami atau mak korang untuk melakukan urutan ni.


1.Posisi ibu

Selesakan diri, dalam keadaan duduk di atas kerusi, tapi badan kena lean forward dan ditampan oleh sesuatu objek, misalankan, meja. Cuba dapatkan posisi paling selesa korang. Kalau aku, aku prefer peluk bantal, sambil menyembamkan muka ke bantal tu.


2. Bentuk genggaman tangan

Pengurut perlu genggamkan kedua-dua belah tangan, kecuali ibu jari. Kedua ibu jari kena biarkan keluar, seakan-akan thumbs-up gittew. Pastu, pengurut perlu mulakan urutan dari pangkal tengkuk ibu, dengan ibu jari masing-masing diletakkan di kiri dan kanan tulang belakang ibuCara perbanyak asi, tips susu badan meriah, urutan perbanyak susu ibu, urutan refleks oksitoksin, cara perbanyak asi, memperbanyak asi tanpa obat, tips perbanyak air susu ibu,

3. Langkah gerakan urutan

Pengurut boleh mulakan mengurut dengan membuat gerakan membulat, sepanjang tulang belakang ibu. Gerakan membulat tu mestilah dilakukan dari pangkal leher hingga separas dada, kemudian ke tulang belikat. Kalau nak urut sampai ke pinggang pun ok je, takde masalah. Tapi kalau ikut kajian, titik rangsangan adalah sekitar pangkal leher hingga belikat je.


4. Tempoh urutan

Lakukan urutan ni dalam 5-10 minit. Atau selama mana yang pengurut tu sanggup haha. Orang yang di urut tu, oke je kalau nak diurut berapa lama pun. Sedap apa?! haha


5. Kekerapan urutan

Buat la sekerap mana pun. Macam aku kata tadi, selagi yang tukang mengurut tu sanggup. Tapi waktu terbaik adalah setiap kali sebelum sesi penyusuan. Kalau ibu mempunyai kulit yang sensitif dan lembut, korang request la untuk guunakan minyak urut. Aku suka minyak kelapa je, sebab tekstur dia lebih slimy berbanding minyak zaitun. Minyak zaitun cepat kering dan menjadi kesat.



Tak Salah Nak Ikhtiar Perbanyakkan Susu Badan. Tapi Jangan Memaksa Diri Sampai Stres Pula Jadinya

Senang sahaja kan teknik mengurut susu badan ni? Tak perlu dapatkan tauliah pun untuk lakukan urutan oksitosin ni.

Suami Syu, pertama kali dengar perkataan "oksitosin" pun dah cuak dah dia.haha saintifik nau bunyik nye kan. Sampai naik saspen incik Asben dibuat nya. So, ibu-ibu boleh lah share teknik urutan ni kat wall facebook suami masing-masing.

Kalau ibu berjaya menyusukan baby secara ekslusif at least sampai baby 6 bulan, ha dah selamat dah poket ayah daripada kena membeli susu formula. Ayah jangan tak tahu, harga susu formula bayi bawah 12 bulan mana ada yang murah tau! So, ayah! Come on, sama-sama bantu isteri dalam menjayakan proses penyusuan susu ibu.

Senang saja, dan ianya tak perlu dibayar. 100% percuma! ^_^ u Cara perbanyak asi, tips susu badan meriah, urutan perbanyak susu ibu, urutan refleks oksitoksin, cara perbanyak asi, memperbanyak asi tanpa obat, tips perbanyak air susu ibu,

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. nak mintak tolong suami laa buat urutan ni..sebab rasa susu drop.. kadang banyak, kadang macam kosong.. masalah sebab anak yoorin fully direct feed.. botol susu langsung dia taknak..so memang xde stok ebm..=( sumpah nak nangis rasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la yoorin. Nanti bagitau feedback nye ek

      Padam
  2. Pernah tengok video urutan ni. Nak jugak suruh hubs urut. Tapi nanti takut salah urut pulak ☺

    BalasPadam
  3. bagus teknik urutan ni bagi ibu2 yg menyusu tq AS share tips

    BalasPadam
  4. Wah boleh cuba ni. Yaya memang fully breastfeeding baby. Masa dia lahir dulu nak nangis tau susu tak keluar lepas tu lama2 Alhamdulillah sangat. Tak adalah banyak tapi Alhamdulillah cukup2 utk dia :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la. Hari pertama lahir, I tengok anak nangis, I pun nangis. Padahal org tua pesan dah jangan nangis dalam pantang

      Padam
  5. Bestnya kalau ada orang urut kita nie... Masa puan wife beranak hari tue, kenkaang terpaska urut dia bagi memudahkan penghasilan susu badan...

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y