penawar sakit belakang-biobax

Macam mana nak bagi anak cepat bercakap

8:00 PM
Macam mana nak bagi anak cepat bercakap | Bila nak tolong anak banyakkan kosa kata (perkataan) dalam otak dia, kita ibu ayah yang perlu banyak bagi dan bagi perkataan pada diorang dengan cara bersembang dan bercerita. kalau korang ada anak yang berat mulut, korang boleh cuba teknik yang aku gunapakai untuk Dik fael ni.

Macam mana nak bagi anak cepat bercakap petua bagi anak cepat bercakap
Dik Nufael dengan Abang Naufal.
Peranan abang pun boleh menggalakkan adek cepat bercakap jugak

Asalnya, dulu Annur ingat kalau nak bagi anak cepat bercakap, kita kena banyak ulang-ulang perkataan tu at once. Sebabkankan pemahaman aku tu salah, so dulu aku selalu ajar anak aku sebut sesuatu tu berulang-ulang. Contohnya macam aku nak suruh dia pandai sebut "ibu"

Adek. Dik Fael. Ni sape? *sambil aku ambil tangan dia, letakkan ke pipi aku*
Ini ibu..
Ikut ibu cakap dik.
Iiiiibuuu..
Iiiiii______bu

Duk ulang la, perkataan ibu tu sampai sepuluh kali, kadang berbelas kali jugak. Reaksi Dik Fael macam biasalah. Mata tu pandang je ibu dengan muka blur dan innocent dia. huhu Jangan kata nak bukak mulut, bibir pun di kemam nya lagi adalah. Adoi~

Rupanya setelah jenuh bereksperimen. Cara paling cepat nak tambahkan vocab anak adalah dengan teknik storytelling.

Hai adek Fael.
Ini ibu. Fael sayang ibu tak?
Ibu sayang sangat kat dik Fael
Adek. Ibu nak sayang pipi adek sikit boleh? *cium pipi dia*
Wahh..wangi nya anak ibu!
Ibu nak sayang lagi lah!

Contoh lain. Katakanlah kita nak kenalkan perkataan tangan. Kita ambil kesempatan masa kita buat benda yang melibatkan tangan. Macam tengah sarungkan baju pada dia.

Ok dik, masukkan tangan kanan adik kat sini
Tangan kiri pulak, meh tangan kiri meh.
Yay! dah masuk tangan kiri.
Eh, tangan Fael ada dua lah
Tangan kanan, satu. Tangan kiri satu.
Waa..comel nya ni? Ni apa ye?
Ohh..tangan adek ada jari-jari comel.
1,2,3,4,5. Ada lima jari kat tangan adek!

Perasan tak? KIta dah pun buat repeatation dalam storytelling kita
Perkataan IBU = 6 kali
Perkataan TANGAN = 9 kali


So, berdasarkan dua contoh kat atas ni, secara tak sedar, kita dah mencipta suasana "perbualan" dengan menggunakan perkataan-perkataan yang bermakna. Berbeza dengan situasi yang mula-mula aku buat tu. aku cuma ulang perkataan ibu, tanpa disertai dengan ayat yang "bermakna". Skil percakapan ni bukan bergantung pada vocab semata-mata. tapi kena ada vocab berserta dengan perkataan fungsian yang lain yang boleh membawa makna kepada ayat.

Contoh perkataan yang bermakna dan berguna dalam interaksi secara verbal adalah kata hubung,(ke, atau) kata ganti diri,( saya, dia, awak) dan kata sifat. Jadi penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk buat cerita dan perbualan yang related dengan perkataan yang kita nak ajarkan.

Korang cuba la aplikasikan teknik storytelling ni. Tapi korang jangan la pelik kalau anak cuma tengok kita macam takde perasaan je. Kita ni punya lah excited yakmat jadi storyteller. Tapi dia buat muka selamba je haha. Takpe, teruskan je teknik ni. Percayalah, walaupun anak tak bagi respons, tapi sebenarnya otak dia sedang menyerap segala apa yang kita tengah cerita umpama seketul span. 

Nanti bila dah cukup kuota perkataan yang dia faham tu, meletuplah kat mulut dok keluar segala perkataan mengalahkan machine-gun kau! Haa mau tak tercengang kita nanti. Hahaha. InshaaAllah.
Yang penting ikhtiar okey?
Good luck mommies!

6 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. info yang bagus la... anak akak yg no 2, umur 4 tahun br nak mula ada bunyi dr mulutnya, akak nak buat apoinment untuk speech teraphy, tetiba lancar pulak bercakap! alahaianak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ada jugak sesetengah budak, dia reti bercakap. Tapi malas nak bercakap

      Delete
  2. Teknik parroting ni memang berkesan nak ajar anak kecik bercakap.
    Cuma jangan bercakap dengan nada yang pelat je. Ada sesetengah parents, dia bercakap dengan anak-anak dengan pelat budak, so budak jadi lambat nak tangkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..yang tukar ajar pun, tak boleh la bagi ajaran tak betul. Nak ajar anak bercakap, tapi kita sendiri cakap tak betul

      Delete
  3. tengok budak jugak kot.. ada yang jenis serap je semua yang kita cakap bila dia nak cakap tak tau la.. tapi tetiba je bebunyi 2-3 patah sekali keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..k.ita. Betapa unik nya kejadian anak-anak ni kan.
      Kita nampak macam diorang buat derk je, rupa diorang serap dan simpan. Tiba masa, macam peluru diorang bercakap

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.