Selesa dan mudah memilih pakaian di butik muslimah online LANAFIRA

Selesa dan mudah memilih pakaian di butik muslimah online LANAFIRA | Sejak Annur menjejak ke minggu 23 kehamilan ni, stamina dah semakin merudum oii~ Nak berjalan pun, macam mengatur langkah tateh je. Baju pulak, satu persatu mula tak padan dah dipakai. Apalagi? Shopping online jom! Aritu Annur tertengok ada satu butik muslimah online ni ada jual dress labuh. Comel sangat weh! Jom weh teman aku terjah.

lanafira butik muslimah online
So inilah dia butik muslimah online yang aku maksudkan tu | Butik LANAFIRA @www.lanafira.com


Selesa dan mudah memilih pakaian di butik muslimah online LANAFIRA

Kat Malaysia ni memang bercambah-cambah dah butik online yang menjual pakaian, tapi malangnya kebanyakkan butik online yang ada pun, fesyen pakaiannya tak sesuai untuk muslimah. Tapi kat sini, semua fesyen ada, dari kebaya moden, blaus, peplum moden, skirt labuh, jubah atau dress, ha semua yang trendy trendy pulak tu. Dan semuanya sesuai untuk dikenakan oleh para muslimah tau. Sebab tu lah orang-orang duk sebut LANAFIRA ni sebagai butik muslimah online.

lanafira butik muslimah online
Nampak classy gila kan?!


So, kenapa aku suka dengan butik muslimah Lanafira ni?



1) Butik yang mudah dicapai

lanafira butik muslimah online

Butik muslimah Lanafira ni korang boleh capai melalui pelbagai medium. Kalau korang kaki IG atau FB, korang boleh stalk profile butik ni kat @lanafiraofficial dan fb.me/lanafiraofficial. Kat sana, admin Lanafira sentiasa aktif update design terbaru dan kadang-kadang ada tips fesyen jugak tau. Tapi biasanya, bagi pembeli agresif macam aku, aku prefer pergi terus ke website, pilih je mana yang berkenan di hati dan terus bayar. Itu orang panggil agresif ke gelojoh tu eh? hahaha


2) Rekaan yang eksklusif

lanafira butik muslimah online

Setiap rekaan dress, skrit, blouse, kebaya dan peplum di Lanafira ni adalah dibuat dalam kuantiti yang terhad. Tak macam dress-dress "borong-China" ye, yang bila kita beli buat pakai raya, alih-alih tengok rupanya baju kita sama dengan mak mertua, dan kak sepupu bhahaha. Jadi, nasihat aku, better korang jadi gelojoh macam aku ni ha. Rasa berkenan, terus grab dan bayar. Sebab rekaan ekslusif ni bermakna ianya tak akan ada restock dah. Kalau saiz yang korang nak tu, dah habis. Maknanya melepass lah korang.


3) Nursing friendly


Antara ciri butik yang akan menjadi pilihan Annur adalah butik yang ada menjual pakaian yang breastfeeding friendly. Sebab korang pun tahu kan. Aku ni setiap 2 tahun beranak. Next 2 years lagi pun insyaAllah aku akan beranak pulak.hahaha~ Jadi tak sempat kering susu lah orang kata, akan ada pulak baby baru. Jadi, sebagai langkah selamat, setiap kali nak shopping baju, aku mesti pilih baju yang nursing friendly.


4) Wudhu' friendly

lanafira butik muslimah online butik online

Ciri wudhu' friendly ni bermaksud lengan baju tu diletakkan zip susup, supaya mudah nak menyelak lengan baju masa nak berwudhuk. Fesyen baju sekarang ni kebanyakkan nya bahagian pergelangan tangan tu, dia makin menyempit. Yelah, pernah ke korang tengok dress yang lengannya luas macam baju kurung Wan Peah tu haha~ kecuali lah kalau korang pakai jubah "kelawar" (Baca: Kaftan)


5) Material kain yang berkualiti


butik online lanafira

Pakaian yang dijual di butik online biasanya orang akan bangkitkan isu kualiti jahitan dan jenis kain. Itu normal sebab kita beli online ni, kita tak leh nak sentuh, nak tilik rapat-rapat baju yang nak dibeli tu. Tapi di Lanafira, aspek kualiti memang takde kompromi. Jangan tengok kan pada harga je. Bila tengok je harga sepasang tak semahal sampai tiga empat ratus, terus korang nak cap yang baju tu takde kualiti.

Fakta yang korang perlu tahu:
  - Pakaian muslimah di butik Lanafira ni tailored by orang kita.
  - Kain moss crepe digunakan dalam kebanyakan keluaran Lanafira
    - kain elok terletak dan flowy
    - tak mudah renyuk
    - tak tebal tak nipis, dan tak pula panas
    - tak jarang


Annur kata

So rasanya overall, konsep dan fesyen yang dibawakan oleh butik muslimah Lanafira ni hampir 100% menepati kehendak wanita dan muslimah masa kini untuk berfesyen, ikut trend terkini dan pada masa yang sama masih memelihara ciri-ciri kesopanan sebagai muslimah. Dah tu korang tengok saje je ke aku rembat baju-baju muslimah kat sini? Aku dah petik 2 helai dah dalam bakul pesanan tu~ Korang lambat, habis!

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. menarik lanafira ni...

    BalasPadam
  2. Wah banyaknya design cantik2

    BalasPadam
  3. Bagus kan baju lanafira ni. Dah lah mesra wuduk, mesra breastfeed plak tu hehhee. Perghhh dah dua helai. Tggu la kc kak AS! Hahaha

    BalasPadam
  4. KC pakai lagi bertambah cantik

    BalasPadam
  5. Eh KC plak..AS la....adoiiiii....

    BalasPadam
  6. mmg nampak trendy..

    BalasPadam
  7. Lanafira memang menyediakan koleksi pakaian menarik dan trendy untuk wanita. Di samping harga yang sangat berpatutan.

    BalasPadam
  8. Memang mudah nak beli..

    BalasPadam
  9. Baju2 dia lawooo...

    BalasPadam
  10. Ena tak boleh la tengok blouse2 muslimah macam ni. Nak beliiii tapi duit ohh duit dimanakah dikau! Hiks

    BalasPadam
  11. Lawa2 koleksi mereka

    BalasPadam
  12. Pakaian yang mementingkan keadaan muslimah :)

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y