penawar sakit belakang-biobax

Resepi kulit karipap sedap dan rangup. Kress banget!

Resepi kulit karipap sedap yang rangup dan rapuh. Kruk krak kruk krakk weh! Kalau ikut resepi dan cara-cara menyediakan kulit karipap yang ni, hasilnya masyaAllah, mantap badai!

karipap-currypuff-pastel-renyah-rangup-kriuk-kriuk


Resepi kulit karipap sedap dan rangup.


Bahan-bahan

175 gram tepung high protein
40 gram marjerin
38 ml minyak masak
1/2 sudu teh garam
50ml air
1/4 sudu teh gula


Cara-cara

1. Panaskan 38ml minyak masak, kemudian masukkan marjerin, padamkan api dan biarkan marjerin mencair.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan gula.
3. Campuran marjerin dan minyak yang panas tadi, terus dituang ke dalam tepung dan terus digaul bersama air sehingga rata.
4. Rehatkan adunan selama 15 minit.
5. Selepas 15 minit, bolehlah mula membentukkan doh sebesar tapak tangan dan diisi dengan inti.
6. Selesai mengisi inti, dan dikelim, bolehlah start menggoreng dengan minyak yang banyak hingga seluruh karipap tenggelam.
7. Pastikan api sentiasa pada kadar sedrhana kerana jika digoreng dengan api yang terlalu besar, kulit karipap akan menjadi bergerutu seperti kulit katak puru.

Resepi ni sangat sesuai kalau dibuat karipap frozen. Sebab lepas digoreng semula pun, rupa dia tetap macam freshly made, tak nampak rupa macam karipap segera pun. Selamat mencuba!

Nota: Resepi untuk membuat intinya tak disediakan. Sorry. Sebab Annur pakai agak-agak je bila buat inti ahhaha. Tak pernah sukat.

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. boleh la cuba nanti. kegemaran nisa ni kuih karipap!

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.