Review susu formula untuk ibu hamil dan menyusu | S-26 Mama

Review susu S-26 Mama diformulasi untuk ibu hamil dan menyusu | Alhamdulillah, Annur dah pun melangkah ke minggu ke-24 kehamilan. Kejadian kejang kaki pun nampaknya semakin kerap berlaku tak kira malam atau siang. Nampak sangat kan baby sedang agresif "menyedut" kalsium dari ibu hihi~ Nak cepat besar ye anak ibu? It's okay lah sayang. Ibu akan topup lagi intake kalsium ibu mulai dari hari ni, okay. Rasanya takde masalah kot, nak tambah intake kalsium, nak-nak pulak ibu dah jumpa susu S-26 Mama ni.

Review susu formula untuk ibu hamil dan menyusu | S-26 Mama wyeth nutritions
Review susu formula untuk ibu hamil dan menyusu | S-26 Mama

Pekatnya susu S-26 Mama!?

Masa mula-mula cuba sampel susu S-26 Mama ni, aku terkejut dengan kepekatan dia. Biar betul, 1 sachet ni kena tuang perabis untuk sukatan segelas (±270mL). Rasa dia memang "kaw" lah! Tengok susu dalam gelas tu, dah macam letak krim je. Pastu, bila diteguk, melekat susu kat atas bibir macam misai pulak haha~


Rasanya agak manis bagi aku

Selain pekat, susu S-26 Mama jugak manis! So sachet kedua, aku cuma tuang half je susu tepung tu, untuk sukatan segelas. Aku taktau lah tekak korang macam mana. Sebab tekak aku memang rasa susu S-26 Mama ni manis! So aku fikir, kalau macam ni punya manis dan pekat, memang aku akan sentiasa bancuh susu ni cair lah. Maknanya, lambat lah susu ni habis haha~


Bau hamis susu?

Susu S-26 Mama ni langsung takde bau hamis lembu. Yang ada cuma bau vanila yang sweet-sweet gitu baunya. Rasanya boleh lah kot korang-korang yang jenis tak lalu minum susu tu, cuba try telan susu S-26 Mama ni.


Tak rasa muak tapi cepat kenyang

Aku selalu minum susu pagi-pagi sebaik selepas bangun dari tidur. Kenyangnya susu S-26 Mama ni sampai pukul 10 pagi pun perut aku still belum berkeroncong. Biasanya nafsu makan aku lepas 4 bulan ke-atas, memang gila-gila punya! Kejap-kejap lapar, kejap-kejap lapar. Mengandung Dik Fael dulu pun selalu kena bebel dengan staf nurse sebab berat naik 2.5 - 3 kg sebulan haha. So, eloklah untuk ibu yang selalu kena bebel sebab berat naik berlebihan tu. Sebab kenyang nye lama. Takdelah asyik nak makan je,


Harga agak mahal

Bab ni, aku memang cerewet! Lepas cuba sampel yang aku request dari Wyeth Malaysia tu, aku terus google harga susu S-26 Mama kat website-website e-commerce. Rata-rata harga nya untuk setin seberat 900gram tu, ± RM50 gitu lah. huhu~

Mungkin sebab dia produk import kot. Err maybe la. Tapi mahal-mahal pun aku pergi beli jugak haha. Anak aku budak Nufael tu pun, aku tengah slow-slow nak wean-off susu badan., Aku bagi dia minum susu dari Wyeth Nutrition  jugak. Ni ha, susu S-26 Progress stage 3 ha. Nak wat cemana? Susu ini je anak aku tak jadi cirit-birit bila minum.

Review susu formula untuk ibu hamil dan menyusu | S-26 Mama wyeth
S-26 Progress Stage 3


Sembelit tak lagi jadi masalah

Aku dah minum susu S-26 Mama dekat 3 minggu lebih dah. Alhamdulillah, takde dah la aku kena bertapa berjam-jam dalam toilet dah. Lawas je aku yak-yak. Biasanya bila baby-bump makin besar, sembelit pun makin parah. Tapi kali ni, okey je. Sehari aku konsisten minum 3 gelas susu, pagi, petang dan sebelum tidur malam. Esok pagi, confirm bangun-bangun je tidur terus berhajat nak ke toilet.


Annur kata

Review dari aku memang genuine! Korang tak perlu risau sebab seketul Annur Syuhadah ini takkan bias dalam menulis review nya. haha Kalau tak caya, korang try minum susu S-26 Mama ni sendiri kalau ada promoter buka booth free sample kat Tesco. 
Review susu formula untuk ibu hamil dan menyusu | S-26 Mama
Tak pun korang request je sampel susu S-26 Mama korang kat sini.

.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sepanjang preggy dulu minum susu coklat saja boleh masuk tekak. Yg original atau vanila langsu g xboleh masuk...

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y