penawar sakit belakang-biobax

Rutin penjagaan kulit paling asas yang boleh melambatkan penuaan

6:30 AM
Rutin penjagaan kulit paling asas yang boleh melambatkan penuaan | Penggunaan wrinkle cream, anti-aging serum, dan serum di bawah mata sememangnya boleh membantu untuk melambatkan proses penuaan. Tapi, langkah penjagaan kulit untuk melambatkan penuaan yang paling efektif adalah dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Good skincare routine ni perlu ada pada semua orang terutama bagi korang yang mementingkan penampilan wajah.

Nampak gambar kat atas ni? Ni semua adalah nama garis kedutan yang akan
muncul abila seseorang semakin berusia.

So kenapa kita perlukan healthy skincare routine?


1. Boleh bantu pudarkan atau cegah masalah pigmentasi pada kulit macam jeragat tu

2. Melambatkan penuaan dengan cara mengekalkan keremajaan kulit. .

3. Mengurangkan masalah kedutan dan garis2 halus di muka. .

4. Membuatkan tona kulit lebih cerah dan sekata

5. Mengurangkan risiko kanser kulit



Kajian pakar di American Academy of Dermatology 


Pakar kulit dah buat bermacam-macam kajian untuk come out dengan sebuah rumusan tentang antiaging ni. Akhirnya, diorang merumuskan bahawa terdapat rutin penjagaan kulit yang berkesan menentang penuaan awal pada kulit. So apa dia yang pakar-pakar kat American Academy of Dermatology dah rumuskan tentang good skincare habits ni? Nak tau tak? 

Ok jom kita scroll satu-satu.


Rutin penjagaan kulit paling asas yang boleh melambatkan penuaan?


1. Sun protection

Pernah dengar tentang photoaging? Terlalu banyak dah kajian yang membuktikan bahawa sinar UV boleh mempercepatkan proses penuaan. Dan itulah yang dipanggil photoaging. Jadi, kalau korang nak pelihara kulit korang dari penuaan awal, korang kenalah amalkan tabiat menggunakan sunscreen sebelum buat pape aktiviti yang terdedah pada cahaya matahari.

Protect kulit korang dari pancaran sinar matahari terutamanya dari pukul 10 pagi-2 petang. Nak senang, korang tengok je bayang-bayang korang tu. Kalau bayang-bayang korang lebih pendek dari kroang, maka selagi itulah sinaran matahari patut dielak. Kalau dalam tempoh tu terpaksa keluar juga jemput anak dari sekolah dengan motorsikal misalnya, korang pakai la baju lengan panjang, topi dan sarung tangan. Pakai juga sunglasess untuk mengelakkan terbentuknya fine lines sekitar mata.


2. Forget about indoor tanning

Rasanya orang Asia tak minat kot dengan tanning ni. Sebab macam kita kat Malaysia pun, mana ada yang nak menggelapkan kulit kan hahaha. Obses nak putih mulus lagi ada lah. Tapi kalau ada yang ada niat nak tan kan kulit, baik korang lupakan. It makes you age faster.


3. Gunakan pelembap setiap hari

Semakin kita berusia, kulit semakin kering dan mudah kedut. So rajin-rajin lah pakai moisturizers. Bukan kat muka je, tapi kulit seluruh badan jugak. Tak ketinggalan, lembabkan jugak bibir korang dengan lipbalm. Sebab bibir adalah bahagian yang obvious nampak kesan penuaan nya, selain kawasan mata.


4. Cuci muka dan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Gunakan pencuci yang mild dan lembut. Cuci dengan menggunakan air suam, untuk pembersihan yang lebih mendalam dan menyeluruh dan elakkan scrubbing dengan kuat.


5. Stop smoking

Obviously lah kan. Apa je lah manfaat yang datang dari rokok ni kan? None! Betul tak? Selain memudaratkan kesihatan, merokok jugak akan membuatkan kulit korang cepat kerepot dan air muka jadi kasar. Bahasa mudahnya, kalau perempuan merokok, mukanya nampak macam pondan. Keayuan raut wajah tu akan hilang. 


6. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Badan kita akan dibaikpulih semasa tidur. Kolagen biasanya terhasil dengan banyak sewaktu kita tidur.


7. Makan makanan yang seimbang dan sihat.

Lebihkan memakan buah-buahan, sayur dan ulam segar. Ambil asid lemak yang baik macam Omega-3, yang boleh didapati dari sumber ikan seperti salmon.


Kesimpulan

Korang yang seller produk kecantikan online tu. Kalau customer asyik complaint je yang produk korang tak efektif, padahal korang dah guna dan yakin produk tu elok. Ada baiknya lepas-lepas ni, bila ada prospek yang membeli produk kecantikan dari korang, korang jangan lupa nasihatkan diorang untuk amalkan rutin penjagaan kulit atau healthy skincare routine ni. Secara teknikalnya ia akan membantu pemulihan kulit dan pastinya kulit customer korang akan lebih baik dan sihat.

So sekarang korang dah tahu apa tu healthy skincare routine, jangan lah peram sorang-sorang. Korang share la artikel ni pada kawan korang, mana yang merupakan agen produk kecantikan tu. Mana tahu ianya bermanfaat dan boleh tolong diorang menjual dengan lebih bijak sekaligus meningkatkan sales. Haa?







#tipscantik #jeragat #jerawat #antiaging #kulitgebu #kulitcantik #aesthetic #supplementkulit #healthyskin#dermatology #dermatologytalk #beautytips #beautytalk #antiagingtips #antiaging #sunblock #pigmentasi#skinhealth #healthyskintips #tipscantik

19 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. bagus panduan ni.. terima kasih kongsi info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa amalkan okey ^_^

      Delete
  2. Ramai orang suka lupa pakai sun protection dengan pelembap kan? ni asas penting kena buat

    ReplyDelete
  3. Panduan penjagaan kulit yang perlu dititikberatkan untuk elak kulit nampak tua

    ReplyDelete
  4. Hi, saya datang singgah follow sini.. bagus info ni.. thanks share :)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing...
    Lagi satu nk kulit lawa..kena mnum air seckupnya...sebab ni paling basic..kalau tak mmg kulit akan cepat kering

    ReplyDelete
  6. thanks share tips ni...rutin penjagaan kulit sememangnya penting dan pertlu dititikberatkan oleh sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan..kalau boleh tak nak la tua sebelum usia kan

    ReplyDelete
  7. Cara penjagaan muka , cara pemilihan produk amat penting untuk kita kelihatan lebih muda pada usia yg sebenar

    ReplyDelete
  8. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang melambatkan penuaan. Wahai wanita sekalian, stop risau, stress dan rosakkan diri anda. Kerana anda berhak untuk enjoy kehidupan. Walaupun banyak hutang, banyak tanggungjawab. Plan balik semula agar anda boleh happy bersama orang yang dikasihi. Boleh tengok anak-anak membesar.

    ReplyDelete
  9. petua nak lambatkan penuaan di wajah kita adalah dengan senaman senyum setiap masa.. try la kompom pipi akan tegang dan awet muda tau.. takmo stress sbb stress tu salah satu punca mempercepatkan proses penuaan..

    ReplyDelete
  10. tak cukup tidur cepat je naik mata panda. risau juga naik kedut kat mata ni. so memang kena jaga waktu tido dan pemakanan. Bagus tips2 ni.

    ReplyDelete
  11. Tq AS for sharing. Mesti kena amalkan ni utk awet muda😊

    ReplyDelete
  12. Saya pun baru start pakai sunscreen. Kalau tak mmg buat xtahu je

    ReplyDelete
  13. Kak galakkan ajar anak-anak gadis rutin penjagaan wajah agar sentiasa wajah nampak segar

    ReplyDelete
  14. Bagus perkongsian ini. Semakin mningkat umur jgn sesekali lupakan soal penjagaan kulit muka

    ReplyDelete
  15. Memang amalkan semua tips yg di atas, umur dah meningkat ni memang kena jaga kulit ni supaya lambat kedut2..hehehe..supplement pun kena rajin ambik, produk penjagaan wajah pun kena yg sesuai dgn kulit

    ReplyDelete
  16. Tips yang bagus tapi kan no 6 ngan no 7 tuh payah nau nak buat..hehe

    ReplyDelete
  17. penjagaan kulit wajah memang banyak kena pakai. kadang2 rasa tak terpakai. kadang2 mim alif lam sim sungguh, tapi kalau nak cantik kenalah buat semua tu kan? hehe

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.