penawar sakit belakang-biobax

Tips mencuci muka dengan betul

12:00 AM
Tips mencuci muka dengan betul | Tahu tak sebenarnya dengan hanya membasuh muka je korang boleh buat perubahan besar pada muka? Tapi tiap-tiap hari pun memang kita akan cuci muka kita dengan sabun beras lah, sabun kolagen lah, dan macam-macam jenis jenis sabun lagi lah, cuma kadang-kadang tu kita main sental je kulit muka tu. Takmau ambil tahu pon cara-cara mencuci muka dengan betul. Jom ikot tips mencuci muka dengan betul yang AS dapat dari pakar kulit ni untuk mendapatkan kulit yang sihat.


Baca juga : Rutin penjagaan kulit paling asas yang boleh melambatkan penuaan


Tips mencuci muka dengan betul
Tips mencuci muka dengan betul


So macam mana caranya mencuci muka dengan betul?



1. Gunakan facial wash yang lembut (gentle), jenis tak menghakis dan tak mengandungi alkohol.

2. Basahkan muka dengan air suam dan gunakan jari-jemari untuk meratakan pencuci muka. Penggunaan span kasar atau kain adakalanya boleh menyebabkan irritasi pada kulit muka

3. Seeloknya elakkan dari menggunakan scrub muka sebab ia juga boleh menyebabkan irritasi pada kulit. .

4. Cuci dengan air suam dan keringkan secara pedap (dab) dengan tuala muka khas yang bersih. Jangan gunakan tuala yang sama untuk mengelap badan. Nonono!

5. Gunakan pelembap selepas mencuci untuk mengelakkan kulit muka menjadi kering. Pelembap boleh melambatkan penuaan. Ingat tu.

6. Cuci muka sekurang kurangnya dua kali sehari dan selepas berpeluh. Jangan tak tahu, peluh terkumpul lepas memakai tudung, helmet dan niqab boleh menyebabkan irritasi atau jerawat.


Mudah tak? So ada ke dari tips kat atas ni yang korang still belum amalkan? Kalau semua nye okey, apalagi? Jom la share info ni pada kenalan dan keluarga korang supaya lebih ramai tahu cara mencuci muka yang betul. Bye!

4 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. kita cuci muka main hentam ja ...
    la, kena pakai air suam pula, baru tau.
    thanks sharing....

    ReplyDelete
  2. Dulu saya rajin cuci muka, sekarang dah trauma nak guna produk pencuci muka. hahaa

    ReplyDelete
  3. Dulu main hentam je bab" cuci muka ni.info yang berguna untuk semua

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.