Apabila Hati Wanita Telah Keras, Lebih Keras Daripada Kerak Nasi

Ketahuilah, bila hati isteri sudah sampai ke tahap ini (lebih keras dari kerak nasi), apa saja yang menghalangnya di depan akan sanggup ditempuhinya sekalipun yang dirempuhnya akan menyebabkan dia dilabel ‘berdosa’.

Artikel ini teladan buat suami yang masih punya isteri yang masih tetap setia bersamanya. 

Perangai buruk anda hanya isteri saja yang tahu. Tanyakan pada isteri agar anda sempat mengubahnya sebelum terlambat.

Kata orang hati wanita macam kerak nasi. Direndam lama-lama lembut juga akhirnya. Tapi kerak nasi rendam lama-lama , ia akan basi dan busuk!

Jadi kenapa nak pilih untuk makan kerak nasi busuk? Pokoknya, dari awal kenapa anda membiarkannya berkerak? Dah keras berkerak, anda cuba melembutkan nya balik? Kerja yang sia-sia.

Sedangkan kalau anda jaga api dari awal, nasik takkan berkerak! Dan anda boleh makan nasi yang enak dan lembut lagi mengenyangkan tu dengan senang hati. Get it??

Tak faham juga?
Sudah lah. Jangan sambung membaca dah. Pergi ambil wuduk, supaya terpadam habis api EGO anda tu. Then baru anda kembali membaca. Ok?

Hati isteri.
Paling lama seorang isteri dapat menghadap suami yang berperangai pemarah dan mulut jahat ialah kurang lebih 20 tahun.  Isteri yang bertahan ini selalunya hanya kerana anak masih kecil-kecil. Itupun dalam 20 tahun ini, dia dah mula bersiap-siap untuk meninggalkan pasangannya.



Serupa macam kita bersiap-siap nak berjalan jauh lah. Kita akan isi minyak full tank, masukkan barang keperluan sikit-sikit dalam bonet kereta, sediakan bekalan cukup-cukup. Tiba masa, naik kereta, terus..

Cabut!

Berputih mata lah si suami.

Menjadi suami tidak semudah melafazkan akad nikah. Ayat yang boleh dihafal berjuta kali sebelum tiba tarikh pernikahan. Tapi sebagai suami, anda kena bijak dan baik budi bahasa. Setiap masa!

Yer betul! Isteri memang banyak buat salah. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "orang perempuan ni bodor","macam budok kecik". 

Ya. Wanita memang bodor/bodoh. Bodoh in term of "pemikiran yang cetek dalam membuat keputusan serta tindakan yang banyak berlunaskan emosi"

Hei~ dah fitrah wanita dibuat dari tulang yang bengkok, kan?
Nak meluruskannya memang tak dapat. Kalau dipaksa juga supaya lurus, ia akan patah!

Maka kena terima bengkoknya/beloknya itu dengan penuh redha. Kena sentiasa bimbing dan tegur dengan bijaksana serta berhikmah. Wanita kan penuh dengan emosi keanak-anakan. So handle dengan penuh kesabaran dan teknik halus atau orang gelar sebagai teknik psychology.

Mengherdik-herdik, memaki hamun, menyumpah seranah, membentak-bentak, menyindir-nyindir, kondem, merendah-rendahkan, memukul, belasah sama sekali tersimpang jauh dari sunnah. 

Itu bukan cara Rasulullah menangani wanita.

Bila Rasulullah tak pernah buat ertinya kita juga sama sekali tak boleh lakukan.

Mafhum Hadis Nabi. Bagaimana tergamak seorang suami pada siangnya menyumpah dan memukul isteri, kemudian pada sebelah malam, menidurinya.

Hoi. Kejap baran, kejap lagi romantis. Personaliti bercabang-cabang, hampir mirip orang berkepala sewel. Suami spesies ni selalunya cuma reti mencari salah tapi tak reti nak handle keadaan selepas kesalahan itu terbongkar. 

Boleh jadi sejarah zaman kanak-kanaknya, dia sering dileteri ibu bapa tentang semua kesalahan yang dibuat. Dimarah, di bentak. Tapi sekali pun tak pernah ibu bapa nya memberitahu apa kesalahannya, dan bagaimana cara yang betul melakukannya.

Kaedahnya cuma marah! Marah! Marah! Tak tahu ke mende!

Perangai itu kemudian diturunkan kepada anak-anak. Anak-anak pula membesar lalu mengahwini seorang wanita, lalu menzalimi wanitanya juga. Kemudian, terlahir pula zuriat yang mencontohi corak lifestyle yang ditunjukkan oleh ibu bapanya.
 
Tragik betul. Ini betul-betul bencana besar dalam rumah tangga.
The cycle goes on and on untuk generasi seterusnya. Nauzubillah. Tolong jangan sambung warisan / saka yang buruk ini.

Berubahlah.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.