Tips ringkas memiliki rumah atau aset hartanah pada usia muda


1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.

2. Tilam lipat atau 'toto' pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.

3. Kurangkan makan di luar atau di 'Resepi Rahsia', makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.

4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.

5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.

6. Tak perlu 'smart tv' yang lebar sedepa, tabung sambut 'baby' jangan pula dilupa.

7. Baca 'post fb' dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.

8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.

9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.

10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.

11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang koyak plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.

12. Elakkan budaya biar papa asal bergaya, katanya inilah cara 'reward' kan diri selepas penat bekerja.

13. Katanya kita tak kisah bertahun-tahun duduk menyewa, yang penting kita 'happy' hingga ke hujung nyawa.

14. Tak berazam nak miliki sebarang aset dan hartanah, duit berhabis pada hiburan dari malam sampai ke cerah.

15. Marah orang beli rumah banyak dan buat 'sublet', rupa-rupanya 'loan' dia yang tak lepas itu sebab bila bank telefon lari sembunyi cakap dalam 'toilet'.

16. Duit berhabis pada kereta dan rim sukan, asyik amalkan pinjam duit dari kawan dan rakan.

17. Sembang pasal duit dan bisnes berjuta-juta, tapi bab menyimpan dia pekakkan telinga dan tutup mata.

18. Siaran tv berbayar tak sanggup henti langganan, semakin senja usia semakin berkira nak buat tabungan.

19. Semua ditolak sama ada jadi imam atau makmum, yang dia tahu kad kredit hanya mampu bayar baki minimum.

20. Semua orang salah termasuk pak-pak menteri, tapi nafkah isteri dan keperluan anak-anak sendiri pun dia tak beri.

21. Tiap-tiap hujung bulan 'kecek' pinjam duit isteri, bila minta balik tiba-tiba amnesia dan tak sedarkan diri.

22. Mulut tak henti-henti merungut tak cukup wang, tapi tak reti nak mohon pada Dia Pemberi rezeki apatahlagi nak sembahyang.

23. Soal gaji dan kewangan semua kononnya rahsia, padahal duit berhabis pada benda yang sia-sia.

24. Sanggup jadi penjamin atau 'guarantor', tak kiralah siapa nak beli kereta mahupun traktor.

25. Skim MLM skim cepat kaya mudah percaya, katanya shortcut bersara muda kaya lagi bergaya.

26. 'Post fb' pasal kewangan malas 'like' dan baca, orang bagi nasihat kewangan dikecam dan dicerca.

27. Tudung dan jubah penuh almari, sampaikan susah nak pilih dan dicari.

28. Anak jatuh sakit dia tak risau, tapi kalau koleksi hobi mahal dia jatuh boleh mengamuk dan sasau.

29. Pengemar fanatik koleksi 'limited edition', walaupun anak dan isteri selalu je 'tension'.

30. ASB dan Tabung Haji dikatakan tak patuh syariah untuk melabur, buat apa simpan duit katanya bukan dibawa ke kubur.

31. Makan kedai tepi jalan katanya malu dan tak selera, hanya di 'Mekdi' dan 'Setabak' barulah lalu dan berselera.

32. Hutang keliling pinggang dia tak malu, baju takde jenama tak boleh pakai katanya geli lagi berbulu.

33. Rumah 'subsale' busuk tak minat nak beli, katanya baik beli rumah baru terus dari pemaju baru menang membeli.

34. Rumah subsale atau secondhand katanya busuk, kalau buat sublet atau homestay duit boleh masuk berdesup-desup.

     The last but not least, Annur nak ajak korang support LIKE fanpage 'rumah teres busuk' yang dijadikan 'homestay wangi' di daerah Gerik, Perak ni. Tenchuu korangg! ^_^
..

Sedekah LIKE seketul ^_^


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Thank you for sharing! :D

    BalasPadam
  2. Padu sungguh kata2 tuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi AS pun sentap jugak masa first time baca

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y