8 Perkara Anda Harus Tahu Tentang Kerja Ubah Suai Bilik Mandi

10:34 AM
8 Perkara Anda Harus Tahu TentangKerja Ubah Suai Bilik Mandi | Bilik mandi merupakan bilik di rumah kita yang paling sedikit kita luangkan masa di dalamnya. Walau bagaimanapun, kepentingan mempunyai bilik mandi dengan susun atur yang praktikal dan reka bentuk yang menarik tetap tidak dapat dinafikan.

Jadi, jika anda terasa yang bilik mandi di rumah anda sekarang terlalu kecil atau suasananya tidak menarik, dapatkan khidmat renovation contractor untuk melakukan kerja ubah suai dengan segera.

Tetapi, sebelum anda mengupah mana-mana kontraktor untuk melakukan kerja itu, jom baca dahulu 8 perkara penting yang anda harus tahu tentang reka bentuk bilik mandi.


1. Jenis lantai

ubah suai bilik mandi recommend.my
(Sumber: Nu Infinity)

Kebanyakan reka bentuk bilik mandi untuk rumah di Malaysia tidak mengasingkan ruang mandi dan ruang tandas. Jadi, lantai bilik mandi sentiasa berada dalam keadaan basah akibat percikan air dari ruang mandi. Disebabkan ini, pemilihan bahan untuk lantai bilik mandi adalah amat penting. Bahan yang paling sesuai adalah jubin tahan basah dengan permukaan yang tidak licin, manakala lantai jenis kayu adalah pilihan yang paling tidak sesuai untuk bilik mandi.
  




2. Sistem pengudaraan

ubah suai bilik mandi recommend.my
(Sumber: Project 12 Architecture)

Cara terbaik untuk sistem pengudaraan yang baik untuk bilik mandi ialah dengan membina tingkap kecil di bilik mandi tersebut. Namun, terdapat sesetengah pelan rumah yang meletakkan bilik mandi di bahagian tengah rumah. Jadi, bilik mandi tersebut tidak akan mempunyai tingkap, sama seperti bilik mandi di kebanyakan bilik hotel. Jika rumah anda seperti ini, pastikan kontraktor anda memasang kipas khas untuk sistem pengudaraan di bilik mandi itu.


3. Kedudukan tandas

Mengikut pandangan masyarakat beragama Islam, sebaik-baiknya, elakkan dari memasang mangkuk tandas menghadap ke arah kiblat, iaitu arah matahari terbenam. Manakala menurut Feng Shui masyarakat Cina pula, mangkuk tandas tidak boleh dipasang menghadap ke arah pintu. Dan yang paling penting, pastikan kedudukan mangkuk tandas tidak menghalang bukaan pintu, dan anda berasa selesa ketika duduk.


4. Penggunaan cermin

Cermin akan memberikan ilusi sesebuah ruang nampak lebih luas dan memantulkan cahaya. Jadi, selain meletakkan cermin pada dinding berhampiran sinki, anda juga boleh meletakkan cermin besar pada dinding yang kosong. Lebih menarik jika cermin itu mempunyai bingkai yang unik dan mengikut tema hiasan bilik mandi tersebut.


5. Ruang simpanan

ubah suai bilik mandi recommend.my
(Sumber: Think Cloud Design Lab)
Untuk rumah yang kompak, setiap ruang haruslah digunakan dengan praktikal. Jadi, tambah ruang simpanan di dalam bilik mandi untuk menyimpan tuala bersih, stok bahan mandian dan cucian. Para atau kabinet tergantung adalah pilihan ruang simpanan yang sesuai untuk dipasang di bilik mandi. Ini adalah kerana ruang simpanan jenis ini biasanya akan lebih tahan lama kerana tidak terkena percikan air.


6. Jenis pencahayaan

Ada orang yang gemarkan bilik mandi yang terang dan ada juga yang gemarkan bilik mandi yang bersuasana romantik. Walau apapun tema kegemaran anda, pilihlah lampu yang sesuai dengan tema yang anda mahukan. Selain itu, pastikan lampu yang dipasang itu sesuai untuk digunakan di ruang yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi.


7. Tema dan warna

Untuk membuatkan bilik mandi anda kelihatan lebih menarik, tetapkan tema untuknya. Contohnya, jika bilik mandi tersebut adalah untuk si anak gadis, pilih jubin berwarna merah jambu dan pintu kaca untuk memisahkah ruang mandi dengan corak bunga atau ikan lumba-lumba. Bagi bilik mandi di bilik tidur utama pula, gunakan jubin berwarna gelap dan sinki yang berbentuk segi empat untuk nampak lebih eksklusif dan mewah.


8. Hiasan dan aksesori

ubah suai bilik mandi recommend.my
(Sumber: goodhousekeeping)


Jika ruang lain di rumah anda boleh dihias dengan pelbagai jenis aksesori, mengapa tidak di bilik mandi, bukan? Pokok hiasan plastik dalam pasu kecil dan lilin wangi adalah antara perhiasan yang murah dan mudah untuk dicari. Selain itu, bagi bilik mandi yang lebih besar, tambahkan rak untuk menyimpan stok alat mandian dan tuala yang telah dilipat cantik. Selain dianggap sebagai aksesori tambahan, rak itu juga mempunyai fungsi yang praktikal.


Dapatkan Khidmat Rundingan Percuma Untuk Mengubah Suai Bilik Mandi

Kebiasaannya, projek mengubah suai bilik mandi melibatkan perkara penting seperti kerja paip, elektrik dan pemasangan jubin. Jadi, saya nasihatkan anda agar jangan ambil mudah dan pastikan kontraktor yang diupah untuk kerja ubah suai itu mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk melakukan tugas tersebut.


Jika anda tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan butiran renovation contractor yang boleh dipercayai berhampiran anda, layari saja Recommend.my. Kongsi maklumat ringkas tentang projek ubah suai tersebut, dan dapatkan khidmat rundingan serta anggaran sebut harga secara percuma.

28 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Thanks for sharing <3 tetiba teringin nak decorate bilik~ hohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roh deko-deko menghasut sudah haha

      Delete
  2. Banyak jugak ye faktor yg perlu diambil kira sebelum nak renovate toilet ni..ingat main ikut rasa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups..kita nak invest duit yang banyak kan untuk renovation.. Mesti amik kira macam-macam sudut secara terperinci

      Delete
  3. amboi.. semua nampak cantik-cantik belaka. terima kasih atas tips ni. saya sukakan tandas yang simple dan banyak warna putih kot. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. AS pun lebih suka yang simple n kontemporari

      Delete
  4. Selalu baca tipa deko untuk bilik , ruang tahu .. kali ni deco bilik air ..sapa cakap bilik air tak penting untuk deco kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pentinggggg.tempat berangan tu hahaha

      Delete
  5. Woww kalau gini design bilik air memang lama la dalam tu. Hihi menarik artikel ni. Selalu orang share deko bilik, ruang tamu je. Bilik air pun penting juga sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. like what I see. wish to have toilets like this

    ReplyDelete
  7. fuhhhh semua nampak cantik :) suka kalau ada yang black n white mcm mboutieq kat perak

    ReplyDelete
  8. i love ur header so much. oh btw i followed u here. #422

    ReplyDelete
  9. Cantik semuanya. Kena penuhkan tabung ni utk renovate bilik air. Thanks for the info ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kalau ada rumah sendiri..boleh renovate ikut kehendak hati kan

      Delete
  10. Betul tu..kebanyakan rumah di Malaysia dan dan bilik mandi sekali. Kdg kdg nak deko tandas pun pikir byk kali sebab air terpercik kan

    ReplyDelete
  11. nad memng tengah fikir nak deko bilik air. tapi tahun depan..tunggu masyuk..hehee

    ReplyDelete
  12. Toilet mmg hias cntik. sbb nk feeling2 mcm hotel kn. Letak pasu bunga n lilin mnambahkn seri. Suka terang.. kalau gelap ni mcm seram plak.hehe..puas hati dpt hias kn.. xdela malu klu tetamu dtg guna..yg pnting cntik n bersih. Xperlu modal besar pon.. mr diy senang nk dpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..nak-nak pulak cuaca panas macam ni. Mesti nak berlama-lamaan dalam bilik air

      Delete
  13. lepas ni kalau nak renovate bilik air, boleh refer sini. banyak aspek perlu diambil kira kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. sistem pengudaraan tu kenalah tip top... klu tak leceh sikit la.. nak2 hari raya ramai y datang guna tandas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..ventilatiin bilik air memang penting. Tapi kebanyakan rumah teres kat malaysia ni selalu letak bilik air di tengah-tengah rumah..huhu
      Baunya tu memang mengganggu, sampi ke ruang tamu.

      Delete
  15. Best nak buat tiles lelawa tu. Tapi banyak kontraktor charga mahal sangat. At last, buat sendiri aje la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. AS pulak teringin nak letak pebble wash dekat lantai bilik air. Macam kebanyakan RnR tu. Cun sangat kalau pakai pebble wash.

      Delete
  16. Nice tips...
    Kita pun tgh cari idea utk bilik air rumah baru kita nnt

    ReplyDelete
  17. woah nice cantik gila, bilik air amin utama besar sikit, i dan husband rancang nak buat bath tub dalam tu, tapi temporary I masih tidur lagi bahagian bilik bawah, bilik air memang kecil sikit la, nice info and tips ! thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tercapai impian nak pasang bath tub tu dalam masa yg terdekat ni ye..amin

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.