Kenapa jiwa kita selalu je tak tenang?

KENAPA JIWA KITA SELALU TIDAK TENANG | Pernah tak korang merasa serba salah? Terasa walau cemana korang buat sekali pun, korang tetap tak dapat rasa ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Perasaan tak tenteram dan gelisah tu selalu je memburu korang? Kalau jawabnya semua "ya", maka ketahuilah bahawa itu semua kesan dari sifat-sifat mazmumah yang telah lama bersarang dalam jiwa. Nak tahu apadia sifat-sifat mazmumah yang "bertanggungjawab" menghilangkan rasa "bahagia" dari jiwa? Jom teruskan membaca!

Kenapa jiwa kita selalu je tak tenang?


Pemarah.
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati sentiasa tidak tenang.

Tak sabar.
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan.

Pendendam.
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta yang kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Ego.
Ibu segala mazmummah ini membuatkan seseorang sentiasa tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir mahupun batin.

Hasad dengki.
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Bakhil.
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit. Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama dengan menderma. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, sifat pemurahnya tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

Tamak.
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga. Lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu apabila dimanfaatkan.

Riak/ujub.
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika dipuji dia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji dia akan mengurangkan amalnya.

Cinta dunia.
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta tidak tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Apabila mati, manusia cuma membawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” kerana sentiasa menjadi buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Wallahu a'lam.



perkongsian dari group Telegram https://telegram.me/DrZaharuddinGroup

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. good sharing. Selamat tahun baru dari mama semoga tahun 2018 lebih baik dari 2017

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.