Skynet services is su*ks

1:42 PM
Skynet services is su*ks | Aku dah terlibat dengan online shopping sejak dari tahun 2011 lagi. Tapi sepanjang tempoh ni, dah berkali-kali sangat aku alamai masalah dengan barang yang dihantar melalui SKYNET. Memang teruk lah servis penghantaran skynet ni. Servis skynet teruk !!!
skynet teruk servis skynet teruk skynet teruk
skynet teruk

16 Januari baru-baru ni aku order barang melalui 11street. Seller menjanjikan tempoh 5 hari berkerja untuk barang aku sampai dari tarikh shipping. Tapi hari ni, dah 30 haribulan, satu panggilan telefon pun aku tak terima dari wakil courier. Aku pun dah rasa tak sedap hati. Aku check tracking kat sistem, tengok-tengok barang aku tersadai di skynet Sungai Siput. Urghh!!

Skynet services is sucks skynet teruk- skynet teruk

"Bad / Incomplete Address / Address not listed" - Setiap kali seller yang hantar guna skynet, memang ini lah alasan yang skynet bagi. Padahal alamat yang aku bagi tu dah cukup lengkap, dan alamat inilah yang yang aku gunakan sebagai centre bisnes aku. Alamat ni siap registered dengan SSM lagi sebagai premis perniagaan. Tak pernah la surat bank dan dokumen-dokumen penting gagal sampai ke alamat ni. Huh! Alamat ni jugak memang dah berkurun saved dalam sistem 11street, tak pernah ubah. Seller 11street yang guna servis Gdex, Poslaju, dan Nationwide semuanya sampai je depan pintu. Tak pernah even once pun diorang sesat.


Agen skynet Gerik ada masalah attitude

Bagi aku, budak penghantar skynet atau what so ever nama jawatan dia, yang berperanan deliver barang ke daerah Gerik ni, memang PEMALAS! PEMALAS! PEMALAS!

Satu lagi, agen / wakil skynet Gerik yang based kat Taman Gerik tu pun bermasalah jugak. Sama ada dia pun pemalas, atau nak jimat minyak lori dia, wallahua'lam. Tapi, kalau barang yang di pos pakai skynet ni, akan transit kat rumah dia di Taman Gerik tu. Dia tak pernah pun datang deliver barang kat aku, sebaliknya di acall je dan suruh aku datang rumah dia, collect sendiri barang aku. Grrr!


Matlamat membeli secara online tak tercapai

Kita beli barang online sebab nak senang, tak payah keluar rumah. Nak-nak pulak dengan keadaan aku sekarang aku ni tengah duk boyot-boyot ni, tunggu masa je nak beranak. Lagi lah berat and bercinta je nak keluar! Pulak tu, kita bayar caj untuk penghantaran tu, untuk dihantar terus ke depan muka pintu kot. Ke aku salah?!

Rasa nak marah tu bukan semata-mata sebab kelewatan diorang je, tapi nak marah dengan semua ragam skynet yang remeh-temeh lagi mengarut tu. Semua ragam diorang ni tak lain tak bukan hanya akan menyusahkan customer jer! Aku call SKYNET CENTRE kat 03-5623 9090 pun, haremnak  di angkat nya. Dari pukul 11 pagi tadi sampai leni, dah pukul 1 tengahri. Asyik engage dan line busy je.

Ok, kalau jam 1 tengahari tu korang tak pick up call, itu normal. Sebab waktu lunch,kan. Tapi dari tadi, takde seorang operator pun ke yang jaga bahagian customer service? Takkan semua keluar gi minum kopi kot.

skynet sucks

Akhirnya, aku call customer service 11street. Pukul 1 tengahri okey! Tapi panggilan aku dilayan. Cuma itulah. Pihak 11street tak banyak yang diorang boleh bantu, sebab masalah ni bukan dari seller. Tapi masalah courier. Memang dari awal lagi aku tak call 11street sebab ini lah. Tapi sebab dah frust sangat call skynet tak dapat-dapat, jadi aku kona la ke 11street.

Geram kot! Aku call cawangan kecil skynet Sungai Siput pon takde respon. Call direct ke skynet centre pon tak leh tembus. Hairan ye? Busy bebenor lah staf-staf skynet ni ye. Sampai satu call pun tak boleh dijawab. Grrr!


Annur : Dah berkali-kali kena dengan diorang. Ini lah kali pertama aku "meletop" dan meroyan! Pengalaman pertama aku kena dengan skynet ni masa konvo dulu. Tunggu gambar konvo, tak sampai-sampai. Sebulan lebih oii calling sana, calling sini, nak trace aku punya gambar konvo! Grrr!

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Kak annur.. To be honest, ramai giler seller di Lazada yang fed up juga dgn Lazada. Barang dah out for delivery lama gila dah, tapi status tak update2. Delivery delays lama sangat. Customer fed up then cancel order.. See? Kadang2 bukan salah kat seller pun... Taktahu lah kepam barang ke apa simpan lama2 tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud Kin, fed up dengan skynet courier service?
      Satu lagi ramai jugak complaint servis ABX. Pun suka peram barang orang jugak.

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.