Apa itu tongue tie dan bagaimana ia menjejaskan penyusuan susu ibu?

Apa itu tongue tie dan bagaimana ia menjejaskan penyusuan susu ibu? | Melalui laman pengakuan popular, IIUM Confessions, seorang ibu muda dengan rela hati mendedahkan kisahnya yang sangat struggle dalam memperjuangkan exclusive breastfeeding untuk bayinya, dan berkongsi secara umum bagaimana dia dan pasangan mengatasi masalah mereka. Jom ikuti kisah pengakuan seorang ibu muda mengenai cabarannya dalam perjalanan penyusuannya dan kenali apa itu tongue tie.

ibu susu ubud, tongue tie, ankyloglossia, lingual frenectomy, masalah penyusuan susu ibu, puting susu pedih, puting luka, Tongue-tie, lidah pendek pada bayi, Laktasi, breastfeeding problem, Klinik lingual frenectomy malaysia, doktor aimi jaafar, pakar laktasi

Apa itu tongue tie dan bagaimana ia menjejaskan penyusuan susu ibu?


       Anak saya lahir pada September 2016 dan terus ditahan di NICU kerana sedikit masalah pernafasan, alhamdulillah sekarang sudah sihat. Tetapi, 2 minggu di NICU berat anak saya turun sebanyak 200g dan ia membimbangkan doktor. Sehingga doktor mencadangkan “Either mother has to breastfeed more frequent or we top him up with formula”. Saya nekad untuk exclusive breastfeeding sekurangnya 6 bulan pertama, jadi saya tegas menjawab “No, I will breastfeed even when he is NOT demanding it”. (hospital galakkan breastfeeding-on-demand)

Pulang ke kampung untuk berpantang saya mula perasan, anak saya menyusu terlalu kerap dan terlalu lama tempohnya (berbanding pengalaman ibu lain di blog dan forum). Satu sesi penyusuan anak saya memakan masa hampir 1 jam sehingga dia tertidur, tetapi tidak sampai 1 jam lepas itu mesti bangun semula merengek kelaparan. Situasi ini berlaku setiap kali penyusuan, sehingga saya sangat keletihan, kurang tidur dan rehat. Tetapi saya positifkan diri, aku ibu baru, aku masih belum pandai, anak masih belum mahir menyusu.

Genap 1 bulan, pemeriksaan di klinik kesihatan mendapati anak saya hanya naik berat sebanyak 270g daripada berat lahir! Sedangkan bayi baru lahir perlu naik berat dalam +-200g seminggu! Seminggu ye, bukan sebulan! Risaunya hati, macam macam terlintas di fikiran.

Susu badan tak cukup? Susu badan kurang zat?

Habis pantang 44 hari, saya pulang ke rumah sendiri untuk membiasakan diri menjaga anak tanpa bantuan, persediaan bekerja nanti. Rutin yang sama berulang, menyusukan anak selang 1 jam, satu sesi memakan masa 40min-1jam. Disamping itu saya juga mula mengepam susu untuk membuat stok EBM, tapi aduhai susahnya nak dapat 1oz pun. Masa mengepam dah kurang sebab anak sering nak menyusu, bila pam pula hasilnya sedikit sangat. Hati mula risau, sudah mula Google susu formula mana yang sesuai untuk bayi bawah 6 bulan. Sedih sangat sangat.

Umur bayi 2 bulan, beratnya hanya naik 1kg dari lahir. Saya hampir putus asa dengan breastfeeding, tambahan pula stok EBM yang berjaya saya buat telah saya gunakan kerana anak lapar sangat, meraung menangis kerana tidak dapat susu walau menghisap. Bukan itu sahaja, bila anak marah tak dapat susu, dia meronta dan mencabut nipple semasa menyusu, sehingga luka dan merekah. Apa boleh saya buat waktu itu?

Hampir buntu, saya Google bantuan untuk ibu menyusu di Malaysia, kerana kebanyakan website yang saya baca untuk memahami masalah breastfeeding menyarankan berjumpa dengan “lactation consultant”, pakar laktasi. Alhamdulillah berjaya jumpa seorang pakar berhampiran rumah saya. Beliau sanggup datang ke rumah pada hari Ahad dengan caj RM60, untuk berikan personalised consultation.

Bermula sesi konsultasi, beliau minta saya susukan anak dihadapannya (perempuan juga, jangan risau). 30 saat menyusu, beliau minta saya berhenti dan minta izin untuk pegang anak saya dan buka mulut anak saya.

Beliau berkata “Puan, saya rasa anak puan ada masalah tongue tie selama ini.”
Tongue tie atau orang Melayu panggil “pendek lidah”, keadaan dimana lapisan lutsinar di bawah lidah (frenulum) yang menyambungkan lidah kepada dasar mulut terlalu pendek dan ketat.

ibu susu ubud, tongue tie, ankyloglossia, lingual frenectomy, masalah penyusuan susu ibu, puting susu pedih, puting luka, Tongue-tie, lidah pendek pada bayi, Laktasi, breastfeeding problem, Klinik lingual frenectomy malaysia, doktor aimi jaafar, pakar laktasi
Ia menyebabkan lidah tidak dapat dijulur melepasi bibir bawah, atau lebih teruk tidak melepasi gusi bawah pun. Untuk pengetahuan semua, penggunaan lidah amat penting dalam breastfeeding.

Lidah yang bertanggungjawab memicit salur susu di kawasan aerola supaya susu keluar melalui nipple ibu. Bila adanya tongue tie, lidah hanya dapat memicit nipple itu sendiri, menyebabkan susu tidak keluar dan nipple akan luka.

Selama ini saya pernah baca pasal tongue tie, tapi dek tiada pengalaman, saya gagal mengesan keadaan itu pada anak saya.



Antaranya;


 1) Sewaktu menyusu kedengaran bunyi berdecit (clicking sound) iaitu bunyi lidah ditarik oleh frenulum yang pendek.

  2) Nipple sakit ketika menyusu walaupun setelah seminggu penyusuan bermula.

 3) Lekapan mulut bayi pada nipple kerap terlepas dengan sendirinya kerana lidah pendek menyebabkan poor latching.

 4) Bayi meragam ketika menyusu kerana terlalu lapar dan marah tidak dapat susu walau berusaha menghisap.

5) Bayi gagal menaikkan berat badan seperti panduan +-200g seminggu.


Dan yang paling sedih ketika pakar konsultasi menerangkan keadaan itu pada saya,

Puan, selama ni anak puan cuba minum tapi tak dapat. Sampai sejam, anak puan tertidur kan? Tapi dia tertidur bukan sebab kenyang, tapi kerana keletihan mencuba”.


Menangis terus saya masa itu. Anak saya rupanya selama 2 bulan tidak pernah merasa kenyang susu ibu.

ibu susu ubud, tongue tie, ankyloglossia, lingual frenectomy, masalah penyusuan susu ibu, puting susu pedih, puting luka, Tongue-tie, lidah pendek pada bayi, Laktasi, breastfeeding problem, Klinik lingual frenectomy malaysia, doktor aimi jaafar, pakar laktasi



Pakar laktasi menyarankan untuk anak saya menjalani frenectomy, satu prosedur mudah memotong sedikit frenulum supaya lidah lebih bebas bergerak. Malangnya prosedur tersebut tidak dibuat di hospital kerajaan kerana tongue tie boleh selesai dengan sendirinya bila bayi makin membesar, jadi prosedur itu dianggap tidak perlu.

Namun bagi ibu seperti saya yang berkeras mahu breastfeeding kami berjaya, prosedur ini sangat penting! Jadi saya pergi ke klinik pakar kanak-kanak yang disarankan untuk anak saya jalani frenectomy. Di klinik tersebut, doktor pakar itu juga seorang pakar laktasi dengan pengiktirafan antarabangsa. 

Doktor tersebut adalah salah seorang paeditrician yang sedang berusaha kearah kesedaran tongue tie pada bayi dan memperjuangkan agar prosedur frenectomy boleh dijalankan di hospital kerajaan. Beliau mengambil masa 10 minit untuk mengenalpasti adakah betul anak saya ada tongue tie. Kaedah pengenalpastian sangat teliti, ada skala dan skor tertentu seperti sucking strength, sucking motion dan sebagainya.

Setelah dipastikan anak saya mempunyai tongue tie, prosedur frenectomy dijalankan. Sangat sekejap! Beliau hanya mengambil masa 10 saat sahaja dengan menggunakan gunting yang sudah steril. Darah sangat sedikit, dan selepas prosedur anak boleh terus breastfeed (tapi anak saya tidur terus hehe). Bayaran RM100 sahaja.

30 minit selepas pulang dari klinik, anak saya bangun mahu menyusu. Mula sahaja penyusuan, aduhai tak terkata perasaannya. Lain sangat rasanya, tiada sakit tiada pedih, dan anak menghisap tanpa henti tanpa terlucut lekapan pada puting dan aereola. 15 minit menyusu, anak mencabut sendiri nipple dan tertidur kekenyangan. Syukur sangat, RM100 yang sangat berbaloi bagi saya!

Selepas itu, perjalanan breastfeeding kami berubah 360 darjah. Saya sangat menantikan waktu anak saya merengek lapar kerana rindukan rasa breastfeeding itu. Betul rupanya kata orang, nikmat breastfeeding itu lain sangat. Indah. Hanya untuk ibu.

Anak saya mula menyusu 2-3 jam sekali, dengan satu sesi mengambil masa 15-20 minit sahaja. Ketika anak saya jaga dan tidak menyusu, dia sangat aktif, ceria dan tenang. Tidak lagi menangis seperti dulu. Berat anak saya naik 200g dalam 3 hari pertama selepas prosedur!

3 bulan, berat anak bertambah 2kg dari lahir! Pertambahan mendadak dari bulan ke2 sebanyak 1kg! Syukur tak terkata. Stok EBM pun dapat saya kumpul kerana anak mula tidur nyenyak kekenyangan, sekali pam mula dapat 3-4oz.

Sekarang anak sudah mencecah 4 bulan, berat sudah bertambah 3kg dari lahir, iaitu pertambahan tetap 1kg setiap bulan, melebihi panduan +-200g seminggu. Saya sudah 1 bulan masuk kerja, masih exclusive breastfeeding, tiada masalah untuk dapatkan EBM setiap hari dan masih boleh tambah stok. Syukur!

Bagi ibu-ibu di luar sana, saranan saya dapatkan nasihat pakar laktasi berdekatan anda. Google sahaja, pasti ada nama yang keluar. Bukan semua masalah breastfeeding berpunca dari “susu ibu tak cukup”. Kajian mendapati hanya 5% ibu di dunia ini yang benar mengalami masalah susu tidak cukup untuk bayinya. Selebihnya banyak lagi komplikasi lain yang tidak kita ketahui. 

Pokok pangkalnya, kita cuba sehabis baik usaha untuk menjayakan breastfeeding, demi anak kita tercinta. Bagi saya, kos yang telah saya keluarkan (RM60 konsultasi + RM100 frenectomy) adalah terlalu kecil berbanding khasiat exclusive breastfeeding yang dapat kami lalui sekarang ini. Semoga kisah saya dijadikan ilmu untuk ibu dan bakal ibu semua. Mohon juga doakan breastfeeding kami terus dipermudah sehingga 2 tahun

Saya tidak mahu letak nama mana-mana website atau klinik di sini, risau dikatakan promosi atau iklan. Siapa-siapa mahu bantuan mungkin, boleh tulis di komen, jika berkesempatan saya akan PM.‎


– Ibu Baru –

Penulisan asal -> www.iiumc.com/

So macam mana? The struggle is real kan mommies?! Luahan penulis yang ingun dikenali sebagai "Ibu Baru" ini betul-betul memberi inspirasi supaya kita ibu-ibu terus cekal berjuang menunaikan hak bayi kita untuk menyusu dengan susu ibu secara eksklusif, paling tidak; sehingga usia 6 bulan.

Syu harap mommies dapat sesuatu dari penulisan "Ibu Baru" ini. Dia tak putus asa biarpun dia hadapi cabaran yang hebat dalam menyusui anaknya.

Moralnya, kita sebagai bakal ibu terutama first time mom, kena timba ilmu penyusuan dan banyakkan pembacaan. Syu sendiri, yang hobi membaca dan menulis ni pun baru first time dengar tentang masalah tongue tie ni.

Ini memang betul-betul menginsafkan I, yang semakin banyak kita belajar, semakin kita sedar rupanya banyak lagi yang kita tak tahu. Allahurobbi.

Sedikit info untuk ibu-ibu yang mengesyaki baby you all mengalami masalah tongue tie atau ankyloglossia, mommies boleh consult mana-mana klinik pakar pergigian swasta untuk mengenalpasti masalah. Setahu Syu (sebagai anak staff nurse pergigian), prosedur frenectomy sebenarnya adalah sebahagian dari prosedur bawah bidang dental. Mommies boleh try google dengan search keyword berikut < klinik lingual frenectomy malaysia >

Selain itu, Syu ada juga dapat info, ada klinik pakar kanak-kanak yang juga mempunyai pakar laktasi dia sana.

Koe Child Clinic
73, Jalan Mega Mendung, 
Kompleks Bandar,
5th Mile Jalan Klang Lama, KL

+603-7983 0539

***

Doktor Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi
Ostia Bangi Business Avenue, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

+6011-5516 7293
Tongue tie puting pedih bila baby menyusu masalah lidah bayi pendek ankyloglossia masalah penyusuan pakar lingual frenectomy

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Assalamualaikum sid. Bley sy tau nama n lokasi klinik?

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y