Cara bawa masuk kereta peribadi ke Thailand

4:23 PM
Cara bawa masuk kereta peribadi ke Thailand | Ramai yang tertanya-tanya cara atau prosedur untuk membawa masuk kenderaan persendirian melepasi sempadan negara. Bila aku cakap aku tinggal di Gerik, (bandar sempadan Thai) automatik orang akan bertanyakan soalan macam mana nak drive kereta sendiri masuk negara Thailand.



So, jom aku kongsikan cara-cara nak membawa masuk kereta ke negara Thailand..

1.Bila nak melintasi sempadan, korang kena la turun dan cop pasport korang di pos imigresen negara kita.

2. Pastu, boleh la korang lintas masuk ke Thailand. Di pos imigresen seberang sana, semua passenger wajib turun untuk isi borang ketibaan (Arrival Form) dan cop pasport / border pass. 

3. Selesai cop, tuan punya kereta perlu pergi ke kaunter insuran kenderaan untuk memasuki negara Thailand.

4. Di kaunter insurans, korang perluka beberapa dokumen berikut:
– Pasport yang dah dicop
– Geran kereta original
– Surat kebenaran pemilik (Jika anda bukan pemilik kenderaan tersebut)

5 . Kalu semuanya lengkap, korang akan dibekalkan dengan surat insurans kenderaan dan resit kebenaran membawa kenderaan. Bagi yang tertanya-tanya mengenai insurans kenderaan itu, terdapat beberapa pakej ataupun harga untuk dipilih. 

i. Korang boleh ambil yang sebulan, 3 bulan ataupun setahun.
ii. Kalau korang memang jenis kerap keluar masuk Siam, ambil je setahun.

6. Resit kebenaran masuk tadi jangan dibuang. Sebab kat luar nanti akan ada satu lagi kaunter di mana korang perlu tandatangan resit dan serahkan kepada pegawai yang bertugas. Pegawai tersebut akan mengambil helaian pertama dari resit tadi. Sila simpan salinan helaian yang satu lagi. Jangan hilangkan sehingga korang nak keluar dari Thai.

7. Selesai. Bab masuk.

8. Bila tamat percutian korang dan korang dah nak kembali ke tanah air, lebih kurang macam prosedur masuk haritu jugak. Pasport / border pass perlu dicop dan serahkan salinan resit kebenaran masuk kepada pegawai bertugas. Kalau korang gagal pulangkan resit kebenaran masuk, korang akan didenda untuk kemasukkan yang seterusnya. So, make sure jangan hilangkan salinan resit kebenaran masuk korang tu ye?!

9. Kalau korang rasa renyah, korang boleh je pegi kat mana-mana kedai wakil insurans yang ada di Kroh tu, kat situ diorang akan tolong buatkan semua. Insurans, Borang Arrival/ Departure (White Form) dan borang senarai penumpang (TM Form). Dalam setengah jam, siap lah.

Selamat bercuti korang! BTW, kalau ada yang tak faham, korang boleh directly tanya kat pejabat imigresen yang ada di sempadan tu. Kalau macam aku kat Gerik ni, daerah sempadan kitorang adalah Kroh-Betong.

Kalau di Kelantan pulak, sempadan yang popular adalah Rantau Panjang-Golok. Dan kalau di Kedah, daerah sempadan diorang adalah Bukit Kayu Hitam-Songkhla, dan di Perlis adalah sempadan Padang Besar. Ermm pintu masuk Wang Kelian aku tak pasti still wujud lagi ke tak sekarang ni.

Happy holiday! 😎

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.