Amanah Dana Anak Malaysia 2050 | ADAM50. Macam mana cara nak daftar?

6:10 PM
Macam mana cara nak daftar Amanah Dana Anak Malaysia 2050, ADAM50 | Memandangkan aku pun tengah menunggu masa je nak deliver baby ke-3 ni, so aku rasa aku patut ambil cakna tentang skim Tabung Permulaan bagi anak warganegara yang lahir start Januari 2018. Amanah Dana Anak Malaysia atau ADAM50 ni adalah cetusan dari belanjawan 2018 yang dimumkan hujung tahun lepas. So, benda baru macam ni, aku yakin mesti ramai yang masih tak berapa tahu cara-cara nak daftar anak kita bawah skim ni.

ADAM50
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 | ADAM50


Apakah ADAM50 ?

cara daftar adam50



Di bawah ADAM50, baby yang lahir mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 akan menerima dana tabungan permulaan RM200 menerusi unit ASB (bagi Bumiputera) dan AS1M (bukan Bumiputera) selagi didaftarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran dan simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas anak itu mencapai umur 18 tahun.


Syarat Umum ADAM50

cara daftar adam50


Anak korang mestilah lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 dan wajib warganegara Malaysia. Macam aku cakap tadi, dana RM 200 ni diberikan dalam bentuk unit saham percuma bagi akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera. Diulang. 200 unit percuma ni, korang tak boleh suka-suka hati keluarkan sampailah simpanan saham tu mencecah tempoh kematangan, iaitu selepas 18 tahun.

Cara Daftar Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

cara daftar adam50


Kalau korang berhasrat nak mendaftar Amanah Dana Anak Malaysia 2050 untuk anak korang, just walk-in je di mana-mana cawangan ASNB seluruh negara ataupun ke agen ASNB. Tapi ingat! Pendaftaran yang dibuat selepas setahun dari tarikh lahir baby korang adalah tak lagi diterima. Sebab syarat untuk mendapat insentif RM200 ni, korang mak pak hanya diberi tempoh maksimum setahun dari tarikh lahir anak. So, jangan bertangguh okey?

Senarai agen-agen ASNB :

1- Maybank & Maybank Islamic
2- CIMB & cawangan CIMB Islamic
3- RHB & RHB Islamic
4- Pos Malaysia
5- Affin Bank
6- AmBank & AmBank Islamic


Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti berikut:

1- MyKad ibu/ bapa/ penjaga berdaftar.
2- MyKid bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima).
3- Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi. 


Jom daftar ADAM50 !

So tunggu apa lagi. Kalau korang ada anak yang baru lahir tahun ni, cepat-cepat lah pegi cawangan ASNB untuk buka akaun. Paling-paling tidak pun, kalau korang langsung tak buat simpanan tambahan pun, aku anggar-anggar, duit RM200 tu boleh beranak menjadi lebih kurang dalam RM587 gitu lah bila anak korang genap 18 tahun. 

Tapi macam tak logik la pulak kan korang tak menabung langsung untuk anak korang, ye tak? Kalau korang topup RM10 setiap bulan, korang boleh dapat pulangan sekitar 4K gitu lah masa anak korang tamat SPM. So, jom daftar ADAM50 jom! Orang memberi, kita merasa. Ke guaner kate demer?

      Ehh. Japgi, ada lettew memakcik bawang yang cakap,
                       "Eleh RM200 pon korang batak sangat nak rembat!"

  
Annur : Aku? Orang bagi, aku ambil. Bukan duit haram pun kan? Berlapang dada lah. Tak perlu pon nak kecam kalau ada parents yang pulun beranak ramai dalam tempoh 5 tahun dari sekarang ni, okey?! Tak silap aku, PM umumkan ADAM50 ni pun bertujuan nak tingkatkan kadar kelahiran sebab Malaysia sekarang ni sangat memerlukan pertambahan bilangan penduduk. Tak gitu?

6 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. rezeki siapa ada anak
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. hukhuk kita takde baby lagi. Ada baby lagi boleh daftar ADAM50 ni. Nice sharing AS

    ReplyDelete
  3. untung sapa ada anak
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Tq share annur,mrs pip insya allah akan bersalin ogos ni, ada kawan bgtau bab ni, tp tak tanya details pula. tup tup annur dah share mcm mana nak register, so tq so much share info ni, kalau tak mmg tak tau pun pasal ni.

    ReplyDelete
  5. Dan tahniah, annur dah selamat bersalin

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.